Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Isnin, 7 Mac 2011

Sukar menang di kubu BN, SPR gagal

Kekalahan di Kerdau kerana kegagalan SPR membanteras rasuah, pembelian undi, penggunaan jentera kerajaan dan ugutan oleh BN.

KERDAU: PAS kini mengaku sukar untuk menang di kawasan yang menjadi kubu kuat Barisan Nasional (BN).

Naib Presiden PAS dan juga Pengarah Pilihan Raya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kawasan Felda dan kampung tradisi masih menyokong kuat BN.

Bagaimanapun kekalahan di Kerdau menurutnya disebabkan kegagalan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) membanteras rasuah, pembelian undi, penggunaan jentera kerajaan dan ugutan oleh BN.
“Tetapi ini kekalahan sementara. Keputusan keseluruhan Kerdau menunjukkan peningkatan undi yang diperolehi PAS. Ia sama dengan Ijok, PAS kalah pada pilihan raya kecil tetapi menang dalam pilihan raya umum 2008.

“PAS juga mendapat peningkatan undi di tiga kawasan Felda di Kerdau,” katanya dalam sidang akhbar di sini malam ini.

Calon PAS Hasanuddin Salim pula berkata, beliau kecewa tetapi hanya sementara. Malah Ketua Penerangan PAS Pahang itu bersedia untuk bertanding sekali lagi jika parti memilihnya.
Manakala Pengerusi DAP Pahang Leong Ngah Ngah berkata kekalahan PAS kerana politik wang yang melampau di Kerdau

Tiada ulasan:

Catat Ulasan