Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Khamis, 9 Jun 2011

Rantai kenaikan harga letrik kapitalis


Pagi tadi singgah di salah satu kedai runcit di Taman Sri Lambak dan bertemu dengan pekedai serta beberapa pelanggannya mengadu mengenai kenaikan harga barang makanan yang rata-rata menjejaskan kehidupan golongan berpendapatan rendah.

Ikan mahal akibat subsidi diesal kerajaan UmnoBN tarik balik. Terpaksa beli kalau sekilo pun dah muai, ayam pun mahal juga kemudian kena beli seekor lebih kurang 2kg kalau tak tak cukup.

Sempit hidup akibat kenaikan harga bahan makanan kata mereka, taokey pemborong tak kisah sangat kenaikan sebab berapa datang harga diakan tokok harga juga kepada peruncit, peruncit pun terpaksa naikkan harga untuk menampung kos, yang malang ialah pengguna. Pengguna terpaksa membayar dengan harga yang mahal.

Bapa Dafi yang memegang kementrian pengguna dan pak menteri lain mana tahu kesusahan rakyat sebab mereka tak pergi pasar, tak semak harga runcit, tak makan warung.

Dasar kapitalis umnoBN dah membelengu rakyat, kebajikan rakyat tak dipeduli. Moga cepatlah UmnoBN tumbang kena pukulan maut Pakatan dalam PRU13.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan