Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Ahad, 27 Mac 2011

PELUANG Meraih RM5000 SEBULAN dengan berBOHONG


RM 5000 Sebulan Untuk Para Blogger Yang Berminat Menjadi Blogger Sepenuh Masa Menutup Segala Penyelewengan & Salah Laku Kerajaan Barisan Nasional...

Bukti blogger pro BN diupah RM 5,000 sebulan
Dipetik dari blog http://milosuam.blogspot.com/

Kepada para pembaca yang berniat untuk menjadi pencacai gerombolan songkok tinggi, anda mungkin boleh menawarkan diri untuk menjadi blogger sepenuh masa menutup segala penyelewengan dan salah laku kerajaan Barisan Nasional, terutama Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud.

Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada laman web pro Barisan Nasional, pada 16 Disember 2010 yang lalu, para blogger yang dilihat berkelayakan, akan diberikan wang sebanyak RM30, 000, untuk membuka sebuah blog sama ada yang menggunakan hosting percuma ataupun berbayar. Malah diberikan upah sebanyak RM 5,000 sebulan untuk menutup bangkai gajah [SarawakTalk].



Kita sedia maklum, budaya gerombolan songkok tinggi adalah perjuangan demi perut demi duit, tiada siapa yang dapat menafikan fakta ini. Dari pencacai paling bawah (tukang pasang bendera masa pilihanraya) sampailah ketua yang paling atas, berjuang demi duit. Maka tidak hairanlah, dua orang antara terkaya di Malaysia adalah Nazir Tun Razak dan Mirzan Mahathir. Kalau nak harapkan keikhlasan penyokong UMNO untuk memasang bendera tanpa upah, jawapannya simpan jelah bendera dalam stor.

Gerombolan songkok tinggi tahu bagaimana pemimpin atasan mereka mengambil kesempatan untuk memperkayakan kaum kerabat dan anak beranak serta cukong (kroni). Mereka tahu, bukan mereka tak tahu. Namun tak banyak sedikit mereka juga ada bahagian, sebab itulah pemimpin perompak terus dibela, sebab itu jugalah blogger-blogger gerombolan songkok tinggi terus menulis setiap hari dengan pelbagai propaganda dan fitnah jahat.

- naimnikmat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan