Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Jumaat, 2 Mac 2012

Dr Dzul Jawab Isu Timbalan Bukan Orang Islam



Penjelasan Polemik Wacana anjuran Sinar Harian

Oleh Abu Iman,

Wacana “Mengapa Undi Melayu Pecah” anjuran Sinar Harian (SH) dari Kumpulan Karangkraf berlangsung pada 28 hb Februari lalu. Rata-ratanya ia ditanggapi sebagai hangat, tegang tetapi lancar dan terkawal. Mereka yang gagal untuk hadir dalam dewan menonton melalui internet @SinarOnline dan @Mobtv.my. Liputannya dibuat dalam dua keluaran SH dan secara verbatim esok mengikut maklumat pihak pengurusan SH.

Dalam hampir 3 jam perbahasan bersekali dengan sidang akhbarnya yang menghuraikan pelbagai isu di sekitar tajuk wacana, amat malang sekali, ada pihak yang memanipulasi laporan wacana ini dengan sengaja mengenengah dan kini ‘memporakperandakan’ minda rakyat yang tampaknya bermotifkan politik.

media punya agenda tertentu

Paling mutakhir seorang mantan PM juga tumpang semangkuk sekaligus dengan lebih jelas membuktikan bagaimana pihak media yang andainya tidak cermat atau juga punyai agenda tertentu akan terpalit untuk memenangkan sesuatu tumpuan umum dalam memobilisasi pandangan awam (public opinion). Lebih malang lagi bila saya kesani ada segelintir kecil pihak PAS sendiri yang terpengaroh meminta saya tarik balik kenyataan saya. Kenyataan apa, kalau boleh saya tanya.

Nyata bahawa Wacana ‘Mengapa Undi Melayu Pecah’ yang saya kira sihat dan informatif, kini telah diheret pihak tertentu secara sengaja atau tidak bagi menonjolkan isu ‘PAS bersedia dipimpin bukan-Islam’. Bukan tajuk wacana samasekali, tetapi itulah nasib panelis, yang mesti menjadi peringatan yang bakal bersetuju menjadi panelis. Satu perkara atau isu, yang awalnya ditanggapi isu sampingan atau ‘side-dish’ menjadi habuan utama atau ‘main meal’ bagi lawan politik atau pihak tertentu.

Saya diingatkan supaya tulis penjelasan ini ringkas tetapi jelas. Biar orang kampong semua boleh faham. Saya cuba insyaAllah. Untuk tujuann tersebut saya mendengar rakaman verbatim dalam @Mobtv.my beberapa kali dan telah pun meminta pegawai saya menyalinnya. Justeru yang tidak hadir dan tidak dengar perbahasan 3 jam itu tetapi mahu membuat kenyataan rasmi seperti Tun termasuk ramai dalam media sosial lain, tolong beri perhatian yang serius.

Soalan dari Moderator Dr Maszlee adalah ‘Apakah PAS bersedia untuk melantik Timbalan Presiden dari kalangan bukan-Islam seperti Ikhwan Muslimin baru-baru ini’..tekuni jawaban saya..

Perkara seperti ini bukan perkara-perkara prinsip yang tetap. Dalam (Syariat) Islam ada 2 perkara-kategori (hukum). Satu, perkara2 ‘ Tetap’ yang tidak boleh ubah dikatakan ‘Al-Thawabit’. (Tetapi) Ini perkara2 dalam ruang lingkup Ijtihad dan yang dikatakan sebagai ‘Al-Mutaghiyyaraat’ . 2 perkara ini kita mesti bezakan atas apa susun atur politik itu semua perkara-perkara yang boleh berubah…..

Pada perkara yang boleh berubah kita ubah pada waktu dan tuntutannya. Ini perkara ………. PAS berani berubah! Ada perkara yg tetap tapi ada perkara yang tertakluk kpd perubahan…….. Jadi kita boleh bersedia untuk menerima perubahan & pindaan seperti itu .................................................................!!!!!

Mustafa : Isu Timbalan Presiden PAS Bukan Islam Selesai

Post Pic
PETALING JAYA, 2 MAC : PAS menganggap kenyataan kontroversi Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berhubung pimpinan tertinggi bukan Islam dalam PAS sebagai telah selesai.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata isu tersebut tidak harus diperbesarkan setelah Dr Dzulkefly memberi penjelasan secara bertulis kepada pimpinan tertinggi parti.

"Saya sudah jumpa dia semalam (Khamis). Dia pun sudah beri penjelasan bertulis, bukan kepada saya sahaja tapi kepada semua pimpinan.

"Saya kira isu ini sudah habis dan tak perlu diperbesarkan lagi," katanya lapor mStar Online.

Menurut Mustafa, beliau bersama pimpinan tertinggi PAS bertemu Dr Dzulkefly ketika menghadiri Mesyuarat khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, semalam bagi membincangkan kemelut yang melanda pentadbiran PAS Kedah.

Dr Dzulkefly yang turut hadir ke mesyuarat itu telah memberi penjelasan berhubung kenyataannya kepada pimpinan tertinggi PAS.

Mengulas lanjut, Mustafa berkata beliau berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan Ahli Parlimen Kuala Selangor itu.

Jelas beliau, isu ini tidak dilihat sebagai satu isu besar sehingga boleh menjejaskan imej dan kredibiliti parti.

"Setakat ini saya puas hati (penjelasan). Bukan satu isu besarlah...dan sudah selesai," tegasnya.

Mustafa, dalam kenyataannya sebelum ini berkata kenyataan Dr Dzulkefly itu hanyalah sekadar teori.

Bagaimanapun, Mustafa berpendapat perlembagaan PAS menyebabkan parti itu tidak boleh menerima bukan Islam memegang jawatan tertinggi parti berkenaan.

“Saya kira PAS patut kekalkan sahaja apa yang ada sekarang,” memetik kenyataannya terdahulu.

Dr Dzulkefly menimbulkan kontroversi dengan kenyataan beliau mengenai kesediaan PAS menerima bukan Islam menduduki jawatan tertinggi dalam parti, sehingga ke peringkat timbalan presiden sekiranya ada keperluan.

Dr Dzulkefly berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengambil bahagian dalam forum bertajuk 'Mengapa Undi Melayu Pecah' di Shah Alam, Selasa.

Dr Dzulkefly percaya perkara berkenaan tidak mustahil memandangkan ia boleh menangani perubahan dalam pembaharuan intelektual dan tahan terhadap cabaran semasa.

"Mungkin belum ada keperluan untuk perkara ini sekarang, tetapi kalau sudah diutarakan, kami bersedia berbincang perkara ini dalam Muktamar PAS.

"Bagaimanapun, ini bergantung kepada keperluan parti," kata Dr Dzulkefly.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan