Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Rabu, 23 Mac 2011

Video seks: Utusan laku abis!


Oleh: myogis

"Macam silap mata.
Semalam lif tempat aku kerja elok-elok sahaja. Naik turun, naik turun. Pintu lif sekejap terselak, sekejap terkangkang. Begitulah, macam kisah video seks yang kita sedang sibuk-sibukkan sekarang. Pagi tadi aku jalan laju-laju menuju pintu lif dengan harapan aku tidak perlu lagi membilang anak-anak tangga menuju ke tingkat empat. Tapi hari ni lif rosak lagi. Aku tepuk dahi dan bertanya di mana silapnya!

Semasa menapak perlahan langkah demi langkah,aku tertanya-tanya apa berita utama yang terpampang di muka akhbar pagi ini. Cerita tsunami di Jepun sudah agak basi. Cerita Ultraman di kejar tsunami sudah reda, tidak hangat lagi. "Sayang BH, jangan buat lagi ya!" Itulah amaran keras yang diterima oleh mereka. Jika tidak kerana CNN mengepokes semula kartun itu, sumpah aku tidak akan tahu langsung. Sebab surat khabar itu bukan sarapan pagi yang wajib untuk aku.

Begitulah hebatnya negara 1Malaysia. Liwat sudah bertahun-tahun jadi santapan ruji rakyatnya. Hari ini liwat, esok liwat, lusa liwat, tulat liwat tunggang-terbalik pun liwat. Kalau tidak liwat surat khabar nasional akan bercerita tentang seks. Masa orang risaukan keselamatan saudara mara di Jepun, mereka lebih sibuk bersurah tentang mee perisa ayam babi (Miyabi). Kita kalau tidak membeli sampah yang dihidangkan, bau busuk itu terhidu juga.

Pendedahan terkini aksi seks yang sedang hangat berkitar dalam media-media utama bakal menjadi beras tumpah berbulan-bulan lamanya. Sifirnya cukup mudah. Hebahkan cerita ini dalam semua rangkaian TV, edarkan surat khabar kalau boleh secara percuma kepada seluruh rakyat, terutamanya di Sarawak. Bawak masuk cerita ini keceruk-ceruk, ke kawasan pedalaman dan dalam bukit bukau gunung ganang. Tempat-tempat yang tidak ada internet, tidak sumber berita, cerita ini wajib disampaikan. Pengundi-pengundi di Sarawak wajib di spam dengan dongengan seks ini.

Itulah sifir sebenar video seks ini. Kita tidak perlu ambil pot sedikitpun kisah ini benar atau tidak. Kerana yang lebih penting gendang perang saraf sedang dipalu kencang. Ketulenan watak pemimpin pembangkang sedang dipersoalkan. Kisah rasuah, kroni,kekayaan dan harta benda milik pemimpin tempatan pula perlahan-lahan dipadamkan.

Liwat, rasuah, seks, ragut, pecah amanah dan fitnah. Kita sebenarnya sedang mengundang bala Allah.

Anekdot: Ayah sedang buat apa tu? Baca surat khabar | Hafaz Quran "

Tiada ulasan:

Catat Ulasan