Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Isnin, 26 Disember 2011

Kemelut Ekonomi : Rakyat Semakin Miskin


Pesara Terpaksa Berkerja Semula Kerana Tak Mampu.....


KUALA LUMPUR – Kajian mendapati kira-kira 70 peratus pesara di Malaysia hanya mampu menampung kehidupan mereka selama tiga tahun sahaja jika hanya bergantung kepada tabungan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Penganalisis ekonomi yang juga bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur, Datuk Salleh Majid (gambar) berkata, masalah tersebut telah menyebabkan ramai di kalangan pesara terpaksa kembali bekerja semula demi untuk meneruskan kelangsungan hidup. - KOSMO

PS : Ini melibatkan krisis makanan, poket akan cepat kosong kerana rakyat terpaksa membeli barang keperluan harian yang mahal, kedai 1Malaysia mana ada di kampung-kampung, di bandar pun boleh di bilang dengan jari. Petrol naik, gas naik, tambang naik, buku sekolah dan peralatan sekolah juga naik, tanyalah ibu bapa yang ada anak sekolah, RM500 tak cukup, sorang anak RM100 pun cuma dapat bayar yuran sekolah je.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan