Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Rabu, 16 Januari 2013

Jabeen VS Bavani

Hep!! Jangan lawan aku, kau keluar dari Malaysia,!!!  Eh saya belum abis cakap sudah takut? Kah,kah kah (yang lain ketawa dengan sikap kbudak-budakannya)

Tindakan Sharifah canggah konsep hak asasi

Salmiyah Harun, 15 Jan 2013
KUALA LUMPUR: Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menyifatkan penalis Sharifah Zohra Jabeen (akar dari bangsa apa ni?) cuba untuk memberi mesej songsang tentang hak asasi dan kebebasan kepada mahasiswa.

Penyelaras Suaram E.Nalini berkata, tindakan Sharifah itu juga bercanggah dengan konsep hak asasi negara ini apabila beliau tidak membenarkan KS Bawani menghabiskan pandangannya.

Bukan itu sahaja, jelas Nalini, Sharifah seolah-olah bersikap kebudak-budakkan apabila mengarah Bawani keluar dari Malaysia ketika membandingkan negara ini dengan negara lain berhubung pendidikan percuma.

"Semua rakyat mempunyai kebebasan bersuara dan Sharifah seharusnya membenarkan Bawani untuk menghabiskan pandangan beliau dan bukannya mendiskriminasi seorang mahasiswa yang mempunyai pandangan berbeza," katanya ketika dihubungi.

Sehubungan itu, tegas Nalini, pihak Universiti Utara Malaysia sepatutnya  bertanggungjawab dalam membetulkan semula persepsi yang salah.

Malah katanya, insiden itu sebenarnya menggalakkan perbincangan lebih meluas tentang kekurangan dan kelemahan dalam pentadbiran kerajaan.

Dalam pada itu, Suaram mengucapkan tahniah kepada Bawani kerana berani memberi pandangan yang berbeza dalam forum tersebut.

Suaram secara sukarela dan berbesar hati memberi khidmat  kepada semua universiti untuk memberikan kesedaran hak asasi yang betul kepada semua," katanya.

Isu ini mendapat perhatian ramai selepas satu klip video yang dirakam dalam sebuah forum suara mahasiswa di mana penalis Sharifah Zohra enggan memberi ruang kepada Bawani untuk memberi pandangan termasuklah berhubung pendidikan percuma.

Ekoran klip video itu juga, hashtag "listen" kini ibarat fenomena di laman sosial Facebook dan twitter.

1 ulasan:

  1. Saya malu melihat Syarifah begitu kalau dia mengaku Melayu, apatah lagi Islam. Malu dan sedih melihat gambaran tahap mentaliti sebahagian pelajarnya dalam insiden itu. Inilah hasil lebih 56 tahun pendidikan silap pemerintah

    BalasPadam