Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Isnin, 31 Oktober 2011

Laporan Audit - Rakyat tak puas hati (klik)

Lapuran Ketua Odit Negara- kenapa kita bising2

Saya mendapat komen yang panjang lebar dari sahabat blog saya, Encik Walla. Oleh kerana saya inginkan memanafaat fikiran bernas yang ada dalam komen tersebut untuk di kongsi oleh seramai mungkin pembaca, maka saya menterjemahkan komen tersebut kedalam bahasa Melayu. Mudah mudahan, selaras dengan saranan dan pegangan MP Pagoh, ianya memperkasakan bahasa Melayu.

Begini bunyi nya komen Walla.

Pendedahan yang memualkan oleh lapuran ketua odit negara( LKON) membatalkan semua rasa gembira dari bajet 2012. Malahan, pendedahan tersebut telah mengukuhkan lagi persepsi bahawa kerajaan yang di pimpin oleh UMNO secara sistematik membohong dan menipu rakyat setiap tahun hanya untuk memperkayakan imam2 perang UMNO dan Napoleon2 kecil.

Pengundi2 simpanan tetap- penjawat awam, guru, bekas tentera dan polis serta petani yang akan mendapat faedah dari bajet 2012, menikmati itu semua diatas penghukuman yang di kenakan keatas sektor swasta dan akan memudaratkan aliran tunai masa depan negara ini. Semua mereka ini yang akan menerima imbuhan jawab lah sendiri sama ada bolehkah mereka mendapat durian runtuh itu semua, tanpa rompakan dan samun yang berleluasa yang tidak di bendung? (klik Tajuk)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan