Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Khamis, 6 Oktober 2011

Graduan guru terpaksa menganggur









Kerajaan tak de duit ke, bakal guru ramai menganggur


Oleh: amkns



"Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Aduan Rakyat Online kerana menyediakan perkhidmatan ini. Saya mewakili kawan-kawan KPLI yang lain ingin menarik perhatian pihak bertanggungjawab tentang kelewatan penempatan bagi bakal guru KPLI SR ambilan Jun 2010.

Kami telah menamatkan kursus di seluruh IPG pada bulan Mei 2011 tetapi sehingga kini kami masih belum dipostingkan.

Untuk pengetahuan pihak aduan rakyat, ada di kalangan kami lepasan ipg ini yang telah berkeluarga dan menanggung bebanan hutang yang banyak.


Bila diajukan pertanyaan kepada pihak berkenaan tentang posting kami, jawapannya tetap sama iaitu dalam proses, tengah diuruskan dan tidak boleh bagi tarikh yang tepat tentang posting kami.


Itulah jawapan yang diterima oleh kawan-kawan saya bila berurusan dengan pihak yang berkenaan..


Kami bukan mahu menyalahkan mana-mana pihak tetapi tolong prihatin terhadap nasib yang menimpa bakal-bakal guru yang malang ini..nasib kami seakan tidak terbela..


Sekian terima kasih…kerjasama pihak tuan amat dihargai…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan