Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Isnin, 7 Januari 2013

MESTI Turun KL Kerana...

Semua sudah dilakukan. Namun tuntutan demi tuntutan di abaikan. Bukan hanya bagi NGO bersih, NGO anti-lynas, anak, felda, royalti dan sebagainya.

Mohon KERAJAAN supaya peka dan tunaikan segala tuntutan yang dimahukan oleh rakyat. Jangan buat-buat tak nampak pastu tangan belakang duk kaut hasil yang sepatutnya dialirkan kepada rakyat. Anda memimpin, bukan mentekedarah harta kami.

Anda hidup sebagai kerajaan kerana adanya wang 'KAMI'. Bukan anda yang memberikan kami wang, namun anda yang menguruskan 'wang kami'. Segala cara baik, segala cara sopan telah kami lakukan. Jangan sampai amarah rakyat. Khususnya anak muda menjadi besar menggegarkan Kuala Lumpur.

Kami tidak turun mencari gerun, kami turun menyatakan sokongan. Kami tidak geruh menghadapi halangan yang datang. Demi Allah.. Demi Rakyat Malaysia akan kami maju demi menuntut hak kami. Kami tidak pernah undur! Kami tidak pernah takut!

Kerana yang sepatutnya takut adalah KAMU BARISAN NASIONAL. Kerana yang sepatutnya takut adalah KAMU WAHAI PEMIMPIN-PEMIMPIN ZALIM. Kerna sekali rakyat bersuara.. selamanya tetap keramat..

Kerana sekali rakyat bertindak takkan ada yang mampu menghalang. Membujur lalu melintang patah. Sama ada langkah mayat kami atau biarkan kami bersuara. sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan