Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Khamis, 13 Oktober 2011

Berapa kali nak masuk umno ayahanda?

Awie Sertai Pemuda UMNO Hari Ini?

Akibat tak tahan ramai artis insaf masuk PAS kot?

Awie Sertai Pemuda UMNO Esok?


KUALA LUMPUR – UMNO akan menerima beberapa lagi artis terkemuka menyertai parti itu esok.

Antara artis tersebut adalah penyanyi dan pelakon popular tanah air, Ahmad Azhar Othman atau lebih dikenali sebagai Awie.

Awie dan beberapa artis terkemuka tanah air terbabit dijadual menyerahkan borang keahlian sebagai Pemuda UMNO.

Majlis penyerahan borang keahlian tersebut dipercayai akan disempurnakan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.
majlis itu akan diadakan di Pejabat Pemuda, Menara Datuk Onn petang esok.

Media sebelum ini pernah melaporkan Datuk AC Mizal dan isterinya Datin Emylia Rosnaida menyertai UMNO Perak.

Selepas itu pengarah filem, Mamat Khalid turut dilaporkan media akan menyertai UMNO Bahagian Gopeng.

ps : Awie dah agak tua untuk masuk pemuda dah lebih 40 dah, patutnnya kena hijrah kepada yang lebih baik, macam kawan-kawan yang lain, jangan hanyut dengan glamour, usia dah makin tua, banyakkanlah amal dan ingat mati...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan