Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Jumaat, 30 Disember 2011

Gerakan Selamatkan Felda ditubuhkan


11 NGO halang penyenaraian FGVH

KUALA LUMPUR, 29 Dis: 11 badan bukan kerajaan (NGO) seluruh Malaysia hari ini secara rasmi mengumumkan penubuhan Gerakan Selamatkan Felda (GSF).

Dikepalai Persatuan Anak-anak Peneroka Felda Kebaangsaan (Anak) yang bergerak sendirian sebelum ini, matlamat utama GSF ditubuhkan untuk menghalang penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) ke Bursa Malaysia (BSKL).

Pengerusi Anak, Mazlan Aliman berkata, GSF di peringkat awal mendesak kerajaan membatalkan usaha penyenaraian yang bakal menjejaskan aset 112,635 peneroka.


"Gabungan ini akan bergerak ke seluruh negara bagi mendesak kerajaan membatalkan hasrat penyenaraian ke bursa saham," kata beliau pada sidang media di kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, dekat sini, hari ini.

GSF hari ini juga akan bertemu dengan veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah yang juga Ahli Parlimen Gua Musang untuk membincangkan penyenaraian tersebut dan mengajak beliau turut serta dalam siri jelajah ke seluruh negara.

Tengku Razaleigh yang merupakan bekas Menteri Kewangan itu kata Mazlan pernah menyatakan hasratnya untuk bertemu dengan Anak bagi berbincang tentang perkara tersebut.

"Sebelum ini saya pernah bertemu dengan Tengku Razaleigh dan beliau ada menyatakan hajat bertemu dengan kami. Mungkin sudah sampai masa beliau menyatakan pendirian berhubung isu Felda kerana beliau salah seorang yang terlibat sewaktu Felda diasaskan," katanya.

GSF juga akan bertemu dengan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) yakin kerajaan "mengidamkan" saham KPF yang merupakan koperasi yang mempunyai perolehan tertinggi di Malaysia iaitu sebanyak RM13 bilion.

"Sebab itulah penyamun-penyamun ini mengintai saham KPF untuk senaraikan ke BSKL.

"Kami akan bawa perkara ini ke pengetahuan Angkasa dan minta pandangan mereka," katanya.

FGVH dijangka akan disenaraikan ke BSKL pada April 2012 setelah dibentangkan dalam belanjaan 2100 oktober lalu.

Kini, "orang kuat" Najib, Tan Sri Isa Samad yang dilantik sebagai Pengerusi Felda melalui "pintu belakang" sangat bersungguh-sungguh memastikan penyenaraian itu berlaku.

Selain Anak, GSF disertai Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Seniman Paksi Rakyat (Paksi), Kumpulan Media Independent (Kami), Badan Bertiindak Peneroka Felda (Bangkit), Badan Bertindak Peserta Felcra (Bapa).

Turut bersama, Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said.

Sementara itu, Pengerusi Teras, Azmi Abdul Hamid menyifatkan penyenaraian itu yang akan melibatkan pajakan 360,067 hektar kepada FGVH sebagai penggadaian kedaulatan negara.

"Aset yang akan digadai itu bukan aset biasa, tapi aset paling asas. Tanah ini menentukan kedaulatan sesebuah negara. Kalau bagi tanah pada orang luar, hilanglah kedaulatan sesebuah negara," tegasnya.

Setiausaha Agung Paksi Hasni Abas pula menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib sebagai 'Tanggang yang menderhaka kepada bapanya'.

Ini kerana katanya, tindakan Najib seringkali bercanggah dengan tindakan bapanya, Tun Abdul Razak.

"Tun Abdul Razak nak bagi tanah kepada orang Melayu tapi Najib nak masukkan pelabur asing. Dulu kes PPSMI, Najib yang benarkan kolej swasta mengajar dalam bahasa Inggeris sedangkan bapanya tak benarkan begitu," katanya yang pernah menjadi setiausaha Gerakan Mansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Mazlan juga berkata, kemuncak kepada gerakan ini ialah demonstrasi jalanan sekiranya najib tidak mengambil kira pandangan dan bantahan mereka.

"Sebelum in ikita membuat bantahan secara beretika, penuh kompromi. Kita tulis surat, hantar memorandum, tapi kalau tidak dilayan, kita terpaksa turun ke jalan raya seperti gerakan-gerakan sebelum ini," katanya.

PS : Umno menguasai Kapitalis Felda musuhi peneroka, musuhi kakitangan Felda, musuhi Anak Peneroka, gitulah yang namanya umno...semua yang menentangnya dianggap musuh, tak mahu muhasabah langsung, menyampah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan