Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Ahad, 23 Oktober 2011

Penduduk Kg Buah Pala dapat kunci rumah

Kg Buah Pala houses

Isu Kg Buah Pala: Lim Guan Eng bakal dipenjarakan

Ahli parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh hari ini berkata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng boleh dipenjarakan jika beliau ingkar terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang memutuskan bahawa penduduk Kampung Buah Pala perlu mengosongkan rumah masing-masing pada tahun 2009.

Mahkamah Persekutuan pada Ogos, 2009, tetap dengan penghakimannya pada 24 Jun bahawa penduduk kampung berkenaan wajib meninggalkan rumah masing-masing dan menyerahkannya kepada pemaju yang telah diberi kelulusan membangunkan semula kawasan tersebut.

Berdasarkan penghakiman itu, Karpal mengakui bahawa Pakatan Rakyat tidak mampu menunaikan janji-janji yang dibuatnya kepada penduduk kampung itu, walaupun pemimpinnya, termasuk ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berikrar akan mempertahankan kampung berkenaan.


"Ramai yang bertanya, apa yang berlaku kepada janji-janji? Macam mana dengan janji Lim yang berkata kami akan mempertahankan kampung itu? Betul, semua kita berkata begitu," kata peguam veteran itu.

"(Tetapi) Apakah pilihan yang ada bagi ketua menteri, kecuali langgar perintah mahkamah? Sebagai wakil yang dipilih rakyat, kita perlu mematuhi keputusan mahkamah, sama ada kita suka atau tidak," kata pengerusi kebangsaan DAP itu.


“Jika kita hina mahkamah: kita bukan sahaja akan diheret ke penjara sehingga kita tarik balik penghinaan itu dan mohon maaf, tetapi kerajaan negeri juga boleh dilucutkan kuasa,”katanya semasa berucap pada satu majlis untuk menyerahkan kunci kepada penduduk bekas Kg Buah Pala di Pulau Pinang hari ini.

Kira-kira 100 menghadiri majlis anjuran Nusmetro Sdn Bhd, di mana Lim, Timbalan Ketua Menteri P Ramasamy dan ADUN Batu Maung Abdul Malik Abul Kassim juga hadir.

Dua puluh empat keluarga yang diarahkan meninggalkan perkampungan mereka sebelum ini turut menerima kunci bagi rumah baru masing-masing.
-malaysiakini-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan