Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Ahad, 27 Mac 2011

Pentingnya kemaskini twitter, Bro Anwar menang


Bukti Anwar Buat Seks Sambil Ber Twitter,Blog Pro Umno Menyalak Macam Anjing

Manipulasi waktu twitter, Utusan didesak mohon maaf atau disaman

http://media1.malaysiakini.com/344/93cc161915b5890335d1b5c37d8b54e9.gif

http://media1.malaysiakini.com/342/3431b057386e3f053673a90d8df1e32d.gif


Antara bukti catatan dari twitter ke facebook hanya mengambil masa dua minit, bukan sejam seperti fitnah Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR: Utusan Malaysia yang memetik laporan blog tajaan Umno, kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak membuat sebarang twit ke akaun twitternya pada masa rakaman video palsu itu berlangsung, didesak memohon maaf atau berdepan saman dari KEADILAN.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, Anwar menghantar sembilan pesanan ke akaun twitternya antara jam 10.38 malam hingga 11.06 malam berbanding waktu rakaman video berkenaan antara jam 10.20 malam hingga 10.41 malam.

“Semua laporan mereka yang menonton rakaman itu tidak menyebut sipelaku melakukan seks sambil memegang telefon untuk menghantar pesanan twitter,” katanya pada satu kenyataan media, hari ini.

“Pesanan yang dihantar jelas dibuat Anwar kerana lenggok bahasa dan interaksinya dengan pengikut yang diketahui umum. Mustahil sipelaku dalam video adalah Anwar,” katanya yang mengemuka bukti sekali gus mematahkan fitnah yang disiarkan blog yang dibiayai Umno sebelum dipetik Utusan Malaysia.

Paparan skrin facebook Anwar membuktikan dakwaan Utusan Malaysia adalah pembohongan semata-mata

Rafizi juga kesal kerana Utusan Malaysia mendakwa wujud perbezaan masa antara laman facebook dan twitter, kononnya pesanan yang dirakam di facebook sejam lebih lambat dari twitter.

“Ini pembohongan besar yang sengaja direka. Dua petikan skrin dari twitter dan facebook Anwar yang menunjukkan pesanan yang dibuat melalui twitter dihantar ke facebook, dua minit kemudian,” katanya.

Rafizi berkata, pesanan pada jam 12.22 tengah hari pada 26 Mac 2011 di twitter dicatat waktunya sebagai 12.24 tengah hari di facebook.

“Ini membuktikan kepada rakyat Malaysia betapa hinanya Utusan Malaysia yang tanpa segan silu menyiarkan fitnah tanpa usul periksa. Asal dapat menyebarkan dakyah tuan punya iaitu Umno.

“KEADILAN mendesak Utusan Malaysia memohon maaf. Jika enggan berbuat demikian, KEADILAN akan mempertimbang tindakan lanjut terhadap Utusan Malaysia dan penulis blog Umno itu,” katanya.

http://www.keadilandaily.com/manipulasi-waktu-twitter-utusan-didesak-mohon-maaf-atau-disaman/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan