KUALA LUMPUR – Satu fenomena yang jarang berlaku iaitu gerhana bulan sepenuhnya akan terjadi pada Khamis ini.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha berkata, fenomena itu dijangka berlaku antara pukul 1.25 pagi sehingga 6.59 pagi.
“Oleh itu semua masjid dan surau disaran supaya mengadakan solat sunat khusuf dan khutbah gerhana,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Mengulas lanjut, Othman berkata, Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra akan menganjurkan solat sunat khusuf pada pukul 3 pagi.
Menurut beliau, aktiviti cerapan akan turut diadakan di Masjid Putra, melalui kerjasama Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia dan Institut Latihan Islam Malaysia.
“Ibadah sunat seharusnya ditunaikan sebaik mungkin kerana fenomena ini jarang-jarang berlaku,” katanya lagi. SUMBER : MYNEWSHUB
Fenomena Gerhana Bulan Penuh kali ini merupakan fenomena yang jarang berlaku dimana Bulan akan melewati pusat bayangan bumi dan peristiwa ini hanya pernah terjadi 11 tahun dahulu. Seterusnya, fenomena Gerhana Bulan Penuh sebegini hanya akan berlaku pada 27 Julai 2018. Para saintis menganggarkan fasa Gerhana Bulan Penuh ini akan berlangsung selama 100 minit.
Fasa Gerhana Bulan Penuh
1.25 am - Bulan mula memasuki "Penumbra"
2.23 am - Bulan mula memasuki "Umbra"
3.23 am - Bulan mula mengalami fasa gerhana penuh
4.13 am - Gerhana Maksimum
5.03 am - Bulan mula keluar dari "Umbra"
6.02 am - Bulan keluar sepenuhnya dari "Umbra"
7.01 am - Bulan keluar sepenuhnya dari "Penumbra"
Rabu, 15 Jun 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan