Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Isnin, 5 Mac 2012

Bandar Renggam Digegarkan Dengan Ceramah PR

Suhaizan Kaiyat sedang berceramah
Ustaz Abd Khalil sebelum ceramah layan emel
Gaya anak TG Haji Hadi
Ust Fakrurazi dari KL
Gaya YB Dato Mahfuz Omar pegang microfon macam Anwar


Pak Ya yang bertungkus lumus menjayakan program malam ini

Bandar Renggam : Gegaran ceramah Pakatan di Bandar Renggam yang menampilkan penceramah terhebat. Baru sebentar tadi selesai ceramah Jom Ubah di Kawasan Simpang Renggam anjuran Dewan Pemuda PAS Johor.

Antara penceramah yang mengejutkan Haji Abu Samah dari UmnoBn di Renggam ialah ustaz Nik Abduh TG Nik Aziz Timb Ketua Dewan Pemuda Malaysia, Suhaizan Kaiyat Ketua Dewan Pemuda PAS Johor, Ustaz Abd Khalil TG Haji Abd Hadi exco pemuda, Ustaz Fakrurazi Mohd Mokhtar Pengarah Praya Dewan Pemuda Malaysia, YB Dato Hj Mahfuz Omar Naib Presiden PAS.

Ana sebagai anak jati Renggam cukup berterimakasih kepada Pak Ya yang sudi dan berani menyediakan rumah beliau sebagai tapak ceramah. Tabik, al maklum orang Renggam khususnya orang Melayu terlalu takut dengan tekanan umno yang menakut-nakutkan masyarakat dengan ugutan akan dipulaukan masyarakat sekiranya sokong pakatan seolah-olah mereka ni bertuhankan masyarakat.

Di Renggam memang belum pernah menampilkan penceramah popular berderet begini, anak muda yang berani dan bangkit turut serta dengan konvoi motosikal pun ana tabik. Terang-terang sokong pakatan bawa bendera parti kita naik motor...respek betul.

Kepada semua yang terlibat tahniah, tak sangka perkembangan di Renggam sebaik begini selepas ana pindah dan aktif di Kawasan Sembrong. Rapatkan saf, elakkan permusuhan sesama sendiri, terus berjuang dengan menghayun pukulan KO kepada UmnoBn...takbir

Tiada ulasan:

Catat Ulasan