Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Rabu, 29 Jun 2011

PeRiSTiWa IsRa' & Mi'RaJ



Assalamualaikum w.b.t

Pejam celik-pejam celik kita sudah melewati akhir bulan Rejab, atau nama lainnya bulan Allah. Selepas ini menyusulnya bulan Syaaban dan seterusnya kita akan memasuki madrasah Ramadhan. Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana kita masih lagi bernyawa menghirup oxygen di bumi Allah ini. Semoga kita semua berkesempatan mengharungi ketiga-tiga bulan mulia pada tahun ini, ensyaAllah.

Bersempena Isra' Mikraj, peristiwa mukjizat agong Rasulullah s.a.w marilah sama-sama kita lewati perjalanan peristiwa ini agar dapat kita ambil iktibar dan pengajaran untuk melewati saki baki hidup yang belum kita tahu sampai bilakah akan berakhir ini.

Ketika peristiwa Isra' Mikraj, Rasulullah s.a.w dibawa menaiki Buraq [sejenis binatang syurga, nak tahu lebih lanjut baca link] menuju ke Kaabah untuk proses pembersihan hati. Dada Baginda dibedah dan hati Baginda dicuci dengan air zamzam, dibuang ketulan hitam iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu dan iman ke dada Rasulullah s.a.w. Kemudian dada Baginda dijahit dan dimetrikan dengan 'khatimun nubuwwah'. Selesai pembedahan tersebut baginda meneruskan perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, sambil diiringi malaikat Jibril dan Israfil.

Apabila tiba di tempat-tempat yang mulia, Rasulullah s.a.w diarahkan oleh Jibril supaya berhenti dan bersolat dua rakaat. Antara tempat-tempat tersebuat ialah;
1-negeri Thaibah [Madinah]-dimana tempat Rasulullah akan melakukan hijrah
2- Bukit Tursina-tempat Nabi Musa a.s menerima wahyu dari Allah
3-Baitul-Laham-tempat Nabi Isa a.s dilahirkan.

Dalam perjalanan itu, Baginda menghadapi gangguan jin ifrit dengan obor api. Peristiwa ini mengingatkan kita bahawa syaitan dan iblis tidak pernah jemu menyesatkan kita walau dengan apa cara sekalipun. Dalam perjalanan ke Masjidil Aqsa, Baginda melihat beberapa gambaran antara langit dan bumi. Antara pengajaran yang dapat diambil dari peristiwa itu ialah mengenai golongan wanita.

Rasulullah melewati satu daerah yang baunya sangat harum seperti kasturi. Baginda bertanya Jibril, daerah apakah yang sedang dilewati. Jibril menjawab:"Itulah makam Masyitah, seorang wanita penghuli syurga." Masyitah ialah tukang sikat rambut anak Firaun yang memiliki iman yang kuat sehingga mampu mengenepikan keangkuhan Firaun yang kejam.

Walaupun diugut bunuh oleh Firaun, namun Masyitah masih mengEsakan Allah. Lalu Masyitah dan seluruh keluarganya dicampakkan ke dalam minyak yang mendidih. Itulah harga keberanian seorang wanita memperjuangkan kebenaran dan keimanan sehingga ia diperingati setiap tahun melalui peristiwa Isra' & Mikraj.

Dalam perjalanan itu juga, Rasulullah s.a.w diperlihatkan jenis-jenis siksaan yang menimpa wanita sehingga Rasulullah s.a.w menangis apabila mengenangkannya.

1- Digantung dengan rambut dan otak dikepalanya mendidih....mereka adalah wanita yang tidak mahu melindungi rambutnya dari lelaki bukan muhrimnya.
Justify Full
2-perempuan yang digantung dengan lidahnya, tangannya dikeluarkan dari punggungnya dan minyak panas dituang ke dalam kerongkongnya.......perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan perkataan.

3-Perempuan yang digantung payudaranya dari punggung dan air pohon zakum dituangkan ke dalam kerongkongnya....perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.

4-Perempuan yang diikat kedua kakinya serta kedua tangannya sampai ke ubun-ubun, dilillit oleh beberapa ekor ular dan kala jengking....balasan kepada perempuan yang mampu solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak wuduk dan mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa izin suaminya dan tidak bersuci setelah haid dan nifas.

5-Perempuan makan daging dari tubuhnya sendiri sedangkan dibawah ada api yang menyala....perempuan yang berkhias untuk lelaki lain selain suaminya dan suka menceritakan keburukan orang lain.

6-Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.....mereka ialah perempuan yang suka membanggakan diri sendiri agar orang lain melihat perhiasannya.

7-Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti keldai....mereka adalah perempuan yang suka mengadu-domba dan suka berdusta.

8-Perempuan wajahnya yang berbentuk anjing dan beberapa ekor ular dan kala jengking masuk ke dalam mulutnya lalu keluar melalui duburnya.....perempuan yang suka memarahi suaminya dan menfitnah orang lain.

Allahu Akhbar, gerun dan takut bila baca azab seksaan di atas. Marilah kita kaum wanita sama-sama menjaga hukum Allah. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita yang telah lalu.

Melalui peristiwa Isra' Mikraj ini juga, Rasulullah s.a.w menerima peritah solat 50 waktu dari Allah s.w.t. Oleh kerana kasihnya Rasulullah s.a.w kepada umatnya, maka Baginda berulang-ulang kali memohon Allah s.w.t untuk mengurangkan jumlah solat kerana Baginda tahu akan kepayahan yang bakal umatnya hadapi nanti. Maka akhirnya Allah memerintahkan sehingga 5 waktu sahaja. Begitulah sayangnya Rasulullah s.a.w kepada kita, bagaimana pula kita? Adakah kita sentiasa mengingati Baginda?

InsyaAllah, kita semua dapat mengambil iktibar
dan pengajaran dari peristiwa ini.


Wassalam.

.....batu terapung yg nak naik ke langit bersama Rasulullah s.a.w.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan