Khamis, 23 Jun 2011
Kotor yang di murka Sultan Johor
Pemuda PAS Negeri Johor sangat berterima kasih atas keperihatinan Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang telah memberi respon terhadap kebersihan Negeri Johor. Baginda telah menegur ahli majlis PBT yang lemah dan kontraktor yang tidak menjalankan amanah seperti yang diharapkan. Sebenarnya isu kebersihan ini sudah lama menjadi masalah rakyat khususnya di bandar-bandar utama Negeri Johor. Malangnya kurang diberi perhatian oleh pihak berwajib sebelum ini. Teguran Baginda Sultan itu seharusnya memberi kesedaran kepada semua pihak bahawa kebersihan merupakan perkara yang penting untuk diberi perhatian.
Johor adalah laluan pelancong daripada Singapura menuju ke utara tanah air. Adalah sangat memalukan apabila pelancong membandingkan kebersihan Singapura dengan Negeri Johor. Rakyat Johor yang berulang alik Singapura dan Johor Baharu pun boleh membandingkan kebersihan keduanya. Bandar-bandar di Singapura jauh lebih bersih daripada bandar-bandar di Negeri Johor. Sudah sampai masanya Kerajaan Negeri Johor membuat semak dan imbang (check and balance) kepada masalah kebersihan di negeri ini.
Suatu kajian yang menyeluruh perlu dibuat bagi mengesan punca masalah yang berlaku. Adakah berpunca daripada kelemahan penguatkuasaan atau kelemahan kepimpinan dan pengurusan atau sikap rakyat itu sendiri.
Tubuh JK PAC siasat punca kotor
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor mencadangkan kepada pihak Kerajaan Negeri Johor agar menubuhkan Jawatankuasa Kira-kira Raya Negeri Johor yang dianggotai oleh ahli dewan undangan negeri daripada kerajaan dan pembangkang bagi menyiasat punca masalah yang berlaku. Saya yakin dan percaya jika pihak kerajaan negeri sudah mengenal pasti masalah yang berlaku maka tidakkan yang sewajarnya boleh diambil bagi mempastikan rakyat Negeri Johor dapat menikmati suasana kebersihan kelas pertama di Negeri Johor.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan