Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Rabu, 26 Oktober 2011

Klinik YB Dr Boo diceroboh

NONEKlinik ADUN Skudai dipecah masuk

ADUN Skudai Dr Boo Cheng Hau yang juga Pengerusi DAP Johor kerugian kira-kira RM800 apabila kliniknya di Taman Universiti, di Johor Baharu, dipecah masuk dalam kejadian yang dipercayai berlaku awal pagi ini.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor ACP Che Yusoff Che Ngah berkata kejadian berkenaan disedari seorang pekerja klinik terbabit kira-kira pukul 8 pagi sebelum polis menerima laporan mengenainya sejam kemudian.

"Siasatan awal mendapati tiada sebarang kerosakan serius pada klinik terbabit," katanya di Johor Baharu, hari ini.

Che Yusoff berkata polis akan menjalankan siasatan berpandukan kesan cap jari yang ditinggalkan suspek.

Dr Boo ketika ditemui berkata kejadian terbabit merupakan kali pertama sejak klinik itu dibuka 13 tahun lalu.


- Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan