Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Rabu, 30 Mac 2011

Mujahid Yusuf Rawa berkira2


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEioYw5Y5V6ROyXPo-kLE1iPlKm3vaMpxOsTZbmTtTLfPZ-VshfkVoAlDZ1KpgOBVvJes9guX8fuESodYh3qJLCSKciCJ6yKFJNNsPrXeIqQtym66nj1RBBQA30aFrQRc2rUyPkZtqIhaHnq/s1600/Ust+mujahid.4.JPG

SHAH ALAM - Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa sedia menimbang untuk bertanding jawatan yang lebih tinggi, termasuk kerusi Timbalan Presiden Pas pada pemilihan yang dijadualkan Jun ini.

Ketika dihubungi petang semalam, Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata, jika ada pencalonan daripada Pas kawasan, beliau akan beri perhatian serius.

"Sudah tentu saya mahu menyumbangkan sesuatu untuk parti agar kekal maju seiring dengan perkembangan politik semasa," katanya.

Mujahid berkata demikian ketika ditanya mengenai saranan pelbagai pihak menerusi Internet supaya beliau bertanding jawatan Timbalan Presiden.

Menurutnya, jika ditakdirkan beliau berjaya dalam pemilihan, sudah tentu beliau akan cuba menerapkan idea yang diketengahkannya menerusi buku kontroversi 'Menuju Pas Baru: Krisis, Peluang dan Dinamisme' yang dihasilkannya tahun lalu.

"Saya sangat berhajat untuk membawa pembaharuan yang positif bagi Pas. Itupun saya akan mengkaji terlebih dahulu sama ada perubahan itu dapat diserapkan atau tidak. Jika ada ahli parti yang mahu transformasi dinamik seperti yang saya lontarkan dalam buku itu dilaksanakan, saya akan cuba.

"Apa yang pasti, transformasi itu harus bergerak seiring dengan prinsip perjuangan parti, al-Quran dan Sunnah," katanya.

Ditanya mengenai bantahan kumpulan tertentu dalam Pas terhadap kandungan buku itu, yang sekali gus boleh menjejaskan peluang dirinya untuk mendaki kedudukan yang lebih tinggi dalam parti, Mujahid ada pandangan tersendiri: "Setiap apa yang mereka hujahkan, ada positif dan ada negatif."

"Saya sendiri sebelum tulis buku ini, sudah buat kajian. Saya ambil kira semua pandangan dan sudahpun berbincang dengan pelbagai pihak menerusi wacana di seluruh negara," katanya.

Mujahid berkata, beliau tetap yakin ramai ahli Pas berminat untuk tahu dan mungkin juga mahu beliau melaksanakan idea pembaharuan itu berdasarkan sambutan dua kali cetak buku tersebut setakat ini.SH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan