Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Isnin, 26 Disember 2011

Mufti kecewa karenah birokrasi



KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memohon maaf kepada Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya, atas kesulitan ketika berurusan di pejabat JPN Kuching, Sarawak, baru-baru ini bagi memohon Mykad anak perempuannya.

Ketua Pengarah JPN, Datuk Jariah Mohd Said, dalam satu kenyataan hari ini, berkata isu itu timbul kerana petugas kaunter berkenaan tidak merujuk pegawai atasan bagi kes yang meragukan.

..."JPN sudah mengenal pasti masalah yang berbangkit dan segala usaha memperbaiki kelemahan sudah diambil supaya semua pegawai yang bertugas di bahagian kaunter dapat melaksanakan tugas secara profesional," katanya yang turut mengulangi kenyataan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam, seperti yang dilaporkan semalam.

Kelmarin, Dr Juanda dilapor mengkritik JPN selepas dimaklumkan anaknya, Sumaiyah Syahidah, tidak layak memohon kad pengenalan kerana dikatakan bukan warganegara Malaysia.

Jariah berkata, kad pengenalan pemohon sudah siap dan sedia untuk dikutip di pejabat JPN Kuching.

"Sesungguhnya, jabatan ini tidak sesekali bermaksud untuk menafikan hak serta status kewarganegaraan anak beliau sebagai warganegara Malaysia," katanya. - BERNAMA

PS : Ini mufti yang tak ada kabel terkena penangan kelembapan kekitangan JPN, mufti pun teranyiaya, apatah lagi rakyat biasa macam kita yang tak ada pangkat dan kedudukan. Oh jangan marah kalau berurusan dengan pejabat kerajaan yang melibatkan orang awam ni kalau nanti ada yang kata mereka ni makan gaji BUTA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan