Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Isnin, 26 Disember 2011

Masa Kita Habis Di mana? Klik


Kadang-kadang kita sanggup berjam-jam mengadap komputer kemaskini FB, blog dan melayari internet,

Selalu kita tega untuk baca akhbar dari muka depan tajuk utama sampai muka belakang ruangan sukan termasuk iklannya sekali dari pagi sampai tengahari,

Kerap kita seronok menonton TV cerita drama bersiri, cinetron, kartun, astro, raja lawak, AF dan rancangan masak-masak sampai lupa masak di rumah,

tapi kita malas sangat

Nak datang masjid solat berjamaah padahal tak sampai setengah jam dah siap

Nak baca al-Quran 200 ayat pun susah malah tergagap-gagap macam budak tadika belajar ABC dan selalunya baru buka Quran mata kita asyik terlelap saja,

Pejuang konon, baca wirid Al-Maathurat pun malas, tak hafal lagi satu hal, macamana nak kata pejuang?

Cuba bandingkan masa kita sebenarnya habis di mana?

Layakkah kita minta kemenangan luarbiasa seperti saudara kita yang merayakan kemenangan Islam di Palestin, Turki, Tunisia, Maghribi, Mesir sedangkan kita buat kerja dan amal kita tak luar biasa, amat sedikit malahan boleh dikatagorikan sebagai ciput.

PS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan