Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Ahad, 11 Disember 2011

Krisis Pengurusan Tertinggi Felda (Arahan Cuti 8 Bulan)


MalaysianInsider melaporkan:
GOMBAK, 11 Dis ? Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) mahu mengadakan protes besar-besaran, dijangka awal bulan depan, jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak menarik balik surat yang mengarahkan Pengarah Besar Felda Datuk Dzulkifli Abd Wahab bercuti selama lapan bulan.

Pengerusinya Mazlan Aliman (gambar) berkata, pihaknya akan menghantar memorandum kepada Najib pada 20 Disember ini, menggesa agar proses penyenaraian Felda dibatalkan, selain menarik balik surat arahan bercuti yang dikeluarkan ke atas Dzulkifli, Jumaat lalu.

The Malaysian Insider difahamkan surat itu berkuat kuasa akhir bulan lalu.

“Kami akan menghantar memorandum kepada Perdana Menteri dan meminta beliau mengambil tindakan-tindakan ini.

“Dan, jika tidak ada apa-apa kemajuan, kami akan menggerakkan perhimpunan besar-besar seperti yang diadakan sebelum ini,” kata beliau dengan merujuk kepada perhimpunan menentang dasar PPSMI dua tahun lalu dan Bersih 2.0 Julai tahun ini. - TMI .
Semalan Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR, 10 Dis: Kemelut dalaman pengurusan tertinggi Felda dilihat semakin krtikal selepas pelantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda yang didakwa melalui 'pintu belakang'.
Terbaru, Pengarah Besar Felda, Datuk Zulkifli Wahab dikhabarkan menerima surat arahan bercuti oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selama sembilan bulan.

Presiden Anak, Mazlan Aliman memberitahu, menurut sumber daripada Felda sendiri, Zulkifli menerima surat arahan bercuti itu daripada Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri semalam.

Arahan itu dikeluarkan selepas Najib menerima surat daripada Isa, 21 November lalu, meminta beliau mengeluarkan arahan tersebut dengan alasan memberi peluang kepada Zulkifli menyambung pengajian.

Arahan itu berkuatkuasa 25 November lalu sehingga Ogos tahun hadapan.

"Datuk Zulkifli sekarang tidak dibenarkan memasuki pejabat," kata Mazlan ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Menurut Mazlan, beliau yakin arahan itu atas pengaruh Isa yang tidak senang dengan Zulkifli kerana mempunyai pandangan berbeza mengenai penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia.

"Datuk Zul mempunyai pandangan terbuka terhadap cadangan penyenaraian yang meliibatkan aset warga Felda kerana beliau sangat faham kerana mula berkhidmat dari bawah. - Hrkh .
Sebelum ni aku ada buat posting bertajuk "Felda bakal jadi jerangkap samar untuk Umno BN pada PRU13?". Nampak gayanya perkembangan terkini kali ni lebih hebat lagi.

Kalau hari tu Ketua Peneroka Felda Kebangsaan dihina kali ni lebih hebat lagi, Pengarah Besar Felda pulak dihina.

Kalau sebelum ni, ketua peneroka tu di hina oleh Isa Samad, kali ni lebih hebat lagi, katanya Najib sendiri yang arahkan supaya Pengarah Besar Felda tu bercuti. Khabar anginnya arahan cuti tu pasai banyak tindakan Pengarah Besar Felda tu yang tak setentang dengan Isa Samad. Maksudnya Najib gunakan kuasa dia untuk lindungi kepentingan isa Samad di Felda dan membelakangkan kepentingan peneroka Felda.

Aku yakin perkembangan terbaru ni akan lebih buka mata ramai warga peneroka Felda.

Jangan heran kalau PRU13 nanti berlaku Tsunami kecil di kawasan-kawasan Felda. Kalau sebelum ni Felda boleh dianggap kawasan hitam untuk pembangkang tapi untuk PRU13 nanti tak mustahil keadaan boleh berubah, tak mustahil boleh jadi 'terpaling hanjab'.

Dengan perkembangan teknologi media baru yang cukup hebat sekarang ni, tentu warga Felda lebih terdedah kepada maklumat alternatif. Kalau genesari pertana Felda mungkin masih lagi ada berasaan terhutang budi dengan Umno tapi generasi kedua dan ketiga yang semakin ramai yang boleh mengundi mungkin langsung tak rasa macam tu. Generasi kedua dan ketiga ni memang takdak masalah langsung untuk undi calon selain Umno.

Dengan 2 perkembangan terkini ni tak mustahil generasi pertama juga akan ramai yang akan berpaling tadah mengundi calon lain.

Selain tu Malaysiakini pula melaporkan:
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan menasihatkan peneroka Felda agar mengabaikan surat layang daripada pihak tertentu yang mendakwa mereka akan kehilangan aset dan insentif yang diterima ketika ini, apabila Felda Global Ventures Holdings (FGVH) disenaraikan di Bursa Malaysia tahun depan.

Katanya, usaha kerajaan untuk menyenaraian FGVH di pasaran utama Bursa Malaysia itu merupakan transformasi fasa ke empat Felda yang menguntungkan golongan peneroka dan generasinya.

"Ini adalah kerja jahat pihak pembangkang berhubung surat layang ini, Felda tak akan buat sesuatu yang negatif, merosakkan serta merugikan peneroka dan generasinya," katanya kepada pemberita, di Melaka hari ini. - Mkini

source: http://cenangau.blogspot.com/2011/12/tsunami-kecil-bakal-landa-kawasan-felda.html#ixzz1gFo03h5c

Tiada ulasan:

Catat Ulasan