Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Isnin, 28 Mac 2011

Pelajar M'sia di Yaman di arah pulang

Lelaki Yaman mesti ada kerambit di pinggang barulah nampak segak dan santai


Semua pelajar Malaysia yang menuntut di yaman diarah pulang ekoran keadaan politik yang bergolak di sana.

Kesan dari teori domino yang bermula di Tunisia yang menyebabkan pemerintah diktator Zine al Abidien meninggalkan negara kelahiran dan menemui ajal di luar negara, Mesir yang dikatakan mempunyai unit cawangan khas (SB) yang paling kuat dalam dunia diperintah oleh mahafiraun Hosni Mubarak pun tumbang dan lari.

Salah seorang pelajar yang pulang ialah Muhamad Al-Fatih bin Abdullah yang merupakan anak kepada Ketua Dewan Ulamak PAS Johor Ustaz Abdullah Husin. Beliau tiba pada Khamis lalu dengan penerbangan Gulf air.

Yaman terkenal dengan kerambit di pinggang sebagai akssesori wajib bagi kaum lelaki. Ramai keturunan arab di Malaysia berasal dari Yaman, malah istilah Bin yang dipakai pada nama masyarakat melayu ialah berasal dari budaya mereka. Contoh, siapa yang tak kenal Osama bin Laden.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan