Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Ahad, 27 Januari 2013

Salahudin Minta Najib Jawab 7 Misteri


Naib Presiden PAS, YB Salahuddin Ayub menyatakan bahawa beliau akan menulis surat kepada YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta beliau menjelaskan tujuh isu yang belum terjawab sehingga kini.

Pertama ialah berhubung kenyataan Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (Datuk Syed Ali AlAttas) baru-baru ini mengatakan, 80 peratus di sekitar Iskandar Malaysia sudah pun dimiliki oleh warga asing. Datuk Syed juga mengatakan rakyat Johor paling miskin disebabkan harga rumah & hartanah di Johor yang sangat membebankan.

Kedua, isu penjualan tanah Keretapi Tanah Melayu(KTM) kepada Singapura tanpa kerelaan rakyat Johor.

Ketiga, isu pengambilan tanah Pengerang untuk tujuan projek petrokimia (RAPID) yang menimbulkan pelbagai kontroversi dimana projek besar bernilai RM60 bilion itu mengakibatkan alam sekitar dan kesihatan penduduk terbabit terjejas.

Keempat, isu kehilangan medan minyak Blok L dan M milik Malaysia dan diserahkan kepada kerajaan Brunei berikutan pelaksanaan pertukaran surat antara Malaysia dan Brunei pada 16 Mac, 2009.

Kelima, kerugian yang dialami oleh Tabung Haji (TH) dalam pelaburan wang ahlinya apabila saham Silver Bird Group Berhad (Silver Bird) merudum sehingga bernilai serendah 20.5 sen sahaja. (TH merupakan pemegang saham terbesar dalam Silver Bird iaitu sebanyak 22.19 %).

Keenam isu kerugian KWSP akibat daripada kejatuhan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) di bawha paras IPO.

Ketujuh mengei pendedahan ahli perniagaan, Deepak Jaikishan yang mengaitkan Najib dan keluarganya dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu. Jawapan ringkas Najib bahawa Deepak tidak berwibawa tidak menjawab persoalan yang ditimbulkan.

Menurut Salahuddin, ketujuh-tujuh isu tersebut perlu dijawab oleh Najib kerana ia melibat kepentingan rakyat seluruhnya.

Salahuddin berkata demikian di Majlis Mengeteh dan Santai bersama rakyat di Merlimau petang ini.

Pada sebelah paginya, Salahuddin telah menghadiri dan berucap di Majlis Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden ke 58 Peringkat Negeri Melaka yang diadakan di Kompleks PAS Jasin, Dataran Hamas Jasin.

Turut sama membentangkan kertas kerja ialah Tn Hj Asmuni Awi dan Ustaz Idris Ahmad, kedua-duanya AJK PAS Pusat.

Tn Hj Adly Zahari, Pesuruhjaya PAS Melaka di dalam ucapan alu-aluannya meminta ahli-ahli PAS negeri Melaka bekerja keras untuk menghadapi pilihanraya umum ke 13 yang akan diadakan tidak berapa lama lagi dan berusaha menangkis segala serangan pihak lawan dengan pantas sebelum ianya meracuni pemikiran rakyat.

Munaqasyah tersebut telah dihadiri oleh seluruh pimpinan PAS Negeri, Dewan-dewan dan PAS Kawasan-kawasan di dalam negeri Melaka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan