Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Khamis, 15 Mac 2012

Tuduh Ikut Telunjuk Asing Gagal

Sekarang Tun cuba nak alih perhatian rakyat dengan membawa propaganda basi bahawasanya Malaysia akan berada di bawah telunjuk kuasa asing sekira tidak bersatu dan memberi sokongan kepada Umno dan Barisan Nasional.

Apatah lagi jika rakyat mengangkat Dato' Seri Anwar sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 secara sah....

Tun tahu tapi Tun saja buat2 lupa.....Propaganda busuk ni baru lagi digunakan oleh rejim di Tunissia, Libya dan Mesir tapi terbukti tidak berhasil. Gagal diterima rakyat, dan bakal ditolak mentah-mentah oleh pengundi.

'Mata dulang paku serpih, mengata Anwar Ikut Israel padahal dia yang lebih...' Najib pun dah keluarkan surat bukti syoknya Tun kepada Yahudi laknatullah... Najib pun tak suka isu ini dibesarkan takut nanti 'makan tuan'...



Agen Yahudi- Siapa Sebenarnya dia???

Dalam sibuk-sibuk Tun Mahathir mempersoalkan pasal agen negara asing dan agen yahudi kebelakangan ini, tak adil rasanya kalau suara tuduhan dari beliau sahaja yang kita dengar.
Tambahan lagi tuduhan itu cumalah satu cebisan sahaja daripada banyak lagi tuduhan-tuduhan lain terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim.

Tuduhan yang sering diulang-ulang semenjak 10 tahun yang lepas. Tujuannya ialah untuk mencipta persepsi. Membentuk dan membiasakan minda rakyat Malaysia terutamanya yang tidak membaca dan mencari maklumat alternatif. Supaya mereka mempercayai bahawa Anwar Ibrahim adalah manusia yang paling bahaya, paling jahat dan paling tidak boleh dipercayai di Malaysia.

Walaupun sudah berkali-kali dinafikan, namun tuduhan-tuduhan tersebut terus diulang. Ada yang mencabar Anwar untuk menafikan tuduhan itu. Padahal sepatutnya yang menuduhlah yang kena membuktikan kebenaran tuduhan mereka. Tetapi, mereka tidak pernah dapat membuktikan tuduhan tersebut.

Terbaru, Khairy Jamaluddin disaman RM100 juta disebabkan perkara ini juga. Dan baru-baru ini juga, Tun Mahathir mengulang lagi kenyataan bahawa DS Anwar hanya layak menjadi PM Israel. Wah, benci sungguh dia dengan Israel yer. Ingat lagi dulu dalam ucapannya beliau pernah mengatakan bahawa orang-orang yahudi menggunakan orang lain sebagai proksi. Ucapan ni jadi kontroversi hangat waktu tu. Satu dunia tengok Malaysia dan nak dipulaukan. Tapi syukur jugalah sebab tak memberikan kesan kepada kita.

Dalam posting kali ni, saya nak ajak para pembaca menonton satu video yang mendedahkan sedikit bagaimana sebanarnya di sebalik 'benci' Tun Dr Mahathir kepada Israel dan Yahudi tu sebenarnya dia pernah banyak kali menggunakan yahudi sebagai orang tengah dan berurusan dengan mereka ketika berkuasa dulu. Nak tahu lebih lanjut? Tonton video ni.

Jadi tak payahlah nak jadi hero kononnya kuat menentang yahudi kalau sebenarnya dia dulu kaki guna khidmat yahudi juga. Bagus diam-diam je nanti makin bising, makin banyak pula yang terdedah.

Jangan berkokok kuat-kuat, tapi ekor penuh tahi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan