Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Isnin, 31 Oktober 2011

Laporan Audit - Rakyat tak puas hati (klik)

Lapuran Ketua Odit Negara- kenapa kita bising2

Saya mendapat komen yang panjang lebar dari sahabat blog saya, Encik Walla. Oleh kerana saya inginkan memanafaat fikiran bernas yang ada dalam komen tersebut untuk di kongsi oleh seramai mungkin pembaca, maka saya menterjemahkan komen tersebut kedalam bahasa Melayu. Mudah mudahan, selaras dengan saranan dan pegangan MP Pagoh, ianya memperkasakan bahasa Melayu.

Begini bunyi nya komen Walla.

Pendedahan yang memualkan oleh lapuran ketua odit negara( LKON) membatalkan semua rasa gembira dari bajet 2012. Malahan, pendedahan tersebut telah mengukuhkan lagi persepsi bahawa kerajaan yang di pimpin oleh UMNO secara sistematik membohong dan menipu rakyat setiap tahun hanya untuk memperkayakan imam2 perang UMNO dan Napoleon2 kecil.

Pengundi2 simpanan tetap- penjawat awam, guru, bekas tentera dan polis serta petani yang akan mendapat faedah dari bajet 2012, menikmati itu semua diatas penghukuman yang di kenakan keatas sektor swasta dan akan memudaratkan aliran tunai masa depan negara ini. Semua mereka ini yang akan menerima imbuhan jawab lah sendiri sama ada bolehkah mereka mendapat durian runtuh itu semua, tanpa rompakan dan samun yang berleluasa yang tidak di bendung? (klik Tajuk)

FDI tak terjejas jika laksana syariah


Pelabur takut undang-undang Islam

ruang a bismillah

Dakwaan kononnya perlaksanaan undang-undang Islam menakutkan pelabur adalah pembohongan, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

"Kita ambil Iran sebagai contoh. Walaupun melaksanakan undang-undang Islam, negara itu menerima pelaburan langsung asing (FDI) sehingga US$3.6 bilion tahun lalu.

"Jika kuasa-kuasa besar tidak memaksakan sekatan atau sanction ke atas Iran, adalah diyakini jauh lebih banyak FDI melimpah masuk ke negara itu," katanya.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek semalam dilaporkan mendakwa perlaksanaan undang-undang hudud akan menyebabkan negara ini mundur serta menakutkan pelabur asing dan pelancong.

"Sekarang zaman maklumat di hujung jari, Dr Chua jangan menghina dirinya sendiri dan menyerlahkan kepada umum bahawa beliau tidak tahu apa-apa.

"Walaupun melaksanakan undang-undang Islam, berjuta-juta pelancong membanjiri Iran dan dalam tahun 2010 sahaja, 400 hotel dan 200 hotel apartment dibina untuk menampung keperluan pelancong ke negara itu," katanya.

Dari segi kemajuan pula, kata Mohamad, lebih baik Dr Chua tutup mulut.

"Ketika Malaysia tidak habis-habis didedahkan membeli senjata dengan harga yang berlipat kali ganda lebih mahal dari pihak luar, penganalisis Barat percaya Iran mampu menghasilkan bom nuklear dalam masa dua tahun kalau ia mahu.

"Negara mundur tidak mungkin boleh membuat senjata malah tak habis-habis membeli senjata dari orang lain dengan harga yang belipat kali ganda lebih mahal.

"Mungkin kena tipu atau pemimpin yang menipu rakyat melalui pembelian mahal berlipat kali ganda itu kerana memang menjadi perangai pemimpin negara mundur suka menipu rakyat," kata beliau.

Mohamad menyifatkan kenyataan Dr Chua itu membuktikan pemikiran beliau serendah pemikiran ketua cawangan Umno.

"Dr Chua mungkin hendak menghina undang-undang Islam dengan kenyataannya itu.

"Hakikatnya, beliau menghina dirinya sendiri dengan menelanjangkan kemunduran fikirannya dan undang-undang Islam tidak terjejas dengan kenyataannya itu," kata beliau.

Mohamad mengingatkan, undang-undang Islam tidak hina atau menjadi tidak bertamadun dengan penghinaan orang-orang yang menghinanya.

"Undang-undang Islam berdiri dengan kekuatannya sendiri.

"Penghinaan si penghina tidak menjadikan ia hina dan ia tidak juga hebat hanya kerana pujian orang. Ia hebat kerana kehebatannya sendiri," tegas beliau.



Mohamad juga yakin, provokasi dan penghinaan berterusan akan mendorong majoriti umat Islam negara ini menggunakan hak demokrasi mereka untuk memilih perlaksanaan undang-undang Islam.
"Saya yakin sangat, semakin dihina dan dicerca, semakin ramai umat Islam negara ini yang berazam mahu menggunakan hak demokrasi mereka sebagai majoriti untuk memastikan perlaksanaan undang-undang Islam," kata beliau.


Read more: http://suwaritimur.blogspot.com/2011/10/pelabur-takut-undang-undang-islam.html#ixzz1cI4O2kUb

Amil kelepet duit zakat

Gambar hiasan sahaja

Amil Zakat Lesapkan RM18,000

JOHOR BAHRU, 28 Okt 2011 - Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Johor, Superintendan Mohd Luthfi Ismail Abdullah mengesahkan berita pihak polis sedang mencari seorang amil melarikan duit kutipan zakat RM18,000,

Beliau memberitahu amil tersebut dilantik oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) untuk membuat kutipan zakat di sekitar bandar Kulai.

Mohd Luthfi turut berkata keluarganya juga tidak tahu di mana lelaki itu berada sehingga kini.

Suspek, Redzuan Mohd Said, 28, yang beralamat terakhir di No. 5506, Jalan Matahari 34/8, Taman Indahpura, Kulai, dikehendaki polis bagi membantu siasatan berkaitan kes melarikan wang terbabit.

Pihak polis meminta jasa baik orang ramai agar menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah Kulaijaya, Asisten Superintendan Lydia Mastura Alias di talian 019-2216766 atau 07-6632222 sambungan 6436 atau balai polis berhampiran, jika mempunyai maklumat mengenai suspek.

ps : Di Johor amil dilantik sebagai pemungut zakat (pusat pengumpulan zakat) sepatutnya namanya ditukar kepada pusat pengagihan zakat.

Kumpul saja memang syok, dapat duit juta-juta tapi bab mengagihkan kepada fakir miskin dan asnaf terlalu payah dan banyak kerenah birokrasi.

Nanti kalau mereka yang susah diberi oleh misisonary bantuan, kata mereka cuba untuk memurtadkan pulak...

Macamana nak percaya kepada amil kalau kelepat kuat.


Isu sensitif : Kaum, Agama, Raja senjata umnobn


UMNO Guna Taktik 3R Tarik Sokongan Melayu


SHAH ALAM 27 OKT : Dalam rancangan Umno untuk menawan balik Selangor dan Pulau Pinang, parti itu menumpukan usaha bagi menarik sokongan Melayu dengan bermain sentiment agama, perkauman dan institusi raja.

Sambil menyifatkan pendekatan itu sebagai "3R" (race, religion, royalty) Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata ini dapat dilihat di dalam isu-isu seperti Mat Indera dan kritikan Sultan Johor terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Strategi ini digunakan setelah Umno merasakan yang ia telah hilang sokongan di kawasan bandar dan di antara komuniti bukan Islam, katanya.

"Dalam keadaan politik sekarang untuk memenangi pilihan raya Umno mengharapkan empat komponen iaitu undi Melayu luar bandar, undi peneroka Felda, undi pos dan undi daripada Sabah serta Sarawak.

"Untuk itu strategi mereka mempermainkan isu-isu bersifat 3R iaitu racial (perkauman), religion (agama) dan royal (raja). Manakala negeri utama sasaran mereka ialah Selangor, Pulau Pinang dan Perak," katanya di dalam satu laporan di laman lidah rasmi Pas, Harakahdaily.

Contoh terbaru aplikasi 3R ini adalah di dalam kes pakar perlembagaan Prof Aziz Bari, yang digantung tugas di Universiti Islam Antarabangsa, kata Mohamad, yang lebih dikenali dengan nama "Mat Sabu".

Aziz digantung tugas oleh institusi tersebut selepas sebuah komentar yang beliau tulis dikecam oleh penyokong dan blogger pro-Umno. Beberapa laporan polis juga telah dibuat keatas Aziz berhubung artikelnya.

Di dalam artikel itu, Aziz berhujah yang rakyat berhak mempersoal titah Sultan asalkan mereka tidak menyentuh kedudukan institusi Raja-Raja Melayu sendiri di dalam perlembagaan.

"Nampak macam seolah-olah Umno mendukung raja. Tapi saya nak ingatkan pada tahun 1993 semasa saya menjadi ahli parlimen, pernah speaker menggantung peraturan Dewan yang menghalang menyentuh soal raja-raja. Masa itulah mereka ‘belasah' raja-raja Melayu dalam isu kekebalan raja-raja dulu," kata Mat Sabu
TVS NEWS

Budaya judi pertaruhan Piala Malaysia

Tang mana yang susah sangat nii...


Salam semua...

Anak penakan Mak Long hang baru ja balik, mai satu famili. Bukan sesaja ziarah tapi depa mai ambik baju yang siap ditempah... Besa la orang pompuan nih, bila sembang pasai kain baju... sampai dekat setengah jam laki keraih punya tunggu....

Bukan pasai kain baju yang Pak Long nak cerita, tapi tentang sejenih benda haram yang kian membudaya dalam masyarakat desa kita... Tak membudaya camana, megah ngan selamba ja laki si anak penakan Mak Long hang cerita kat Pak Long dia menang judi bola... pasai Negeri Sembilan menang Piala Malaysia.

Bila menang suka, yang kalah tentu derita... hang tak tau ka judi tu haram? Selamba dia kata main suka-suka ja, tak join nanti kengkawan kata apa... Lagipun tak besaq mana... kutip-kutip dapat dua tiga ratuih ja... Ini masaalah ngan orang kita, budaya tak elok senang sangat lekat kat kepala. Dosa judi tetap kena, tak kira la besaq mana...

Rasa macam tidoq tak lena pulak Pak Long bila teringat pasai judi ni, tak tegoq rasa cam tak boleh tidoq. Sapa yang suboqkan budaya tidak apa dalam masyarakat kita nih... Main judi sikit ja, tak paa... Tikam nombot sekali sekala ja, tak paa... Apa kejadahnya nih...

Kerajaan kena la bertindak pasai judi ni dah suboq membudaya bagi sesetengah masyarakat kita. Dah melarat jauh kedalam kampung dah.... Cerita bab nombot ekoq ni sampai dah nak jadi lumrah... Tak dak ka satu kaedah nak halang benda alah ni dari membudaya dalam masyarakat kita? Mengkalu elok lantak la, tapi benda haram ni adalah barah masyarakat. Sebab tu la Islam larang...

Judi ni kalau kita tengok balik di kalangan agama seluruh dunia, majoritinya akan merujuk keburukan judi pada diri, keluarga, masyarakat dan negara... Kalau dalam Islam, Pak Long rasa semua orang tau, jelaih dan tegaih judi adalah haram hukumnya tak kira la ataih apa sekalipun alasannya. Macam tu jugak la bagi semua agama didunia tetap jugak mengatakan judi adalah haram. Jadi nak heran apa jika ada dikalangan bukan Islam sendiri memberi tentangan terhadap judi...

Adakah apa apa lagi alasan yang boleh membebankan kerajaan Najib dari membatalkan lesen judi yang telah dianugerahkan pada kroni depa tu selain dari tamakkan wang haram... Dah habih dah ka ikhtiaq dari pihak berkuasa agama kita nak kempen pasai keburukan berjudi dari pandangan agama.

Pak Long tak nampak tang mana yang susah sangat nii... kerajaan kita punya, kosa pun kita ada... mau ngan tak mau ja jawabnya...

Wassalam...

Sabtu, 29 Oktober 2011

Kebaikan Gaddafi hanyalah pembohongan

Penduduk bertempur dengan Polis Libya





Kebangkitan rakyat bukan saja di medan Tahrir Mesir tapi juga di bandar Tobruk Timur Libya
Kalau benar mati syahid, insyallah jenazahnya tidak akan busuk

Hairan. Kasihan kepada pejuang yang sanggup menentang kezaliman Gaddafi dan kroninya termasuk polis rahsia SB yang menyiksa sehingga ramai yang mati.

Bagaimana orang yang tidak tinggal di Libya, lebih mengetahui seolah2 dengan pasti berbanding dengan penduduk di Libya sendiri? Kezaliman membunuh rakyat sendiri adalah satu dosa besar.

Dia mempertahankan kuasa dan takut hilang kuasa bagai nak gila. Turunlah bila rakyat protes tak mahukan kamu menjadi pemimpin mereka. Nun disana Ulama2 di Libya dan Dr.Yusuf Qardawi sendiri telah mengeluarkan fatawa mengenai Gaddafi mengatakan Gaddafi terkeluar aqidahnya dan darahnya halal.

Gaddafi ini adalah sekejam kejam manusia zaman kita. Dia membunuh lebih ramai umat islam berbanding dengan tentera israel dan serbia bergabung.

Jenayah dia yang paling besar adalah, memalsukan al Quran. Dia menulis sebuah kitab yg …bernama kitab al Akhdar (kitab hijau). kitab ini adalah Al-Quran yg di ubah dan di campur konsep sosialism.

Dan kitab ini menghina Nabi s.a.w dan Nabi nabi yg lain seperti Musa. Dia memanggil Umar al khattab diktator. Musa dimaki bodoh kerana mengikut gaddafi dalam surah Taha: 17 Allah bertanya kepada Musa, Dan apa (bendanya) yang di tangan kananmu itu wahai MusaNabi Musa menjawab: Ini ialah tongkatku.

Gaddafi kata, Musa adalah bodoh sebab sudah tentu Allah tau apa dlm tangan makhluknya. Kenapa Allah tanya Musa kalau dia tahu? sebab itu adalah hikmah Allah.

Ketika itu, musa memasuk gua dan jumpa sebuah pokok bercahaya terang bercakap dengannya. Musa yg besar, kuat dan gagah jadi ketakutkan. Maka itulah sebabnya Allah tanya apa yg di dalam tangannya.

Gaddafi juga mengubahkkan Quran. sebagai contoh, semua surah dengan perkataan QUL di buang kerana dia berkata QUl yg bermakna ‘katakanlah’ ditujukan kepada nabi s.a.w. itu adalah dialog antara Allah dan nabinya dan bukan dengan kita.

Dan yg paling hina, dia kata, Kitab al Akhdar ini adalah lebih tinggi kedudukannya dari Quran dan Sunnah nabi. Ketika dia melafazkan perkataan perkataan ini, ulama umat ini menyerunya bertaubat dan menarik balik kata kata nya itu. Serupa seperti Sadam Hussein, dia enggan. maka dia jatuh kafir kerana memalsukan agama Allah dan menghina nabi s.a.w.

Gaddafi adalah seorang kafir yg hina. masjid di buka hanya 5-10 minit sebelum solat dan di tutup selepas solat. orang islam di ditangkap dan disiksa kalau berjanggut atau bertudung. dia mengajar CIA dan kuasa barat bagaimana nak siksa dan kenal pasti umat islam yg amalkan cara hidup beragama ini.

Brother in law aku dari also dari libya dan abang dia ketua polis so dia banyak bagi tau aku apa yg Gaddafi rancang dan plan utk ‘rakyatnya’. dia adalah firaun zaman kita. dia sentiasa memanggil dirinya malik al muluk samalah seperti firaun. tapi malik al muluk itu adalah panggilan yg direserve hanya untuk Allah swt. Malik al muluk itu adalah raja segala raja.

Dan kalau dia orang baik atau hanya separuh baik, mustahil rakyatnya menentangnya dengan begitu lantang. Selepas mati, mayatnya di tayang seminggu dalam cool room shopping centre dan rakyat Libya beratur berKm panjang nak lihat mayat penjenayah itu.

Dua firaun iaitu Ben Ali dari Tunisia dan Hosni Mubarak yg kejam dah jatuh tapi ada dua lagi firaun zaman kita yg lebih kurang sama kejam dengan Gaddafi. Mereka adalah Ali Salleh di Yemen dan Bashar al asad dari Syria.

Semoga Allah memusnahkan taghut taghut ini.

TNB rugi bayar kapitalis IPP




TNB umum kerugian bersih RM453.9j suku keempat

MALAYSIA KINI

Tenaga Nasional Bhd mencatat kerugian bersih RM453.9 juta pada suku keempat berakhir 31 Ogos 2011 berbanding kerugian bersih RM440.2 juta pada suku sebelumnya.

Bagi setahun penuh, syarikat tenaga nasional itu mencatat RM499.5 juta keuntungan bersih berbanding RM3.2 bilion pada tahun kewangan sebelumnya, sebahagian besarnya hasil daripada kos bahan api yang tinggi, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Berdasarkan asas sukuan, perolehan meningkat 17.4 peratus kepada RM9.120 bilion, sebahagian besarnya hasil daripada impak pelarasan tarif berkuatkuasa 1 Jun.

TNB berkata suku keempat menyaksikan penyusutan margin EBITDA, berikutan kos penjanaan tenaga yang lebih tinggi tinggi dan penggunaan minyak dan sulingan.

Impak pelarasan tarif tidak mencukupi untuk menampung kos bahan api yang tinggi, katanya.

Bagi setahun penuh, kumpulan itu mencatat peningkatan 6.2 peratus jumlah perolehan kepada RM32.206 bilion.- Bernama

Stadium ini selamat


Mengapa Perlawanan Akhir Piala Malaysia Di Stadium Shah Alam? Ini Jawabnya.

Kenapa perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 akan di Stadium Shah Alam dan tidak di Stadium Nasional di Bukit Jalil seperti kebiasaannya? Itu antara persoalan yang bermain dalam kepala sebaik sahaja Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan gelanggan final tahun ini.

Selepas isu tersebut menjadi tanda tanya tanpa sebarang alasan diberikan, hanya baru-baru ini jawapannya diketahui.

Namun, kalau dahulu faktor padang rosak boleh dijadikan alasan, kali ini apabila alasan yang sama cuba diberikan, ia pasti mengundang lagi rasa sangsi di kalangan orang ramai.

Bumbung stadium berskru longgar dan karat


Laporan media mendedahkan bahawa bumbung Stadium Nasional Bukit Jalil sebenarnya sudah tidak selamat digunakan sejak 2006 malahan proses membaik pulih masih belum berjalan.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2010, bumbung stadium itu telah tamat tempoh jaminan tiga tahun lalu dan memerlukan kerja-kerja penyelenggaraan segera demi keselamatan dan keselesaan pengguna.

Laporan itu yang menyatakan “sebahagian besar bumbung didapati telah terkoyak dan skru kabelnya longgar dan berkarat” turut mendedahkan punca masalah, iaitu kelewatan dan ketiadaan kelulusan peruntukan daripada kerajaan.

Lebih mengejutkan ialah apabila pihak yang menguruskan stadium tersebut, iaitu Merdeka Stadium Corporation (MSC), mengatakan permintaan mereka kepada pihak kerajaan sebanyak empat kali telah ditolak tanpa alasan.

Kalaulah insiden tidak diingini semasa perlawanan jelajah kelab Liga Perdana Inggeris Arsenal, Liverpool dan Chelsea baru-baru ini berlaku, di manakah hendak letak muka dan maruah negara kita?

Lebih membingungkan lagi, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh mana-mana pihak terutamanya para menteri. Beginikah pemimpin yang dikatakan mahu mementingkan rakyat?

Sudah kebiasaan, sikap kerajaan adalah “bila terhantuk baru terngadah”.

Stadium di Malaysia pernah roboh

Kalau insiden roboh di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu pada 2009 berulang di Bukit Jalil, apakah reaksi daripada kerajaan? Adakah dengan sekadar menyalahkan orang lain dan menunding jari dapat menyelesaikan masalah?

Dalam kekalutan permasalahan isu Stadium Nasional Bukit Jalil, dua lagi berita wajar dijadikan perbandingan dan congakan peminat sukan tempatan negara.

Dilaporkan sebanyak RM6 juta telah dibelanjakan untuk membeli 23 kuda tetapi daripada jumlah itu, hanya lima sahaja layak beraksi di World Endurance Championship (WEC) 2008. Bukankah ini satu pembaziran?

Begitu juga projek ternakan lembu milik kerajaan berjumlah RM73.64 juta yang gagal mendatangkan hasil seperti yang ditetapkan.

Ke mana perginya wang rakyat?

Kemanakah wang-wang ini semua pergi? Adakah Datuk Seri Najib Razak boleh menjawabnya atau sekadar lari daripada memberi jawapan?

Kesimpulannya, memang wajar cadangan daripada wakil DAP Tony Pua yang mahu mewujudkan Suruhanjaya Ketelusan Kewangan (FAC) bagi mengambil tindakan ke atas pegawai kerajaan yang bersalah menguruskan kewangan yang ditetapkan, disokong penuh.

Pua yang juga Setiausaha Publisiti DAP mencadangkan supaya FAC itu dianggotai oleh pakar profesional dalam bidang audit dan integriti seperti Malaysian Institute of Certified Public Accountants (MICPA) dan Transparency International (TI) Malaysia.

FAC hanya perlu bertanggungjawab kepada Parlimen dan diberi kuasa menghukum serta mengenakan tindakan disiplin terhadap mana-mana pegawai yang didapati bersalah.

Mungkin ini dapat mengatasi masalah pembaziran dan salah guna kuasa yang bukan sahaja merugikan rakyat tetapi membahayakan nyawa kita.

Sampai bilakah pembaziran dan kekorupan pegawai kerajaan harus berlalu hingga akhirnya yang merana kita rakyat biasa?

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. – Roketkini

Kementerian Pertahanan pun kuat Kelepet

Ketirisan amat parah di Kementerian Pertahanan...



Apakah perasaan anda yang membayar cukai jika anda tahu bahawa Kementerian Pertahanan Malaysia telah membayar sebanyak RM7.55 bilion untuk membeli kereta perisai yang harga pada awal perjanjian dimeterai ialah RM1.7 Billion?


Apakah perasaan anda yang membayar cukai jika anda tahu bahawa Kementerian Pertahanan Malaysia telah membeli enam buah kapal peronda luar pantaidari Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd pada harga sebuah RM1 bilion (jumlah RM6 bilion) jauh lebih mahal dari mana-mana kapal yang serupa diseluruh dunia?

Apakah pula perasaan anda yang membayar cukai jika anda tahu bahawa Kementerian Pertahanan Malaysia telah membeli helikopter jenis Eurocopter EC725 pada harga RM190 juta setiap sebuah (RM2.3 bilion untuk 12 buah) manakala Brazil membeli helikopter jenis yang sama pada harga hanya RM82 juta sebuah.

Kesalahan bukannya terletak pada Kementerian Pertahanan tapi Menteri yang meluluskan peruntukan itu..

Aku tanya perasaan pembayar cukai kerana hanya 1.7 Juta rakyat Malaysia yang kena bayar cukai, lagi 12 Juta pekerja tidak memenuhi kriteria yang diperlukan untuk membayar cukai..

*********************

Ketirisan amat parah di Kementah

Bagaimana anda rasa sebagai pembayar cukai jika seseorang memberitahu anda bahawa Kementerian Pertahanan (Kementah) membayar sebanyak RM7.55 bilion untuk membeli kereta perisai yang harga sebenar hanya seperempat dari jumlah itu?

Jika anda benar-benar tahu berapa nilai RM7.55 bilion (atau RM7,550 juta) itu, anda mungkin terperanjat dan sukar untuk mempercayai dan memekik: “Adakah kerajaan kita begitu teruk? Adakah mereka begitu berani?”

Jawapannya ialah ia; dan tirai drama mula dibuka di parlimen kita, tidak seperti di setengah-setengah laman web yang membuat dakwaan yang tidak berasas.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua menyoal Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kenapa Kementah membayar harga yang sangat mahal, sebanyak RM7.8 bilion untuk 257 buah kereta perisai.

Zahid menjawab bahawa kementeriannya tidak tahu bahawa harganya RM7.8 bilion seperti mana yang didakwa oleh Pua dan harga kontrak muktamad ialah RM7.55 bilion.

Beliau juga menyatakan bahawa beliau tidak tahu menahu tentang urusniaga yang membolehkan pembekal mendapatkan kenderaan- kenderaan tersebut dari Turki pada harga seperempat dari harga yang dibayar oleh Kementah.

Namun penafian Zahid itu akhirnya terbongkar apabila Pua mendedahkan bahawa Zahid sendiri menyaksikan majlis menandatangani perjanjian urusniaga itu di Ankara, Turki pada bulan Februari lalu.

Perjanjian itu ditandatangani di antara syarikat pembekal Malaysia, Deftech dan pengeluar kenderaan pertahanan Turki FNSS, syarikat usahasama di antara BAE Systems Inc. dari United Kingdom dan Nurol Holding dari Turki.

Perjanjian ini dilaporkan dalam satu kenyataan akhbar bertarikh 3 Jun 2011 di laman web BAE System Inc. melibatkan kontrak bernilai USD559 juta yang diberi kepada FNSS untuk “merekabentuk, membangun dan mengeluarkan” sebanyak 257 DEFTECH AV-8 8X8 kereta perisai beroda dan Sokongan Logistik Berintergrasi untuk Angkatan Tentera Malaysia.

Kenderaan-kenderaan tentera yang diberi nama ‘DEFTECH’, sebenarnya direkabentuk oleh FNSS PARS 8X8, kenderaan serbaguna, pelbagai misi, kenderaan beroda lengkap dengan peralatan senjata.

Harga melambong

Ini bermakna Kerajaan Malaysia membayar Deftech sebanyak RM7.55 bilion (RM29.4 juta untuk sebuah), yang kemudian membayar FNSS sebanyak RM1.7 bilion untuk 257 buah kereta perisai itu (RM6.6 bilion sebuah).

Jika anda seorang pembayar cukai yang marah dengan ‘rompakan di siang hari’ melibatkan RM6 bilion dari dana awam, tunggu dulu sehingga anda mendengar harganya di pasaran, yang jauh lebih rendah dari yang ditawarkan oleh FNSS.

Pua dalam satu kenyataannya bertarikh 9 Mac 2011, dalam blognya melaporkan bahawa harga-harga berikut untuk kereta perisai yang setanding yang ditawar dan diurusniagakan dalam pasaran.

- Pasukan tentera Portugal membayar RM4.4 juta sebuah untuk kereta perisai Pandur II 8X8 (EUR364 juta untuk 353 buah)

- Model terbaru Pirahan III 8X8 kereta perisai beroda yang dikeluarkanoleh Swiss MOWAG GmBH bernilai RM3.9 juta (USD1.2 juta) untuk tiap-tiap sebuah.

Dengan harga-harga ini sebagai rujukan, adalah wajar untuk kita mengharapkan supaya Kementah membuat tawaran tender terbuka dan mencapai keputusan muktamad.

Kita boleh mengurangkan harga tidak melebihi RM4.5 juta dari RM30 juta untuk sebuah kenderaan pada ketika ini dan mengurangkan nilai kontrak kepada RM1.15 bilion dari RM7.55 bilion.

Ini bermakna kerajaan Barisan Nasional telah melambongkan harganya sebanyak enam hingga tujuh kali ganda mengikut dasar pembelian peralatan pertahanan yang sama sekali tidak bersifat telus dan bertanggungjawab.

Jumlah yang sebegitu tinggi amat memeranjatkan yang mungkin tidak pernah kita dengar walaupun dalam sebuah negara yang paling korup di dunia sekali pun.

Perbelanjaan yang menggila

Urusniaga ini adalah salah satu dari kes bagaimana Kementah membelanjakan wang berbilion ringgit untuk membeli bot peronda dan helikopter dengan harga yang begitu tinggi.

Sebagai contoh, Kementah membeli enam buah kapal peronda luar pantaidari Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd pada harga sebuah RM1 bilion (jumlah RM6 bilion).

Harga yang dibayar ini adalah lima kali ganda dari apa yang dibayar oleh Royal New Zealand Navy untuk pembelian OPV, diperolehi pada harga hanya RM210 juta sebuah (NZ$90 juta) dari syarikat kedua terbesar di dunia, BAE Systems.

Begitu juga dengan pembelian helikopter jenis Eurocopter EC725 pada harga RM190 juta setiap sebuah (RM2.3 bilion untuk 12 buah) manakala Brazil membeli helikopter jenis yang sama pada harga hanya RM82 juta sebuah.

Melihat kepada tiga kontrak ini sahaja – kereta perisai, kapal peronda dan helikopter – menyaksikan ketirisan sebanyak RM12 bilion ekoran transaksi Kementah ini.

Dengan wang sebanyak ini, kita boleh membina rumah kos rendah untuk 250,000 keluarga, menyediakan kemudahan perumahan kepada sejuta rakyat yang tidak mampu.

Dasar pembelian pihak pertahanan melibatkan rasuah yang begitu bermaharajalela sememangnya diketahui ramai di kalangan para pegawai dan eksekutif pertahanan antarabangsa seperti mana yang didedahkan oleh Wikileaks.

Wikileaks mendedahkan kabel dari Kedutaan Amerika Syarikat tentang rakaman perbualan di antara saudara mara dan rakan-rakan ahli-ahli politik ketika pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi selaku perdana menteri dan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai timbalannya pada sekitar tahun 2004 hingga 2009.

Di samping mendedahkan jenis rasuah secara spesifik, kabel Amerika itu juga mendedahkan bahawa rasuah menjadi sumber pendapatan utama sebagai dana politik bagi mengekalkan kuasa pihak pemerintah.

Melihat dari perspektif yang lebih besar, ketirisan akibat tiga kontrak ini merupakan sebahagian kecil sahaha dari ketirisan-ketirisan yang berlaku dalam sistem pembelian kerajaan Barisan Nasional, sebagaimana didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010.

Laporan-laporan tahunan seperti ini, yang mendedahkan amalan rasuah dan salah guna pengurusan (hingga ada yang sukar dipercayai) sering menjadi peringatan bahawa kita terperangkap dengan sistem tadbir urus yang buruk dan akibatnya akan terus menerus mengeringkan sumber dana negara.

Tetapi jika kita menyedari bahawa Laporan Ketua Audit itu adalah sebahagian kecil dari ketirisan yang berlaku setiap tahun, kerana ianya meliputi laporan sebahagian kecil sahaja dari jumlah ratusan jabatan-jabatan kerajaan yang ada maka tentu kita amat bimbang dengan keadaan ini.

Dan adakah perubahan terhadap institusi-institusi telah dan akan berlaku di bawah pimpinan politik sekarang?


Free Malaysia Today

Makmal komputer gagal disiapkan, tangkap saja yang terlibat

Projek Makmal Komputer Sekolah Berjumlah RM160.74 Juta Gagal


Projek makmal komputer sekolah harian di Sabah yang bernilai RM160.74 juta yang bertujuan membina bangunan, membekalkan dan pemasangan perabot dan peralatan ICT didapati telah gagal mencapai objektifnya, dedah Laporan Ketua Audit Negara 2010. Ini kerana hanya dua daripada 300 makmal komputer sahaja yang dapat digunakan manakala lawatan audit ke SK Kepayan, Kota Kinabalu, mendapati stok peralatan ICT yang dibekalkan hampir tiga tahun lalu masih tidak digunakan.

“Peralatan ICT disimpan di dalam kotak asalnya dan tidak diageh. Keadaan ini berlaku kerana 99.3 peratus makmal yang dibina gagal disiap dan diserahkan mengikut tempoh yang ditetapkan. Adalah juga didapati sebahagiannya telah mengalami kerosakan fizikal akibat daripada serangan anai-anai,” petik laporan itu.

Projek makmal komputer yang ditugaskan kepada syarikat TimeCom Holdings Sdn Bhd itu sepatutnya bermula pada 31 Oktober, 2006 tetapi tellah mengalami kelewatan yang berpanjangan dan hanya siap pada 30 April, 2008.

Orang muda sayang Tok Guru

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/389868_2480369695871_1451421269_2751864_1266918921_n.jpgGambar TG Nik Aziz Semasa Ijtimak Pemuda PAS



http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/293502_279639695402645_146443882055561_889006_1069385142_n.jpg

Makan gaji buta selepas pencen

Apa Ke Hal Yop?? Dah Bersara Tapi Masih Di Bayar Gaji..


Seramai lapan pegawai dari tiga jabatan kerajaan di Perak dibayar emolumen sebanyak RM18, 768 walaupun tidak berhak dibayar kerana bersara, meletak jawatan, cuti tanpa gaji dan ditahan emolumen. Ia berlaku kerana bahagian kewangan lewat mengambil tindakan, silap mengira jumlah pelarasan dan tiada tindakan untuk mengutip semula.

Bagaimanapun, setelah jabatan audit membuat teguran, Jabatan Agama Islam Perak (Jaip) telah mengutip RM1, 619 dari seorang kaki tangan manakala seorang kaki tangan lain diberi peringatan.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 juga mendapati 11 pegawai kerajaan kumpulan sokongan membabitkan tujuh jabatan terlebih bayar sebanyak RM9, 234 imbuhan tetap khidmat awam (ETKA) tahun 2006. Bagi tahun 2007, empat pegawai dari dua jabatan didapati terkurang bayaran ETKA berjumlah RM1, 500.

Dibayar 2 kali

Semakan audit terhadap enam jabatan kerajaan mendapati, 14 pegawai terlebih bayar imbuhan tetap perumahan (ITP) dan bantuan sara hidup (Cola) sebanyak RM32, 977. Bagi tempoh tahun 2008 hingga 2010, RM631, 24 juta dibayar kepada pegawai kerajaan negeri Perak.

Lapuran audit juga mendedahkan 13 pegawai dari 10 jabatan memerima bayaran emolumen dua kali berjumlah RM49, 333. Perkara ini berlaku kerana jabatan tidak mengemaskini rekod emolumen, kawalan dalaman tidak berkesan dan kurang pemantauan./fmt

Addin :

Bayak GLC banyak pengarahnya, banyak gajinya, banyak hutangnya dengan KWSP


KWSP lulus pinjaman RM55b tanpa jaminan k'jaan



Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah meluluskan pinjaman bernilai RM55.1 bilion tanpa sokongan jaminan kerajaan.

Bagaimanapun, Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendapati hanya satu daripada 13 peminjam yang layak mendapatkan pinjaman tanpa jaminan tersebut. Peminjam berkenaan diberi pinjaman RM21.3 bilion.

Daripada 12 baki penghutang tersebut, dua daripadanya dikecualikan daripada jaminan kerajaan kerana mereka mempunyai penarafan kredit yang tinggi.

Pinjaman kepada kedua-dua pihak berkenaan berjumlah RM7.3 bilion.

(Penjelasan dalam laporan maklum balas Perbendaharaan terhadap isu utama dalam laporan Ketua Audit Negeri mengenai aktiviti badan berkanun bagi 2010 - menyebut kedua-duanya ialah Khazanah Nasional Berhad dan Tenaga Nasional Berhad).

Menurut Laporan Kedua Audit Negara itu lagi, KWSP
juga telah meluluskan 15 pinjaman bernilai RM35.69 bilion sehingga 31 Disember 2010.

Daripada 15 pinjaman yang diberikan - menurut Laporan Ketua Audit Negara itu - dua telah diluluskan kepada syarikat bukan subsidiari kerajaan walaupun mempunyai jaminan kerajaan - masing-masing bernilai RM1.24 bilion dan RM5 bilion.

(Penjelasan dalam laporan maklum balas Perbendaharaan terhadap isu utama dalam laporan Ketua Audit Negeri mengenai aktiviti badan berkanun bagi 2010 - menyebut kedua-duanya ialah Assets Global Network (AGN) dan Valuecap Sdn Bhd.)

KWSP menjelaskan AGN dimiliki sepenuhnya Syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) dan oleh itu, merupakan syarikat subsidiari kerajaan.

Valuecap dimiliki oleh tiga syarikat induk, iaitu Khazanah, Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dengan masing-masing memerang peratus kepentingan yang sama.

Menurut penjelasan itu lagi, Valuecap adalah mirip kepada agensi kerajaan memandangkan dua daripada pemegang sahamnya adalah merupakan agensi kerajaan.

Pekerja Kolar Biru Bangkit


MTUC Sah Lancar Piket Seluruh Negara 3 Nov

PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)sah akan menganjurkan piket di 16 lokasi seluruh negara pada 3 November ini bagi membantah pindaan terhadap Akta Kerja 1955.

Setiausaha Agung MTUC, Abdul Halim Mansor berkata, piket itu akan diadakan di enam lokasi di Selangor serta setiap satu di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Pahang, Kelantan, Johor, Kedah dan Sabah.

"MTUC sendiri ada 800,000 ahli dan ada 5.7 juta pekerja seluruh Malaysia, kita harap pekerja seluruh Malaysia sertai kita dan dapat 'good crowd' hari itu," katanya pada sidang media di Wisma MTUC di sini.

Sidang media itu turut dihadiri Presiden MTUC Mohd Khalid Atan.

Pada 6 Oktober lepas, Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2011 diluluskan Dewan Rakyat selepas melalui sesi perbahasan lebih lima jam.

Rang undang-undang itu dibacakan untuk kali kedua oleh Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam.

Pindaan akta itu akan membolehkan pemantauan dan pengawalan agensi pembekal tenaga buruh yang lebih sistematik, terutama di kawasan terpencil.

Abdul Halim berkata, piket itu akan berlangsung antara pukul 5 petang dan 6.30 petang dan sebanyak 100,000 risalah akan diedarkan serta 41 buah kain rentang akan dibawa sepanjang piket itu berlangsung di seluruh negara.

Katanya, MTUC akan menyerahkan surat kepada Ketua Polis Negara bagi memaklumkan tujuan dan lokasi piket itu diadakan sambil menegaskan piket itu akan berlangsung secara aman.

"Kita sudah serah surat kepada Perdana Menteri minggu lepas supaya akta itu dapat ditarik balik dan dibincangkan semula dengan pekerja," katanya.

Beliau berkata isu terbesar mengenai piNdaan akta itu ialah wujudnya kontraktor tenaga kerja di mana ini membolehkan majikan 'mengupah' kontraktor itu memberikan tenaga kerja kepada majikan itu.

Katanya, sistem itu membuatkan pekerja itu bekerja untuk kontraktor bukan majikan dan ini akan menyebabkan majikan tidak mempunyai tanggungjawab secara terus menjaga kebajikan pekerja terutamanya melibatkan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

"Bila seorang pekerja ditimpa kemalangan ketika bekerja bagaimana dengan pampasannya, ini amat merumitkan kerana pekerja tidak bekerja dengan majikan tetapi buat kerja untuk majikan itu," katanya.

Abdul Halim berkata selain itu, pindaan terhadap pekerja separuh masa, cara menetapkan masa kerja pekerja wanita, masa pembayaran berbeza antara gaji dan elaun serta prosedur pengurusan kes gangguan seksual turut "merisaukan" MTUC.

"Jika dilihat pindaan ini boleh memudahkan pekerja ditindas dan dianiaya terutamanya oleh kontraktor tenaga kerja, kita mahu menyelesaikan isu ini secara domestik terlebih dahulu, kita tidak mahu bawa ini ke peringkat antarabangsa buat masa ini," katanya.- mStar

Jumaat, 28 Oktober 2011

JOM PUASA SUNAT (HARI 'ARAFAH)

Bagi kita yang tak mengerjakan ibadat haji, janganlah sibuk urus dan cari lembu qurban saja, kadang kita lupa ibadat puasa arafah ni pun besar ganjarannya.


Bilakah hari ‘Arafah? Apa dalil bagi kelebihan puasa hari ‘Arafah?

Hari ‘Arafah ialah hari sembilan Zulhijjah. Ia adalah hari terbaik sepanjang tahun kerana Nabi s.a.w. bersabda; “Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari ‘Arafah” (Riwayat Imam Muslim).

Adapun disunatkan berpuasa pada hari tersebut, dalilnya ialah; hadis dari Abu Qatadah r.a. yang menceritakan; Nabi s.a.w. ditanya tentang puasa hari ’Arafah. Baginda bersabda; “(Puasa hari itu) dapat menghapus dosa tahun lalu dan yang akan datang” (Riwayat Imam Muslim).

Adakah sunat berpuasa pada hari ‘Arafah itu ada pengecualian?

Ya. Dikecualikan dari jamaah haji. Mereka tidak disunatkan berpuasa pada hari tersebut sebagai mencontohi Nabi s.a.w. dan juga untuk menjaga kekuatan bagi memperbanyakkan berdoa pada hari itu.

Maimunah isteri Rasulullah s.a.w. menceritakan; orang ramai ragu-ragu apakah Rasulullah s.a.w. berpuasa atau tidak pada hari ‘Arafah. Lalu ia (yakni Maimunah) menghantar kepada baginda satu bekas berisi susu tatkala baginda sedang berwukuf di Padang ‘Arafah itu. Lalu baginda meminum susu tersebut dengan dilihat oleh orang ramai kepadanya (Riwayat Imam Muslim).

Malah terdapat tegahan dari Nabi s.a.w. sebagaimana yang diceritakan oleh Abu Hurairah r.a.; “Sesungguhnya Nabi s.a.w. menegah dari berpuasa pada hari ‘Arafah bagi jamaah haji yang berada di ‘Arafah” (Riwayat Imam Abu Daud, Ahmad, Ibnu Majah dan al-Hakim).


Fanatik bola boikot kapitalis FAM (klik)

PETITION BOIKOT PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA




KAMI BOIKOT PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA KERANA KEGAGALAN FAM MENGURUSKAN BOLASEPAK MALAYSIA....!!!!

The Jang

To: FAM


Kami 'The Jang' akan cuba menyerahkan petisyen ini kepada pihak FAM pada sabtu ini.Kami akan ke stadium dan berada diluar untuk menunjukan boikot ini.

Kami menyeru seluruh rakyat Malaysia yang mencintai bolasepak tanah air supaya menunjukan kesepakatan kita bersatu menghindari bolasepak kita dari terus merudum dengan ketidak cekapan FAM menguruskanya.

Terbaru dengan tanpa alasan munasabah tiket final Piala Malaysia 2011 dinaikan dari RM30 ke RM50.
Apakah rasionalnya menaikan tiket di stadium yang tidak dijaga dengan rapi dan padangnya rosak?

Jaringan pengangkutan awamnya juga kurang sempurna.

disamping itu :

1)berapa peratus anjakan kenaikan harga tiket sejak 5thn kebelakangan ini?sudahkah fam kaji dan imbangkan dengan kenaikan pendapatan sara hidup/pendapatan seisi rumah.

2)FAM mengenakan levi bagi semua perlawanan bolasepak di Malaysia.Untuk perlawanan akhir dua pasukan yang bertanding akan dikenakan levi,Tidak cukupkah levi itu untuk membayar kos sewa stadium?

Bolasepak lebih merupakan "the poor people game" kalau di banding dgn golf.


"from the people to the people"....hidupkah bolasepak malaysia tanpa PENYOKONG?????


kami sepakat bahawa tiada lagi kata-kata yang sesuai untuk menyatakan kegagalan FAM .

Oleh itu kami memboikot Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2011 ini dan mendoakan FAM di beri petunjuk supaya lebih bijak mengurus Bolasepak Malaysia kelak ....!!!!

Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2011/10/petition-boikot-perlawanan-akhir-piala.html#ixzz1c0TX7zPt

Kaum Cina paling benci pemimpin rasuah

Kaum Cina Suka Pemimpin Amanah, Bersih Walaupun Dari Parti Islam.

Dakwaan seorang ahli akademik kononnya kaum Cina cenderung memilih pemimpin yang korup berbanding pemimpin yang menegakkan negara Islam ditolak pemimpin Pakatan Rakyat berbangsa Cina.

Adun Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin berkata kenyataan Dr Ridhuan Tee Abdullah dari Universiti Pertahanan Malaysia adalah satu provokasi yang ekstrem sedangkan pada hakikatnya kehadiran beliau tidak mendapat tempat di kalangan masyarakat cina.

Tze Tzin berkata majorit kaum cina hari ini membuat pengiraan kepentingan kebajikan dan persekitaran ekonomi yang sihat dalam memilih pemimpin.

"Itu tidak benar (kenyataan Ridhuan), kita sedia maklum ramai pemimpin PAS mendapat tempat dihati kaum cina seperti Nizar Jamaluddin yang mana beliau mendapat undi lebih 80 peratus daripada kaum cina di Bukit Gantang, pemilihan ini dibuat atas sebab karisma dan peribadi baik beliau dan berjaya membawa pembaharuan di Perak.

"Walaupun beliau PAS, tiada masalah untuk kaum cina memilih beliau."katanya.

Ridhuan Tee yang juga merupakan Pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia melontarkan pendapatnya itu dalam Wacana Sinar (Siri-8) Hudud-Dilema dan Pelaksanaan dipremis Kumpulan KarangKraf baharu-baharu ini.

Beliau berkata hujahnya berasaskan kajian yang pernah dilakukan ke atas tren pengundi Cina.

Sementara itu Adun Sekinchan, Ng Suee Lim turut berpendapat bahawa kaum cina lebih cenderung memilih pemimpin yang berwibawa seperti apa yang diterjemahkan pada pilihanraya lalu.

Lim menambah, kejayaan Pakatan Rakyat merampas lima buah negeri adalah antara bukti bahawa kaum cina di Malaysia bertindak memilih pemimpin yang berintegriti, berkebolehan, bersih dan amanah tanpa mengira mana-mana parti yang dipertandingkan termasuk parti Islam PAS.

"Perkara ini telah dibuktikan pada 8 Mac 2008, dimana masyarakat cina majoritinya telah menolak kepimpinan Barisan Nasional.

"Walaupun ia kelihatan hanya pada lima buah negeri, tetapi saya yakin tren ini akan berterusan pada PRU-13 dimana masyarakat cina sudah bersedia secara majoritinya 70 peratus ke atas sekali lagi akan memilih pemimpin yang amanah, bersih dan telus."
jelasnya.

Lim yang dihubungi TvSelangor turut menyifatkan kenyataan Ridhuan sebagai pandangan peribadi yang berkait rapat dengan pengalaman lampau penceramah bebas itu.

Mengulas lanjut, Lim berkata tiada masalah untuk masyarakat majmuk menerima undang-undang Islam sekirannya diberi penjelasan yang tepat serta tidak menimbulkan konflik dan ketengangan antara kaum.

"Tetapi harus diingatkan bahawa dunia sudah berubah, sekirannya terdapat satu benda yang baik (kepimpinan) dan mampu ditarbiah untuk penjelasan yang meyakinkan, masyarakat majmuk semua akan menyokong kecuali perkara itu banyak menimbulkan kontroversi."katanya.

Adun Kinrara, Teresa Kok Suh Sim berkata peranan Ridhuan dilihat seperti agen Umno dan kenyataannya itu secara tidak langsung mencerminkan bahawa beliau terperangkap dalam kekeliruan dirinya sendiri.

"Seorang yang keliru dari segi pemikirannya, kenyataan yang dilontarkan itu (kajian) tidak tepat kerana keputusan pilihanraya lalu membuktikan kaum cina dan masyarakat bandar memilih PAS, walaupun parti itu berpandukan ideologi Islam."katanya.

Teresa turut berpandangan kaum cina berharap untuk melihat sistem dua parti diamalkan di Malaysia dalam merealisasikan negara demokrasi.

Rabu, 26 Oktober 2011

Parti Islam An-Nahda Menang PRU di Tunisia

Sheikh Rashid Al-Gannoushi



Mengikut laporan AlJazeera English Online memetik sumber2 dari Parti AnNahda sendiri melaporkan:

Parti Islam yang sederhana al-Nahda telah mendakwa bahawa ia telah memenangi lebih daripada 30 peratus kerusi di perhimpunan 217-ahli consitutent Tunisia, berikutan pilihan raya bersejarah negara.

"Pertama disahkan keputusan menunjukkan bahawa al-Nahda telah mendapat tempat pertama di peringkat kebangsaan dan di kebanyakan daerah," kata pengurus kempen parti, Abelhamid Jlassi, pada sidang akhbar, memetik laporan sendiri pemerhati pilihan raya al-Nahda '.

Tuntutan pihak yang datang menjelang pengumuman oleh suruhanjaya pilihan raya yang bebas di negara ini, di mana ia adalah untuk offcially mengisytiharkan keputusan untuk tempat duduk di luar negara.

The moderate Islamist party al-Nahda has claimed that it has won more than 30 per cent of seats in Tunisia's 217-member consitutent assembly, following the country's historic election.

"The first confirmed results show that al-Nahda has obtained first place nationally and in most districts," the party's campaign manager, Abelhamid Jlassi, said at a news conference, citing al-Nahda's own election observers' reports.

The party's claim came ahead of an announcement by the country's independent election commission, in which it was to offcially declare results for overseas seats.

Mata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih


Laporan Audit: Kelantan Dan Selangor Yang Hutang Paling Sikit Kena Tibai? Bodohnya Pekerja TV3!

Mana lebih besar beritanya aduhai TV3


Banyak diperkatakan berkenaan Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang baru diterbitkan semalam. Baru sebentar tadi berita TV3 mengambil “angle” menyerang kerajaan Selangor dan Kelantan yang dikatakan ditegur oleh laporan berkenaan atas beberapa sebab.

Selangor dan Kelantan lebih penting untuk diserang berbanding RM5.56 juta yang dibelanjakan oleh Institut Sukan Negara untuk membeli 23 ekor kuda tanpa “lampu hijau” kementerian kewangan. Lebih penting dari Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) yang telah terlebih bayar antara 177 hingga 2 805 peratus untuk pembelian peralatan bagi bot baru jabatan berkenaan. Lebih penting dari 41 peralatan yang dibeli oleh UITM berjumlah RM1 juta tetapi tidak langsung digunakan lebih setahun. Lebih penting dari RM142 juta yang dibelanjakan untuk satelit RazakSAT tetapi akhirnya terpaksa dihentikan setelah didapati ia lari sejauh 37km dari sasaran!

Tahniah TV3, anda benar-benar hebat!

Tetapi yang lebih menarik perhatian saya secara peribadi adalah laporan berkenaan “National Feedlot Corporation” satu usaha Kementerian Pertanian dengan kerjasama kerajaan Negeri Sembilan pada tahun 2008 (bawah Pak Lah) di Gemas, Negeri Sembilan kononnya untuk mempertingkatkan pengeluaran lembu daging tempatan dan mengurangkan impot daging.

Menurut laporan audit ini NFC gagal memenuhi sasarannya tahun lepas untuk menghasilkan 8,000 ekor lembu. Sedangkan di bawah Rancangan Malaysia ke 9 menjelang 2015 NFC sepatutnya mengeluarkan 60,000 ekor binatang ternakan berkenaan.

Menurut pemeriksaan audit yang dilakukan tahun lepas ladang berkenaan sekadar memiliki 3 289 ekor lembu.

Lebih malang lagi ada keluarga Menteri yang terlibat.

Dan bagi saya ini lebih hebat, aduhai TV3 kerana antara senarai penerima bintang kebesaran bergelar “Datuk” sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang adalah orang besar NFC ini. Dahlah lari dari sasaran, diberi gelaran kebesaran pula!

http://n32.blogspot.com/2011/10/mana-lebih-besar-beritanya-aduhai-tv3.html

Kelepet projek lembu

Keluarga Shahrizat Gagal Urus Projek Daging Lembu Yang Menelan RM275 Juta Wang Rakyat



PETALING JAYA 25 OKT : Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil perlu menjawab kegagalan syarikat keluarganya mencapai kuota pembekalan daging lembu ke pasaran tempatan mekipun setelah menelan lebih RM275 juta wang rakyat.

Syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) itu diberi geran RM25 juta dan suntikan dana RM250 juta lagi bagi memenuhi 40% dari permintaan domestik, bersamaan 97,414 tan setahun, kata Ketua PKR Zuraida Kamaruddin.

Namun selepas lima tahun berlalu, syarikat yang dimiliki oleh suami dan anak-anak ketua Wanita Umno itu hanya membekalkan 161 tan sahaja setahun.

Bekalan air berkuman ke sekolah di Johor

NONELAPORAN AUDIT : Air berkuman dibekalkan ke 10 sekolah (3/10 di JOHOR !!)

Malaysiakini.com

Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendapati bahawa bekalan air terawat ke kantin sepuluh sekolah rendah mengandungi tahap bakteria dan logam yang tidak selamat untuk diminum.

NONEPenemuan ini berdasarkan ujian air tawar, yang dijalankan pasukan audit ke atas air yang telah dirawat dan air paip ke kantin di 13 buah sekolah.

Air yang digunakan di kantin SK Kg Kudong, Segamat; SK Sejagong, Batu Pahat didapati mengandungi kehadiran bakteria seperti Total Coliform dan E Coli yang tinggi.

Pihak KKM memandang berat perlanggaran parameter bakteria dalam air terawat yang dikesan dalam kajian ini kerana kehadiran bakteria seperti Total Coliform dan E Coli dalam air minum boleh menyebabkan wabak penyakit bawaan air seperti kolera, tifoid dan hepatitis A sekiranya air yang tercemar diminum secara terus dan berterusan,” petik laporan itu.

Air yang dianggap selamat untuk diminum tidak seharusnya mempunyai sebarang Coliform dan E Coli manakala paras 6.5 hingga 9 pada skala pH.

Sekolah-sekolah lain yang disenaraikan mempunyai tahap 'terlalu tinggi' bakteria yang boleh menyebabkan keracunan makanan, adalah:
  • SRJK (T) Ladang Lambak, Kluang
  • SMK Alor Pasir, Tanah Merah
  • SK Lata Rek, Kuala Krai
  • SK Juara, Rompin
  • SK Luat, Lenggong
Keputusan dari SK Benggol Petai, Pasir Mas dan SK Kuala Koyan, Kuala Lipis juga menunjukkan tahap 'terlalu tinggi’ untuk kiraan bakteria Coliform.

KSN angkuh perlekeh teguran audit, SPRM pula membisu

KSN Sahkan Laporan Audit Sekadar Laporan!!


“Saya tak risau apabila Ketua Audit memberi pandangan sedemikian. Tapi saya risau sekiranya ada masalah dan beliau tak memberi pandangan…itu memang tugas beliau,” Itulah kata Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Sidek Hassan.

Apa nak dirisaukan laporan audit sekadar laporan. Hanya teguran. KSN juga berkata itu hanya pandangan. Kalau pandangan, ia tak memberi kesan sangat. Kalau nak siasat, siasat! Kalau nak diamkan, apa nak kisah. Lebih-lebih lagi yang melibatkan orang-orang besar yang makan rasuah dan disahkan laporan audit.

Ia akan berlalu, kita dengar laporan seterusnya 12 bulan lagi!!

p/s : Dia ingat duit tu dia yang punya, suka-suka belanja tanpa memikirkan duit tu duit rakyat. Mengaku sajalah kelemahan. Haram menggunakan duit kerajaan untuk kepentingan diri, beli barang jabatan naikkan harga kontrak melebihi hara pasaran. Patutpun bila pergi jabatan kerajaan ramai yang mengeluh kerana banyak birokarsi...podah

Klinik YB Dr Boo diceroboh

NONEKlinik ADUN Skudai dipecah masuk

ADUN Skudai Dr Boo Cheng Hau yang juga Pengerusi DAP Johor kerugian kira-kira RM800 apabila kliniknya di Taman Universiti, di Johor Baharu, dipecah masuk dalam kejadian yang dipercayai berlaku awal pagi ini.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor ACP Che Yusoff Che Ngah berkata kejadian berkenaan disedari seorang pekerja klinik terbabit kira-kira pukul 8 pagi sebelum polis menerima laporan mengenainya sejam kemudian.

"Siasatan awal mendapati tiada sebarang kerosakan serius pada klinik terbabit," katanya di Johor Baharu, hari ini.

Che Yusoff berkata polis akan menjalankan siasatan berpandukan kesan cap jari yang ditinggalkan suspek.

Dr Boo ketika ditemui berkata kejadian terbabit merupakan kali pertama sejak klinik itu dibuka 13 tahun lalu.


- Bernama

Isnin, 24 Oktober 2011

Syaitan Merah kecundang


MANCHESTER CITY LIBAS MANCHESTER UNITED 6-1 DALAM AKSI DERBY MANCHESTER


Manchester City berjaya membuktikan mereka terbaik kali ini dalam perlawanan 'derby Manchester" apabila membelasah Manchester United 6-1 di Stadium Old Trafford sebentar tadi.

Kekalahan itu juga membuatkan Manchester United menelan kekalajan pertama mereka musim 2011/2012. Kini hanya City dan Newcaste merupakan dua pasukan yang masih belum tewas setakat ini. Dengan kemenangan ini, City meninggalkan Manchester United lima mata untuk mengungguli carta Liga Perdana Inggeris. Syabas Manchester City.

Senarai penjaring gol Manchester United :

Darren Fletcher (81')

Senarai penjaring gol Manchester City :

Mario Balotelli (22' dan 60')
Kun Aguerro (69')
Edin Dzeko (90' dan 92')
David Silva (91')

KEPUTUSAN

MANCHESTER UNITED (1)

vs

MANCHESTER CITY (6)

Pemilik Manchester City adalah jutawan muda Sheikh Mansour Bin Zayed An-Nahyan tentu tersenyum kerana pelaburannya berbaloi.

Jerat Himpun tak mengena


HIMPUN Adalah Jerat yang Dipasang Keatas PAS, tapi Tidak Makan

Pertama-tama sekali, terdapat banyak sekali petanda HIMPUN ditunggan UMNO. Misalnya:

1.0 Pemberian permit perhimpunan yang telah dibuat dgn kadar segera
2.0 Sokongan tegar dari blogger2 UMNO yang kita tahu semuanya kaki sebar dusta
3.0 Sokongan dari media-media milik UMNO secara terbuka i.e. TV3, Utusan Meloya, Berita Hairan dsbnya
4.0 Sokongan pemimpin2 UMNO terhadap perhimpunan tersebut


Objektif utama perhimpunan tersebut adalah supaya:

1.0 Memaksa PAS keluar dari PAkatan Rakyat atas alasan mempertahankan akidah umat Islam angkara kristianisasi
2.0 Memburukkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat dengan tuduhan Pakatan Rakyat melindungi aktiviti memurtadkan umat islam
3.0 Menghidupkan semula agenda perpaduang Melayu antara PAS dan UMNO atas alasan mempertahankan akidah umat Islam


Hasilnya adalah:

1.0 Ahli-ahli UMNO rata-rata tidak menghadiri HIMPUN. Malahan, tiada pengarahan dari UMNO kepada ahli2 mereka untuk menghadiri HIMPUN
2.0 Kehadiran HIMPUN amat mengecewakan dan sambutan juga sangat-sangat dingin
3.0 Perhimpunan gagal mencapai objektif memandangkan tiada apa-apa bukti berlakunya Kristianisasi di Selangor
4.0 PAS TIDAK MAKAN JERAT YANG DIPASANG UMNO
5.0 Apa-apa isu Islam mesti dipimpin oleh PAS sekiranya mahu kejayaan.
6.0 HIMPUN tidak mendapat kepercayaan umat Islam untuk memimpin mereka
7.0 HIMPUN mendedahkan identiti mereka yang bercampur antara ISlam dengan nasionalisma-sekularisma melayu. Dengan kata lain, pegangan HIMPUN tidak 100% Islam
8.0 Majoriti umat Islam di Malaysia tidak percaya propaganda kononnya berlaku kristianisasi besar-besaran di Malaysia

TB

Ahad, 23 Oktober 2011

Penduduk Kg Buah Pala dapat kunci rumah

Kg Buah Pala houses

Isu Kg Buah Pala: Lim Guan Eng bakal dipenjarakan

Ahli parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh hari ini berkata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng boleh dipenjarakan jika beliau ingkar terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang memutuskan bahawa penduduk Kampung Buah Pala perlu mengosongkan rumah masing-masing pada tahun 2009.

Mahkamah Persekutuan pada Ogos, 2009, tetap dengan penghakimannya pada 24 Jun bahawa penduduk kampung berkenaan wajib meninggalkan rumah masing-masing dan menyerahkannya kepada pemaju yang telah diberi kelulusan membangunkan semula kawasan tersebut.

Berdasarkan penghakiman itu, Karpal mengakui bahawa Pakatan Rakyat tidak mampu menunaikan janji-janji yang dibuatnya kepada penduduk kampung itu, walaupun pemimpinnya, termasuk ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berikrar akan mempertahankan kampung berkenaan.


"Ramai yang bertanya, apa yang berlaku kepada janji-janji? Macam mana dengan janji Lim yang berkata kami akan mempertahankan kampung itu? Betul, semua kita berkata begitu," kata peguam veteran itu.

"(Tetapi) Apakah pilihan yang ada bagi ketua menteri, kecuali langgar perintah mahkamah? Sebagai wakil yang dipilih rakyat, kita perlu mematuhi keputusan mahkamah, sama ada kita suka atau tidak," kata pengerusi kebangsaan DAP itu.


“Jika kita hina mahkamah: kita bukan sahaja akan diheret ke penjara sehingga kita tarik balik penghinaan itu dan mohon maaf, tetapi kerajaan negeri juga boleh dilucutkan kuasa,”katanya semasa berucap pada satu majlis untuk menyerahkan kunci kepada penduduk bekas Kg Buah Pala di Pulau Pinang hari ini.

Kira-kira 100 menghadiri majlis anjuran Nusmetro Sdn Bhd, di mana Lim, Timbalan Ketua Menteri P Ramasamy dan ADUN Batu Maung Abdul Malik Abul Kassim juga hadir.

Dua puluh empat keluarga yang diarahkan meninggalkan perkampungan mereka sebelum ini turut menerima kunci bagi rumah baru masing-masing.
-malaysiakini-

Litar Sepang litar maut

marco-simoncelli-rip

Pelumba yang dimaksudkan itu adalah pelumba dari Italy, Marco Simoncelli yang menunggang jentera honda. Dalam tragedi kemalangan itu Simoncelli terjatuh dengan sendirinya pada satu selekoh sebelum kepalanya dilanggar oleh dua motosikal lain iaitu Colin Edwards dan Valentino Rossi.

Akibat daripada kemalangan maut itu perlumbaan terpaksa dibatalkan. Tragedi ini merupakan sejarah terburuk yang pernah dialami oleh arena Moto GP.

Sedikit petikan dari tragedi perlumbaan ini:

“Penunggang Honda, Marco Simoncelli disahkan meninggal dunia selepas terjatuh dan kepalanya dilanggar dua pelumba lain pada perlumbaan kategori MotoGP di Litar Sepang, sebentar tadi.

Sebelum itu, perlumbaan kategori berkenaan dibatalkan berikutan kemalangan yang menimpa pelumba Itali berkenaan yang terjatuh dan dilanggar Colin Edwards dan Valentino Rossi pada pusingan kedua perlumbaan terbabit.

Topi keledar Simoncelli tercabut ketika kemalangan di selekoh 11 apabila beliau tergelincir dengan motosikalnya melintang di atas litar dan ketika itu menjadi laluan Edwards dan Rossi.

Perlumbaan itu terus diberikan bendera merah dan Simoncelli yang kaku di atas litar terus dibawa ke pusat perubatan menggunakan ambulans.

Edwards yang menunggang Yamaha turut terjatuh tetapi terselamat daripada sebarang kecederaan serius manakala Rossi berupaya dapat menunggang motosikalnya balik ke pit. – REUTERS”

Pilihanraya Tunisia : Parti-parti utama yang bertanding



Ahli Pergerakan Islam An-Nahda sedang mengedarkan risalah kempen di hadapan Ibupejabat Parti itu di Ariana berdekatan Tunis. Semoga Allah beri kemenangan kepada mereka bagi mentadbir Tunisia dengan keadilan dan bebas rasuah.

Members of the An-Nahda Islamist movement distribute Tunisian election
leaflets in front of the party headquarters in Ariana near Tunis on 19 October.
Photograph: Fethi Belaid/AFP/Getty Images

Tunisian elections: the key parties

The first elections since the Arab spring take place on Sunday with a wide range of parties involved

Angelique Chrisafis in Tunis
guardian.co.uk
Wednesday 19 October 2011 18.22 BST



Tunisia goes to the polls on 23 October to choose an assembly that will rewrite the country's constitution. Nearly 11,000 candidates are to contest 218 seats.

After decades of despotism and one-party rule, about 110 political parties have sprung up and scores of independents are running. The key parties are:

An-Nahda (Renaissance)

Once outlawed and brutally repressed, with members imprisoned and tortured under the dictatorship of Zine al-Abidine Ben Ali in the 1990s, the Islamist party is now tipped to take the largest share of the vote in the election. Well-funded, with a large membership and strong grassroots support in the poorest areas, it is the best-organised political force in Tunisia.

Its founder, Rachid Ghannouchi, who was exiled in London for decades, describes the party as moderate, tolerant, pro-democracy and keen to protect Tunisian women's rights in a pluralist society. Pushing liberal and conservative policies, it has been likened to Turkey's Islamist-rooted ruling Justice and Development party (AKP).

Secular critics say the party is an unknown quantity and fear that, once elected, hardliners could seek to enforce a more fundamentalist Islam on Tunisia's secular, civil society. Secular feminists have warned there would be fierce opposition if the party ever sought to roll back women's rights in Tunisia, the most progressive in the Arab world.

The Progressive Democratic party (PDP)

Founded in 1983, the secular centre-right party was part of the legal, but oppressed, opposition during the Ben Ali regime. It is one of four main non-Islamist parties modelled on European social democrats. The party, which is well funded and has the backing of the business community, is competing to take second place in the elections.

Its founder, the well-known lawyer and opposition figure, Ahmed Nejib Chebbi, 67, was banned from running for president in 2009 but could stand in a future presidential election. After the revolution, he was quick to announce he wanted to run to lead the country and has served in Tunisia's post-revolution caretaker governments. Critics say voters are sceptical of the PDP's slick party machine which could be seen as reflecting officialdom.

Ettakatol

The centre-left Democratic Forum for Labour and Liberties, known as Ettakatol, is a direct challenger to the PDP and is vying for second-place in the election vote. The social democrat party existed in opposition under Ben Ali, but was oppressed and marginalised.

Its founder, Mustapha Ben Jaafar, 70, a doctor and professor of medicine, was barred from running for president in 2009. He briefly served as health minister in the post-revolution caretaker government formed in January but swiftly stood down in protest that elements of the old regime were still in power.

Congress for the Republic (CPR)

Legalised after the revolution, the CPR is led by Moncef Marzouki, a well-known Tunisian human rights activist and doctor who was pursued under the regime and exiled to Paris. The centrist CPR is one of the main parties running candidates in every district. Marzouki failed in a bid to run for the presidency under the regime, but announced he would like to run for president on his return to Tunisia after the revolution.

Modernist Democratic Pole

Led by Ettajdid, the old Communist party which has reinvented itself as centre-left, the Pole is a coalition of parties and independents running a secular, feminist campaign to counter An-Nahda and Islamism in Tunisia. They believe there is a place for Islam in Tunisia but it belongs in the private sphere and religion must not be mixed with politics. Initially, the coalition had wanted to unite all other major centrist opposition parties against the Islamists but the larger parties preferred to run on their own ticket.

Two parties have been set up by former ministers from the regime and key figures from Ben Ali's now dissolved RCD party.

El Watan, the Nation or Homeland was founded by Mohamed Jegham, one-time interior minister and defence minister alongside Ahmed Friaa, Ben Ali's last interior minister in charge of police and security in the final days of the revolution which the regime violently repressed.

The L'Intiative party was founded by Kamel Morjane, a former defence and foreign minister under Ben Ali.