Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Khamis, 29 Mac 2012

Mesyarat Agung PAS Kawasan Sembrong selesai






Sebagai sebuah parti berdaftar maka menjadi tanggungjawab organisasi tersebut untuk memenuhi tuntutan pendaftar pertubuhan (Ros). Malam tadi diadakan menyuarat tersebut yang dirasmikan oleh Ustaz Mohd Shah AJK Dewan Ulamak PAS Johor menggantikan Ust Abdullah Husin Ketua Dewan Ulamak PAS Johor yang ada urusan di Pej Agung PAS.

Ustaz Mohd Shah pun bukan calang-calang orang, bekas pensyarah UTM, bekas YDP Gelang Patah, bekas calon bertanding Nusajaya, ketua lajnah ekonomi Dewan Ulamak PAS Johor... banyak manfaat dari ucapan beliau, Lepas ni setiausaha kenalah buat minit pula...kerja rutin sejak masuk PAS sampai sekarang...setiausaha oh setiausaha...

Selasa, 27 Mac 2012

Siapa Nak Labur Modal Kalau Meniaga Asyik Rugi Saja?

bursa malaysia fgvh Bursa Malaysia : Senaraian IPO Felda Global  Ventures (FGVH). Nasib Peneroka Selepas Ini?

PAS dedah pelaburan FGVH di luar negara rugi

KUALA LUMPUR, 26 Mac: PAS hari ini mengemukakan bukti berhubung dakwaan bahawa pelaburan Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) di luar negara mengalami kerugian.

Bukti tersebut diperoleh daripada laporan audit FGVNA sehingga 31 Disember 2010.

Pakar ekonomi PAS, Dr Rosli Yaakop berkata, syarikat pegangan pelaburan, Felda Global Ventures North America Sdn. Bhd. (FGVNA) mencatat kerugian sebanyak RM27,576,023 pada 31 Disember 2010 berbanding keuntungan sebanyak RM44,832,558 pada 31 Disember 2009.

Katanya, kerugian itu akibat anak-anak syarikat miliknya di Amerika Utara gagal membayar balik pinjaman yang diberikan sebanyak RM48,173,488.

"Felda telah melabur dana melebihi RM1,000,000,000 di dalam Twin Rivers Technologies Holdings Inc (TRTH) dan anak-anak syarikatnya di Amerika dan Kanada sejak Oktober 2007.

"Berdasarkan dua pengukur prestasi iaitu syarikat rugi dan pinjaman yang diberikan kepada anak-anak syarikat gagal dibayar balik mengikut terma yang dipersetujui dan ini membayangkan prestasi syarikat bermasalah," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Rosli juga mempersoal tujuan FGVNA membeli saham TRTH pada harga RM1,567.50 sesaham.

"Kenapa Felda memilih untuk membeli 97 peratus milikan dalam TRTH walhal ia adalah pemain baru dalam bidang oleochemicals yang ditubuhkan pada 1994 dan TRTH bukannya market leader dalam bidang ini?" soalnya yang juga ahli jawatankuasa Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak).

Selain itu katanya, pelaburan yang dibuat FGVNA di Amerika Utara iaitu Amerika syarikat dan Kanada amat besar iaitu berjumlah RM1,255,263,942.

"Apakah pulangan tahun yang diharapkan daripada pelaburan ini? Apakah manfaat kepada peneroka-peneroka Felda daripada pelaburan ini?" soalnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub terus meminta Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan memberi penjelasan berhubung kemerosotan tunai Felda daripada 4.5 bilion pada 2001 kepada 1.2 bilion pada 2005.

"Felda telah ada ibu pejabat tapi beli lagi pejabat di KLCC berharga RM600 juta lebih.

"RM235 bilion dibayar sebelum pembinaanya. Adakah ia dirujuk kepada ahli lembaga pengarah Felda dan adakah pejabat ini yang diperlukan peneroka?

"Datuk Ahmad Maslan kata semuanya untung, tak ada rugi," katanya

Sumber-Harakah Daily

Budak Kacau Ceramah Ditangkap, Unit Amal Selamatkan Dari Kena Belasah

Hadirin cekup remaja cuba ganggu ceramah Pakatan





Seorang remaja yang dipercaya cuba menganggu ceramah pemimpin Pakatan Rakyat di Kuala Selangor malam tadi, ditangkap para hadirin, menyebabkan anggota Unit Amal PAS yang mengawal ceramah tersebut, terpaksa bertungkus berusaha menghalang daripada remaja itu dipukul.

Sebelum itu, sekumpulan kira-kira 20 remaja bermotosikal berhenti di luar tempat ceramah tersebut di Stadium Kuala Selangor serta membawa sepanduk anti-Pakatan sambil mengejek hadirin dari luar pagar.

Perbuatan itu mencetuskan kemarahan hadirian yang sebahagiannya bergerak menujuk ke arah pagar sambil menjerit "Tangkap mereka! Tangkap mereka!".

Pagar itu terletak kira-kira 20 meter dari pintu masuk stadium di mana kira-kira 5,000 orang sedang mendengar ucapan pemimpin Pakatan.

Seorang saksi mendakwa, beberapa remaja tersebut tertindak merosak dan mencalar beberapa buah kenderaan yang diletakkan di luar stadium.

Sekumpulan hadiran yang berang kemudian keluar dari stadium dan berjaya mencekup salah seorang remaja tersebut dan mengheretnya masuk ke dalam stadium.

Remaja itu yang berpakaian baju-T berwarna merah jambu berjalur putih, diserbu orang ramai yang berang, menyebabkan anggota Unit Amal bertungkus lumus bentuk membentuk perisai manusia untuk melindunginya.

"Jangan pukul dia, jangan pukul dia, biarkannya dia pergi," jerit seorang anggota Unit Amal berulang kali ketika mereka cuba menghalang orang ramai yang berang manakala yang lain meminta supaya bertenang, tetapi usaha itu tidak berhasil.

Selepas anggota Unit Amal berjaya membentuk bulatan di sekelilingnya, remaja tersebut dikejar ke pintu stadium dan dilepaskan untuk menyertai rakan-rakan yang sedang menunggunya

Pintu stadium terus ditutup untuk menghalang orang ramai yang marah daripada yang mengejar mereka.

Di sebalik kekecohan itu, ceramah yang dihadiri oleh pemimpin tertinggi Pakatan - Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Datuk Seri Hadi Awang dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim - berjalan tanpa gangguan. -M'kini

Timb Exco Agama Melaka Berkepit?

TERKINI:Akhbar Cina, Sin Chew Jit Poh Dedahkan Nama ADUN UMNO Yang Ditahan Di Kelab Hiburan Ketika Diapit Perempuan GRO.




Laporan dari akhbar Sinar Harian semalam melaporkan bahawa Jabatan Siasatan Jenayah (JSJN) Melaka telah menahan seramai 27 orang di tangkap dalam Ops Tapis di sebuah pusat hiburan di Melaka Raya. 27 orang yang di tahan itu termasuk seorang ADUN Melaka. (sumber).


Maklumat tambahan yang di perolehi telah membongkar ADUN yang terlibat dalam tangkapan tersebut adalah ADUN dari Dun RIM, iaitu MOHD YAZED BIN HJ.KHAMIS, ADUN dari RIM-JASIN.

Maklumat ini di peroleh dari laporan cetak Akhbar Cina, Sin Chew Jit Poh bertarikh 26hb Mac 2012 seperti di bawah:




Beliau gagal dalam memberi contoh ADUN yang baik lebih-lebih lagi apabila di pilih rakyat untuk melaksanakan amanah. Malangnya beliau gagal dalam memberi contoh terbaik selaku pemimpin yang beragama Islam. Bagaimana beliau mahu memimpin rakyat sedangkan beliau sendiri masih tidak mampu memimpin diri nya sendiri.

Rakyat negeri Melaka khususnya perlu bijak dalam menilai dan memilih pemimpin. Jelas, kepimpinan Barisan Nasional gagal dalam memberikan contoh tauladan yang baik kepada rakyat. Jika dahulu Ketua Menteri Melaka, Datuk Rahim Tamby Chik sendiri terpalit dengan isu rogol, kemudian Datuk Ali Rustam dengan isu rasuah, kini tidak hairan anak didik acuan parti Barisan Nasional ini melahirkan pemimpin yang rosak akhlaknya.

Keruntuhan akhlak dan moral pemimpin akan mencerminkan rakyat yang bakal lahir, kerana daripada pemerintahlah akan membentuk masyarakat sepertimana ayah yang membentuk anak-anak. Justeru tidak hairan hari ini masalah sosial masyarakat semakin menjadi-jadi, seperti mana baru-baru ini kita di kejutkan dengan pembunuhan kejam adik Dirang, dan banyak lagi kes bunuh yang mencerminkan betapa masyarakat semakin tenat.


Maka dua ciri penting dalam memilih pemimpin adalah Al-Amin (amanah) dan Al-Qawiy (berkemampuan). Seseorang pemimpin itu tidak cukup jika hanya bersifat Al-Qawiyy iaitu berkemampuan memikul tugas dan tanggungjawab tetapi dalam masa sama tidak Al-Amin iaitu tidak amanah begitu juga sebaliknya.

Amanah di sini bukan sahaja amanah sesama manusia tetapi yang terpenting adalah amanah kepada Allah. iaitu melaksanakan apa yang di suruh dan meninggalkan apa yang di larang. Itulah sebenar-benar pemimpin yang kita mahukan.

Sebagai rakyat kita hendaklah memastikan individu yang diundi itu berkemampuan melaksanakan tanggungjawab bagi jawatan tersebut dan mempunyai nilai amanah dalam diri yang tinggi. Jika tidak, bererti dia memberikan undinya kepada orang yang zalim yang akan mengkhianati tanggungjawab. Apatahlagi, jika calon itu memang sudah ada rekod buruk dalam tanggungjawabnya. Juga, hendaklah dipastikan kesan undi itu tidak membawa keburukan kepada negara secara umumnya. Allah berfirman:

“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang membuat zalim nanti kamu akan disambar oleh api neraka sedangkan kamu tiada sebarang penolong pun selain dari Allah. kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan” (Surah Hud: 113)

Sumber: http://sedakasejahtera.blogspot.com/2012/03/panas-terkini-akhbar-cina-sin-chew-jit.html

Tuduhan DHA Bohong : Dr Halimah

Kos pejabat: 2 Exco nafi dakwaan Hasan

SHAH ALAM - Dua Exco Kerajaan Negeri petang ini menafikan dakwaan bahawa jumlah kos ubahsuai pejabat mereka lebih tinggi berbanding kos pengubahsuaian pejabat bekas Exco Hal Ehwal Agama Islam, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, yang didakwa bernilai RM300,000.

Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata, sejak Mac 2008 beliau tidak pernah melakukan sebarang ubahsuai terhadap pejabatnya.

“Saya sejak Mac 2008 masih lagi duduk di pejabat bersebelahan pejabat pegawai kewangan, dari dahulu sehingga sekarang saya tidak pernah membuat sebarang ubahsuai,” kata beliau ketika ditemui media, di lobi Dewan Undangan Negeri (Dun), hari ini.

Dalam pada itu, Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar pula menyifatkan dakwaan tersebut sebagai tuduhan jahat untuk memburukkan imej beliau.

Menurutnya, tindakan Hasan itu dilihat sebagai usaha melepaskan diri setelah terlibat dalam dakwaan yang ditimbulkan oleh Adun Bukti Antarabangsa, Azmin Ali, Jumaat lalu.

“Saya sudi membawa wartawan untuk melihat sendiri pejabat saya, kerana setakat ini saya hanya menukar karpet serta membuat dua pejabat kecil.

“Jumlah ubahsuai tersebut juga tidak melebihi RM100,000, kita sememangnya teliti jumlah ubahsuai yang dilakukan,” katanya. -SH

Isnin, 26 Mac 2012

Kasanova

BONGKAR!: Najib Kaki Perempuan








Najib, kaki perempuan yang membawa Malaysia ke arah kehancuran

Bagaimana seorang individu yang tidak dapat memahami konsep yang ringkas dan terang boleh berada di kedudukan mengurus dan memimpin negara? Lihatlah kegagagalan skim MyFirst Home dan keputusan terbaru memansuhkan skim saraan kakitangan kerajaan,selain dari kegagalan yanglain-lain.

Dilancarkan setahun yang lepas, skim pemilikan rumah untuk golongan berpendapatan rendah gagal kerana pihak bank enggan memberi pinjaman 100% kepada pemohon yang berpendapatan kurang dari RM3000 sebulan.Bagaimana Najib boleh tidak dapat memahami fakta bahawa dengan pendapatan demikian, seseorang mungkin tidak ada wang tambahan untuk membayar ansuran rumah?Seharusnya Najib ketahui yang seorang individu perlu membayar berbagai-bagai keperluan seperti makanan,pengangkutan dan perbelanjaan lain. Selepas potongan EPF dan Socso, tiada lagi wang yang tinggal.

Walaupun Najib bukan seorang yang arif tentang kewangan,beliau ada penasihat,pakar,ahli-ahli dan 1.4 juta kkaitangan kerajaan untuk beliau mendapatkan idea dan formula. Yang utama, skim tersebut bertujuan memancing pengundi terutamanya golongan muda. Najib bergantung kepada skim tersebut kerana beliau perlu menang dengan apa cara sekalipun dalam PRU ke 13.tetapi ianya menjadi satu kegagalan.

Hal yang sama berlaku kepada skim saraan kakitangan awam yang diumumkan Febuari lepas dimana jurang perbezaan antara kakitangan awam eringkat tinggi dan mereka yang berda dalam gerd yang lebih rendah-iaitu golongan majoriti- sangat luas. Pelan ini menjadi bahan kritikan sejak awal lagi dan akhirnya dimansuhkan oleh Najib kerana terlalu hangat untuk diteruskan. SBPA juga bertujuan memancing undi untuk PRU 13.

'Popularity poll' that went unnoticed and incompetent advisers


Tidak mengejutkan bila kajian populariti beliau langsung tidak dihiraukan, hanya segelintir sahaja rakyat yang mempersoalkan kenapa ianya meningkat ke 69%.Dakah ianya sesuatu yang dibuat-buat?Adakah kerana bagaimana soalan-soalan poll tersebut dirangka? Bagaimanapun, selain dari kajian meragukan dikalangan rakyat Malaysia, kekurangan respon menunjukkan rakyat telah membuat keputusan dan tidak akan mengubah fikiran hanya dengan keputusan man-mana kajian

Najib gagal kerana beliau terlalu jahil.Beliau terus meletakkan orang yang salah di kedudukan yang tinggi.Mereka yang perlu membantu beliau dalam program transformasi ,tetapi transformasi yang dilihat oleh rakyat ialah dari Ah Jib Gor kepada Ah Chep Gor, akibat dari dakwaan bahawa beliau menggunakan RM400,000 duit rakyat untuk majlis pertunangan anak perempuan nya.

Ah Jib Gor ialah nama panggilan yang diberikan oleh penasihat2 nya untuk memancing pengundi Cina.Tapi mereka tidak sedar nama panggilan tersebut membuat masyarakat Cina merasa penghinaan dan kurang rasa hormat terhadap tahap intelektual dan kematangan mereka ialah satu lagi tanda kesilapan besar percaturan pasukan perangka strategi Najib.

Dana 1MDB yang membeli aset Ananda Krishnan untuk jumlah kontroversi RM8.5billion mempunyai panel penasihat dan pengarah2 yang mem[unyai latarbelakang yang meragukan.1MDB, yang dikatakan oleh pemimpin pembangkang,Anwar Inrahim sebagai dana lumpur berbaur politik, kini mahu melupuskan aset2 lapuk tersebut diluar negara, yang mana para penganalisa mensyaki satu cubaan untuk menutup mulut rakyat tentang harga belian yang terlalu tinggi.

Tambahan pula,program transformasi ekonomi dan politik Najib juga gagal. Senarai panjang yang selalu digembar gembur tidak perlu kerana rakyat sudah tahu.Tidak banyak yang berjaya menarik perhatian pelabur manakala jumlah hutang negara terus naik.

Satu lagi kes memalukan yang bakal meletup ialah penyenaraian saham Felda Global Ventures. Setiap hari, ada saja peneroka Felda yang menolak idea yang mungkin akan memberi kekayaan kepada mereka di peringkat awal, tetapi kemudian mendedahkan mereka kepada risiko kehilangan tanah kerana pengambilalihan oleh pakar pasaran saham.

Tetapi akhirnya isu kurang pemahaman PM terhadap isu dan konsep, ditambah pula dengan nasihat dari orang-orang yang salah,akan membawa kepada kejatuhan pemerintahan beliau. Pemerintahan yang dicemari malapetaka, ketidakupayaan, tidak jujur dan hiprokrit.

Rekod buruk Najib

Sejak Najib dipanggil balik dari England dan menceburi diri di bidang politik pada usia 23 tahun pada tahun 1976 setelah bapanya PM kedua Abdul Razak, meninggal dunia, beliau telah memegang beberapa jawatan dalam kabinet bermula dengan Timbalan Menteri Telekom dan Pos,Timbalan Menteri Pelajaran dan juga Timbalan Menteri Kewangan.

Kemudian beliau di pilih sebagai Menteri Besar Pahang pada usia muda,28 tahun pada tahun 1982.Walaupun perjalanan lancar dalam bidang politik dan pendedahan yang diberikan oleh UMNO, beliau tidak menyumbang apap-apa yang berkesan kepada parti, pendapat nasionalis Melayu,Malaysia dan juga kedudukan politiknya sendiri.

Sepatutnya pengalaman sedemikian dapat membentuk beliau menjadi ahli politik sejati, yang mempunyai kematangan dalam demokrasi Malaysia yang moden dan membangun,pemimpin yang peka,prihatin dan memenuhi aspirasi rakyat. Seorang Perdana Menteri yang boleh dibangga kan oleh rakyat.

Kaki perempuan dan pertemuan dengan Rosmah Mansor

Najib bergelumang dengan skandal peribadi sebagaimana yang diberitahu oleh bapanya kepada seorang diplomat asing pada satu jamuan minum the. Razak membeirtahu anak lelakinya kaki perempuan sejak dari zaman universiti. Kemudian ada dakwaan khalwat bila dia ditangkap apa yang tidak sepatutnya dilakukan denganseorang penyanyi di Port Dickson.

Najib juga terlibat dengan kontroversi bila meninggalkan isteri pertamanya untuk berkhawin dengan isteri orang, Rosmah Mansor. Ada yang menyalahkan Rosmah ,yang mata duitan sebagai faktor utama dalam keputusan politik Najib.Tapi sama sepeti pasukan penasihat nya, Rosmah yang boros,terburu-buru dan agresif hanya sebahagian dari masalah Najib.

Tanggungan terbesar Najib ialah dirinya sendiri, kekurangan fokus,intelek dan keupayaan untuk mengenal dan memilih yang terbaik. Inilah sebab beliu sentiasa dalam kesusahan dan alasan nya sentiasa beliau tidak mendapat nasihat yang betul..Beberapa kali hal ini berlaku ,sebbelum rakyat sedar hanya orang jahil dan bodoh shaja akan sewenang nnya dan kerap kali tersilap.

Altantuya dan zaman mewah Najib di Kementerian Pertahanan

Masih terbayang bayang dalam kepadanya seperti kata-kata Damocles ialah pembunuhan Altantuya Shaaribu, dimama Rosmah dituduh terlibat. Sudah tentu 2 bekas pengawla peribadi yang didapati bersalah atas tuduhan tersebut. Najib dan kawan baiknya Razak Baginda juga dituduh mengambil secara tidak jujur RM570 juta wang imbuhan dari syarikat gergasi menjual senjata Perancis DCN kerana bersetuju mmebeli kapal sleam Scorpene bagi pihak kerajaan Malaysia

Semasa Najib sebagai Menteri Pertahanan,beliau terlibat dalam pembelian 12 buah helikopter Eurocopter EC725 Cougar berjumlah RM2.3 billion,walaupun Brazil membayar hanya RM4.5 juta untuk 50 unit model yang sama.Najib juga memantau pembelian 18 buah jet pejuang Sukhoi dari Rusia bernilai RM3.2 billion, dimana komisen dibayar kepada syarikat Malaysia IMT Defence, pada kadar 12 peratus dari belian atau RM380 juta. Jumlah sebesar itu untuk menjadi orang tengah. Tapi Najib terlepas kerana UMNO.

Semasa zaman mewah beliau sebagai menteri pertahanan, Najib juga terlibat dalam skandal PSC-Naval Dackyard,dimana kontrak diberikan kepada PSCpada tahun 2004 untuk membekalkan bot patrol kepada tentera laut.harga kontrak meningkat dari harga asal RM5.35 billion kepada RM6.75 billion menjelang Januari 2007.Lebih buruk lagi,hanya 2 bot yang rosak dari 6 buah yang sepatutnya.Dan 298 aduan direkodkan berkenaan 2 bot tersebut yang didapati masing-masing terdapat 100 dan 383 item tidak lengkap.

Rasuah dan perkauman makin buruk

Ikrar Najib untuk memerangai rasuah ternyata palsu. Najib membuatkan amalan rasuha makin teruk dalam 3 tahun lepas belaiu menjadi PM selepas Abdullah Badawi dalam tahun 2009.

Dibawah pemerintahanya ,Proton terus dalam kerugian dengan rugi bersih RM88.2 juta untuk suku ketiga berbanding RM68.1 juta yang dicatat dalam masa yang sama satu ketika dulu. Perolehan merosot ke RM1.43 billion berbanding RM1.83bil dahulu>MAS juga mengalami kerugian walau terdapat kerjasama kontroversi dengan Air Asia.Kerugian tidak dapat dibendung,dan kerugian RM2.5 bil diumumkan minggu lepas.

Sekarang Najib bergantung kepada platform 1Malaysia untuk menyatupadukan negara,beliau gagal meraih respon. Hakikatnya beliau mungkin kelihatan tenang dan tidak perkauman, tetapi beliau mempunyai karakte yang meragukan. Beliau ialah Ketua Pemuda UMNO yang mengugut akan memandikan keris dengan darah kaum Cina pada satu rali di kampung Baru,Kuala Lumpur pada tahun 1987,tidak lama sebelum bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad melancarkan gerakan besar-besaran menangkap pemimpim2 pembangkang dan aktivis yang digelar operasi lalang.

Walau beliau mewarwarkan perlunya kesederhanaan,Najib memberi sokongan kepada kumpulan ekstrimis dan perkauman seperti Perkasa dan Jati. Rosmah sendiri hadir ke majlis anjuran Perkasa sebagai sokongan,memberikan indikasi bahawa penerimaan dan pengiktirfan dari pemimpin tertinggi.Sebagaimana kata para pengkritik,bagaimana rakyat boleh percaya beliau seruis berkenaan kesaksamaan dan keharmonian kaum?

Jadi apa kejayaan yang telah Najib capai selama ini?

Didalam negara,Najib tidak mencapai sebarang kejayaan yang boleh dibanggakan dan apa yang konon nya dikatakan berjaya hanyalah rekaan semata. Beliau juga gagal membaiki imeh selelpas berbelanjan jutaan ringgit,dengan perundinag media dari UK yang tertangkap menaja berita yang secara sengaja menggambarkan Najib dalam imej postif kepada pemerhati anarabangsa.

Najib juga gagal membaiki UMNO.Beliau gagal memberi pimpinan parti yang diperlukan untuk memberi nafas baru kepada UMNO.UMNO masih ditakuk lama dengan tabiat menipu,membeli undi,menyebar propaganda palsu dan memberi imbuhan untuk menang pilihanraya.

UMNO masih tiada isi dan integriti,gagal mencari ahli baru yang berbabkat kedalam parti.Jika di bandingkan,PKR dan Pas lebih berjaya menarik golongan professional Melayu menyertai mereka berbanding UMNO.Perlu diberi perhatian kata singkatan ABU direka ketika zaman Najib- Anything But UMNO.

Di peringkat antarabangsa ,Najib terkenal dengan percutian mewah keluar negara dan perjumpaan dengan VVIP-jelas penuh kemewahan dan dibayar oleh pembayar cukai negara.The Global Movement of Moderates, yang dilancarkan oleh Najib pada 16 Januari 2012 sebagai tinggalannya kepada dunia, gagal. GMM ggal meraih sokongan kerana Najib bukan orang yang berkebolehan.Bila beliau bercakap berkenaan idea- idea mulia dan persamaan hak manusia diluar negara, di negara snediri beliau melaungkan retorik perkauman, amaran yang beliau akan terus memegang kuasa walaupun bermakna”crushed bocies’,”lost lives’ dan”ethnic cleancing”.

Tamparan paling hebat dalam cita-cita Najib diperingkat natarabangsa datangnya bulan lepas bila Washington Post menyiarkan berita bertajuk Najib juara “ champion of doubletalk” bila pemerintahan nya secara tidak sah menghantar pulang penulis Hamza Kashgari untuk menghadapau hukuman pancung kerana dakwaan murtad.

Mungkin, ketidakupayaan nyata beliau ialah kegagalannya mengawal isteri nya.Bagaimana seorang lelaki yang lemah boleh mengurus negara dengan hutang RM460 bil,dan tergelumang rasuah di setiap tahap dalam kerajaan nya. Memang Najib tidak berkeupayaan,beliau tidak sepatutnya dilantik sebagai Perdana Menteri.UMNO tiada pilihan-siapa lagi kalau bukan Najib? Jika demikian, apa lagi UMNO?

Malaysia Chronicle

Ahad, 25 Mac 2012

Wanita Umno Bertelagah

Wanita UMNO Pecah Dua : Tudung Inggeris VS Tudung Arab


Gelora yang melanda wanita Umno hari memberi suasana yang tidak kondusif kepada UBN amnya dan Najib Razak khasnya. Adalah satu kesilapan besar... umpama menyimpan kudis yang akan menjadi barah kalau Umno atau Najib menolak hakikat wanita Umno kini berpecah kepada dua puak; puak menyokong Shariat Abdul Jalil dan yang tidak menyokong yang dilambangkan oleh naibnya, Kamalia Ibrahim.

Kalau tidak berpecah dua dan wanita Umno dalam keadaan keliru, tidak mungkin diadakan himpunan wanita Umno semalam untuk memberi 'pencerahan' terhadap beberapa isu yang timbul. Pencerahan itu bererti ada ruang-raung temaram dan gelap di dalam wanita Umno pada masa ini yang perlu dibersihkan. Keadaan kini tidak wajar berlaku dan sesuatu menyedih lagi menakut kerana ia menjelang pilihan raya.

Wanita adalah agen terpenting dalam Umno. Wanita menjadi tenaga utama dalam jentera Umno kerana kesungguhan dan keseriusan mereka setengahnya sehingga ada melupai suami dan anak-anak dalam berkerja untuk kemenangan Umno. Apabila fraksi itu sudah berpecah dan tidak sekata ia memarahkan Umno.

Selepas majlis semalam diadakan pula sidang akhbar untuk kesemua pihak terkhusus Sharizat dan Kamalia membuat penjelasan. Sharizat cuba menunjukkan akan dirinya tidak berubah walaupun dia sudah pasti tidak akan menjadi menteri selepas ini. Jaminan Najib agar wanita bersama Sharizat juga memberi kekuatan kepadanya dan eksploit olehnya kononnya ia masih ada sokongan. Tetapi apa guna kekuatan kalau jawatan tidak ada. Dalam Umno jawatan mengatasi segala-galanya. Seseorang itu menjadi kuat, disayangi dan dihormati kerana adanya jawatan.

Sidang akhbar itu banyak disuluh dan ditumpukan kepada Kamalia sebab Kamalia yang menonjol dalam mengkritik dan tidak senang dengan Sharizat ekoran terpalit tahi lembu cair dari lembu gembuk milik suaminya.

Kamalia tidak senang dengan isu itu. Pengumuman Sharizat untuk berundur dari kabinet dilihat sebagai tidak menyelesaikan masalah atau kemelut dalam wanita Umno kerana pengundur itu bukan ikhlas dan suci. Ia dibuat Sharizat setelah beliau terhidu yang kouta senatornya yang tamat 8 April tidak akan disambung lagi. Bagi Kamalia keikhlasan Sharizat boleh diterima kalau beliau berundur sekarang.

Mengenang saya nampak Kamalia ikhlas dan bukan dia berbuat untuk mendapat sesuatu. Beliau bimbang kerana isu projek lembu gemuk (NFC) akan memakan Umno. Lagi pun isu lembu gemuk menyulitkan untuk wanita bergerak kerana mereka turut dipalitkan sama apabila ketua mereka Sharizat ditengok terlibat.

"Hari ini kami (wanita Umno) dipanggil lembu," demikian kata Kamalia dipetik dari satu laporan protol. Jadi untuk melincinkan tugasan wanita maka bau hampak lembu hendaklah dibuang dari wanita Umno. Kamalia merasakan bahawa projek lembu gemuk turut terpalit ke kelubung merah dia sendiri dan wanita lain juga. Desakan itu pastinya demi menjaga maruah wanita Umno seluruhnya.

Alasan Kamalia itu memang betul dan tepat. Apa yang menimpa Sharizat itu seolah-olah setitik nilai yang jatuh ke dalam susu sebelanga. Maka walaupun dia tahu penyokong setia Sharizat akan marah kepadanya, tetapi demi tanggungjawab dan amanah parti dia terpaksa cakapkan juga tanpa memperdulikan suara cemuha sang setia Sharizat.

Gara-gara isu dialami Sharizat menyebabkan timbul suasana berbelah bagi dalam wanita Umno. Ada bersetuju kalau Sharizat bukan saja melepas jawatan menteri tetapi jawatan ketua wanita juga. Mereka yang selama ini bergantung hidup mendapat ehsan dari kedudukan Sharizat sebagai menteri akan menyokong habis-habisan. Manakala yang benar-benar menjaga nama baik dan maruah parti bersetuju dengan saranan Kamalia itu.

Media massa tidak cuba highligt keadaan ini dan cuba diselindungkan perbalahan itu. Namun apa yang wujud dihati tidak dapat disembunyikan. Di dalam lensa kemera dan gambar-gambar dipaparkan menjelaskan bahawa tidak ada gambar Kamalia bersama Sharizat. Tidak ada propaganda kemesraan di antara mereka berdua. Ketiadaan gambar ini menunjukkan kedua pihak sedang berperang. Sebelum ini pun perang dingin keduanya sudah berlaku. Perkara paling jelas perwatakan, peribadi dan pemikiran keduanya jauh berbeza.

Umum sudah tahu mereka tidak dari satu rahim pemikiran. Usah melihat jauh, tenguk sahaja kepada bentuk tudung yang mereka pakai sudah menjelaskan perbezaan itu. Sharizat pakai tudung stail Inggeris manakala Kamalia memakai tuduh stail Arab. Tudung Sharizat nampak ekor lembu di dahi manakala tudung Kamalia menutup rambut dan aurad.

Pakaian dan syaksiah mereka menunjukkan perbezaan dan keperibadian ini. Pakaian juga tercermin dalam wanita seluruhnya. Mana-mana wanita yang bertudung Inggeris adalah penyokong Sharizat manakala yang bertudung Arab adalah penyokong Kamalia.

Apa yang tercermin dari keperbadian dan fesyen ini ia tidak boleh dibohongi. Pakaian mencerminkan apa yang terlindung di dalam. Besar atau leper di dalam akan digambar menerusi pakaian!

Dalam melihat perbalahan di antara Sharizat dengan Kamalia ini ia tidakakan reda walaupun ia diminta oleh Najib. Sama ia akan menjejaskan persiapan Umno untuk menghadapi pilihan raya atau tidak, tetapi yang nyata dalam pertandingan akan datang ada perebutan hangat dalam pergerakan wanita sayap kiri Umno. Perang itu juga sedikit sebanyak akan menjejaskan Umno menghadapi pilihan raya. -Merahtinta MSO

Skim SARA ada bau bangkai...(Klik)

skim+amanah+rakyat+sara+1malaysia

I Think I Smell A Rat

Ada adik ni tanya aku pasal SKIM AMANAH RAKYAT 1MALAYSIA... what do I think about it? Aku cakep, I think I smell a rat, oh I think I smell a rat... Bukan apa, sesetengah manusia di Malaya ni ya amat suka bersangka baik sentiasa, khasnya kalau kerajaan tu sendiri yang buat skim whatever skim. Ramai yang akan terus berfikir, sure halal punya tu beb. Walaupun dah sah-sah ada bau bangkai, ntah macam mana ada jugak hidung sipolan sekian-sekian yang masih tercium bau perfume jugak tuh. Ramai orang Melayu kat Malaya berfikiran bahawa orang Melayu itu orang Islam, dan kalau ko sokong (dan ko pangkah calon... err... you know?) orang Melayu - sure berkat dan sure boleh masuk syurga kat akhirat nanti. Dik, orang Melayu tu lain dik, orang Islam tu lain... jangan kompius. Straight to the point, jangan suka kelentong diri sendiri (for whatever reason you have in your mind). Kalau ko sungguh-sungguh jadi Melayu, ko ingat ko akan masuk syurga sebab ko Melayu erk? Dan jangan lupa, ramai orang Melayu memang perasan Islam (tapi perangai sekoq-sekoq cam lahanat), dan ada ramai jugak yang menggunakan (sentimen) Islam untuk buek duik buat bekalan ke liang lahad (beli Coke kat vending machine gitu), dan lagik ramai pulak "do not give a fuck" pasal Islam whatever, jangan ko tak tahu pulak. Jangan kompius benda-benda sempoi sebegini. Dan lagi pulak... ntah sejak bila ahli politik kat Malaya ada kesah halal-haram ntah. Beats me, man.

Sabtu, 24 Mac 2012

Asyik SULIT saja, TELUSnya tiada

Post Pic

Anggota PSC Diingatkan Tidak Dedah Maklumat


KUALA LUMPUR, 23 MAC : Anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi penambahbaikan sistem pilihan raya diingatkan supaya tidak mendedahkan sebarang maklumat berkaitan sehingga laporan akhir jawatankuasa berkenaan dibentangkan di Dewan Rakyat.

Pengerusinya, Datuk Seri Maximus Ongkili berkata PSC yang ditubuhkan dibawah kuasa Parlimen tertakluk kepada Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.

Menurut Ahli Parlimen Kota Marudu itu, di bawah Peraturan Mesyuarat 85, keterangan yang diambil di hadapan sesebuah Jawatankuasa Pilihan dan apa-apa surat yang dikeluarkan kepadanya tidak boleh disiarkan oleh siapa jua, sebelum Jawatankuasa itu membawa penyata itu kepada Majlis.

"Semua dokumen yang dibincangkan adalah tertakluk kepada sidang Parlimen, kecuali selepas dibentangkan baru ia menjadi hak awam termasuk anda semua (media)," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, semalam.

Ongkili memberi contoh bahawa Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali pernah digantung daripada menghadiri sidang Parlimen selama enam bulan pada 2010 kerana menyentuh tentang keterangan dan surat yang dikemukakan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

Dalam pada itu beliau berkata, jawatankuasa itu akan bermesyuarat dua kali lagi sebelum membentangkan laporan akhir selewat-lewatnya 2 April ini.

"Kita mungkin ada dua lagi mesyuarat pada Selasa, tapi saya fikir kita sudahpun mengenalpasti isu-isu yang akan dimasukkan dalam laporan," katanya.

JPA Lambat Gaji Pun Lembab







Patutlah Gaji Baru SSM Belum Boleh Di Bayar Lagi..


CUEPACS menggesa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) supaya mengeluarkan pekeliling mengenai pelarasan gaji baru bagi kakitangan awam mengikut Skim Saraan Malaysia (SSM) selewat-lewatnya hujung bulan ini. Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata pekeliling itu perlu diedar segera kepada semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan bagi membolehkan pembayaran gaji baru dengan kenaikan antara tujuh dan 13 peratus dibuat kepada semua kakitangan awam mulai bulan hadapan.

"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) sudah mengumumkan pelarasan gaji baru kakitangan awam iaitu kenaikan antara tujuh dan 13 peratus tapi kita sedang tunggu pekeliling itu untuk membolehkan setiap agensi membuat kiraan gaji untuk dibayar pada bulan berikutnya.

"Selagi pekeliling itu belum keluar semua agensi belum boleh buat kiraan gaji untuk membayar dan kita harap hujung bulan ini pekeliling itu mesti selesai," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan wacana bertajuk

"Mentransformasikan Skim Perkhidmatan Institusi Pengajian Tinggi Awam" pada Program Sumbangsaran Intelektual Peringkat IPTA di Nilai hari ini. ~bernama

Gaya Mewah DHA

NONE







Hasan Ali belanja RM300k ubah suai pejabat - Azmin Ali

Bekas exco kerajaan negeri Datuk Hasan Ali didakwa membazirkan ratusan ribu ketika memegang jawatan khususnya ketika mengubahsuai pejabatnya, kata ADUN PKR bagi kerusi Bukit Antarabangsa Azmin Ali pada sidang dewan undangan negeri Selangor hari ini.

Semasa perbahasan titah diraja, Azmin berkata bekas exco yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama Islam, adat Melayu, infrastruktur dan kemudahan awam telah membelanjakan RM300,000 untuk pengubahsuaian pejabat beliau.

"Beliau juga membelanjakan RM550,000 untuk menganjurkan persidangan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor. Wang itu lebih baik disalurkan kepada rakyat," katanya.

Azmin, yang juga timbalan presiden PKR, juga membidas Hasan kerana didakwa membelakangkan dasar tender terbuka negeri ketika menganugerahkan sub-kontrak penyelenggaraan jalan.
-malaysiakini-

Jumaat, 23 Mac 2012

Ahli Umno Tolak Umno







Sombong Dan Angkuh; 3.7 juta Rakyat Malaysia Telah Tolak Umno

KEMAMAN – Ahli-ahli dan penyokong Umno d negeri Terengganu dan seluruh negara, tidak perlu bimbang dan takut untuk menolak Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum yang ke-13 akan datang kerana seramai 3.7 juta rakyat Malaysia telah menolak parti Umno dan BN.

Bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan Pahang, Dato’ Ariff Sabri Abdul Aziz berkata, jumlah tersebut adalah termasuk lebih 1 juta ahli Umno sendiri, berdasarkan statistik pilihanraya umum ke-12 tahun 2008.

Katanya, rakyat menolak Umno dan BN kerana keangkuhan pemimpin parti tersebut yang disifatkannya, kini tidak lagi memperjuangkan kepentingan agama, bangsa dan Negara.

“saya nak beritahu tuan, perjuangan Umno dulu memang betul Alif, Ba, Ta….. perjuangan agama, bangsa dan tanah air, tetapi hari ini terutama selepas Dr Mahathir mengambil alih dan mencipta satu parti baru, Umno baru, perjuangan sudah menyimpang jauh,

“sekarang Umno tidak memperjuangkan apa-apa perjuangan, nak mewakili orang Melayu pun tidak boleh (kerana) dalam tahun 2008 semasa pilihanraya jumlah orang Melayu keluar mengundi adalah ialah 5.7 juta, calon-calon umno hanya mendapat 2 juta (undi),

“bermakna 3.7 juta orang Melayu menolak Umno (kerana) menyampah dengan tabiat pemimpin, menyampah dengan kesombongan mereka,”tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis ceramah isu-isu semasa di Kampung Semayor, Kemasik, dekat sini, pada Selasa 20 Mac.

Turut menyampaikan ucapan pada majlis tersebut adalah Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Terengganu, YB Dr. Alias Razak yang juga wakil rakyat DUN Bukit Tunggal Kuala Nerus serta Ustaz Alias Abdul hamid, Setiausaha PAS Kawasan Kemaman merangkap Pengerusi Majlis Tindakan DUN Kemasik.

Dato’ Ariff atau dikenali melalui penulisan yang bersandarkan fakta yang tepat dan jitu dalam blognya ‘Sakmongkol AK47’ menjadi Ketua Penerangan Pekan, Bahagian Umno yang diterajui Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak, pada tahun 2000 hingga 2004.

Beliau juga dipilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Manis Pahang, pada pilihanraya ke-11 tahun 2004.

Beliau secara rasminya keluar Umno dan menyertai DAP pada 8 Januari lalu, bersama seorang lagi tokoh veteran Umno Negeri Sembilan, Aspan Alias. -BO




A

Negeri Tok Guru Paling Selamat, MB Selangor Paling Smart Mentadbir

Kelantan paling selamat, Khalid MB terbaik - Guan Eng


KUALA LUMPUR, 22 Mac: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng (gambar) berkata, negeri Pakatan yang paling selamat adalah Kelantan diikuti oleh Selangor dan selepas itu baru Pulau Pinang.

Ini kerana Kelantan sudah 22 tahun berada di bawah pentadbiran PAS, kata Lim Guan Eng kepada The Malaysian Insider.

Selepas ketiga-tiga negeri itu, beliau meramalkan Kedah kerana negeri itu dilanda krisis baru-baru ini.

Bagi Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP, Tan Sri Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor adalah menteri besar yang terbaik.

"(Tan Sri) Khalid (Ibrahim) adalah menteri besar dan ketua menteri yang paling smart di negara ini dan dia lebih kuat berbanding dengan apa yang kita lihat sebenarnya.

“Ini sangat jelas kelihatan dalam sebarang mesyuarat dan saya fikir Selangor lebih kuat dari apa yang kita dilihat," kata Guan Eng.

Beliau berkata demikian bagi menolak andaian sesetengah pihak bahawa Pulau Pinang yang beliau pimpin adalah deposit selamat untuk Pakatan Rakyat.

Anggota Parlimen Bagan itu diserang hebat oleh ahli politik dan blog BN apabila dia dikatakan berkata Barisan Nasional boleh memakan 'telur' di Pulau Pinang dalam pilihan raya umum akan datang.

"Saya tidak kata mereka akan makan 'telur'. Saya kata, jika kita kerja kuat dan kita dapat 90 peratus undi bukan Melayu dan 40 peratus undi Melayu, barulah mereka 'makan telur'. Tetapi itu agak sukar," kata Lim Guan Eng.

Beliau berkata, wartawan telah melaporkan kenyataannya itu di luar konteks kerana dia juga berkata kepada penyokongnya dalam majlis kutipan dana itu, "jangan ambil mudah yang kita akan menang kerana tiada jaminan dalam politik."

"Saya bagi senario terbaik dan senario paling buruk. Untuk senario paling buruk kita akan kalah, untuk senario terbaik, kita akan menang semua.

"Tetapi adakah anda fikir kita akan dapat yang terbaik atau terburuk. Saya rasa tidak. Kita akan dapat yang pertengahan antara kedua-duanya tetapi kerja kena buat untuk mencapai yang terbaik," jelasnya.

Banyak pihak memuji pencapaian Pulau Pinang tetapi bagi Guan Eng, Selangor juga membuat pencapaian yang baik.

Beliau juga menolak dakwaan Umno kononnya rakyat Kelantan sudah bosan dengan kekurangan pembangunan di Kelantan di bawah PAS.

"Mereka lebih letih dengan rasuah," katanya dengan memberikan contoh kes ketua wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil dan keluarganya yang menyalahgunakan pinjaman kerajaan sebanyak RM250 juta untuk kepentingan keluarganya. -Hrkh

Zarina Binti Tausi Diragui Statusnya

NONEPakatan dedah bagaimana daftar pemilih 'dimanipulasi'

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan dakwaan pembangkang mengenai bagaimana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah melakukan "penipuan besar-besaran" dalam memanipulasi daftar pengundi.

"Saya akan buktikannya dan memberi contoh khusus," kata Anwar (kanan) dalam satu sidang media di lobi parlimen.

Beliau kemudian menunjukkan satu cetakancarian pengundi SPR untuk menunjukkan bagaimana pengundi dengan nama dan nombor kad pengenalan yang didaftarkan di Pulai, Johor didaftarkan semula sebagai pengundi baru di Pekan, Pahang.

Mengenai bagaimana ianya dilakukan, Anwar mendakwa, jika mereka memasuki data yang sama, komputer akan menolaknya, lalu mereka menambah tanda pangkah (/) selepas nombor kad pengenalan dalam pendaftaran baru.


https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/563950_10150619519851510_153563841509_9524191_322103294_n.jpg

18, 000 pengundi tambahan di Parlimen Najib

[Video] Lebih 18,000 Pengundi Diragui Dikesan Di Parlimen Pekan

Kuala Lumpur 22 Mac: KEADILAN mendedahkan terdapat lebih 18,000 pengundi tambahan pada tahun 2012 di Parlimen Pekan iaitu kawasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri AnwarIbrahin berkata peningkatan itu berlaku hampir sekali ganda berbanding pada pilihanraya umum (PRU) lalu.

“Pada tahun 2008, di Parlimen Pekan pengundi tambahan meningkat berbelas-belas ribu. Pada tahun 2012 pun meningkat 18,000. Kawasan berdekatan lain seperti di Kuantan cuma meningkat 5,000 sahaja. Tapi di Pekan boleh begitu tinggi. Pelik ke tidak?” katanya pada sidang media di lobi Parlimen.

Beliau berkata, parkara itu dikenal pasti apabila mendapati banyak pengundi didaftarkan dengan satu nama dua alamat.

“Saya nak tunjukkan bagaimana daftar penipuan dibuat. Satu nama dua alamat sememangnya tak boleh berlaku. kalau masuk dalam komputer ia akan ditolak sebab nombor kad pengenalan sama.

“Tapi apa yang mereka buat ialah dengan menambah simbol palang (/) pada hujung nombor kad pegenalan,”
katanya.

Anwar memberitahu, KEADILAN mempunyai cukup bukti tentang penipuan yang dilakukan SPR.

Katanya, terdapat 79,998 kes, 100 pengundi yang diaftarkan dalam satu alamat.

“Antara yang disebut termasuk Parlimen Johor Baharu, lokasi Desa Melayu Majidee yang mempunyai 127 pengundi dalam satu alamat. Di Desa Mahkota Kluang, 103 pendundi satu alamat.

“Parlimen Seremban 190 pengundi. DUN Batu Caves 202 pengundi tanpa alamat. Kota Raja DUN Seri Muda 609 pengundi alamatnya Batu 7 Seri muda. Kalau di rumah panjang Sabah kita faham ada 50 hingga 60. Tapi kalau di Seri Muda ia tidak munasabah,” katanya.

Beliau juga membidas kenyataan SPR terdapatnya 240,000 undi pos tambahan di kalangan petugas SPR sedangkan dalam PSC penambahbaikan pilihanraya semua pihak telah bersetuju untuk mengadakan pengundian awal. -KD



Selangor Benteras Arak , Johor?

Selangor Ambil Tindakan Kepada Premis Arak dan Peminum Arak

Dibawah adalah jawapan dari Menteri Besar Selangor berkaitan penguat-kuasaan Enakmen berkaitan penjualan serta peminuman arak di Selangor:

"Sementara itu menjawab soalan lisan Datuk Warno Dogol (BN-Sabak) mengenai pendekataan kawalan sendiri oleh kerajaan negeri bagi mengawal premis penjualan arak terhadap orang Islam, Abdul Khalid menjelaskan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan memantau dan mengambil tindakan berhubung hal berkenaan.

Beliau berkata sepanjang 2011 sebanyak 20 premis yang menjual arak telah diambil tindakan oleh Bahagian Penguatkuasaan.

Malah sebanyak 28 kes yang ditahan di bawah kesalahan yang berkaitan dengan arak telah dibawa ke Bahagian Pendakwaan."

Selama ini, UMNO menuduh Ronnie Liu dan DAP menghalang penguatkuasaan penjualan serta peminuman Arak oleh orang Islam.

Nampaknya tuduhan liar UMNO itu meleset sama sekali.

Kita nak tahu berapa premis menjual arak yang telah diambil tindakan di Melaka atau Johor atau Pahang atau Perlis sepanjang tahun 2011?

UMNO akan terus menipu dan menipu sehingga mereka dihabiskan.

TB

DHA Gebang

Kes Murtad Selangor: Hassan Ali Meludah Ke Langit, Muka Terkena Kahak Sendiri

Hasan Ali Guna Sidang DNS Untuk Bercakap Soal Peribadi

SHAH ALAM 21 MAC : Terkesan dengan perlucutan jawatannya sebagai Exco Agama, ADUN Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang kini hadir ke Sidang Dewan Undangan Negeri sebagai Ahli Bebas, menggunakan ruang perbahasan hari ini sebagai medan melepas perasaan dan lunak membincangan soal peribadi.

Walaupun ditegur beberapa kali oleh ahli dewan bahawa ucapannya bercanggah dengan Perkara 361 Undang-undang Dewan, Hasan tegar meneruskan ucapanya yang bersifat peribadi itu selain melakukan serangan peribadi terhadap beberapa ahli dewan.

Sikap Hasan yang sering menjadikan isu murtad dan peranan pemimpin kerajaan negeri dari kalangan Islam khususnya PAS menegakkan martabat Islam, dipersoalkan oleh ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim.

Suee Lim mengesa Hasan menjelaskan peranan dan usahanya dalam memberi kefahaman penuh kepada masyarakat bukan Islam semasa mengalas Exco Agama.


“Sudah setengah jam, Gombak Setia membincangkan soal peribadi dan menyerang peribadi Ahli Dewan yang lain berhubung agama Islam dan peranan memartabatkannya.

“Saya ingin tahu apakah yang Gombak Setia lakukan sepanjang tiga tahun sebagai Exco Agama dalam memberi penerangan dan kefahaman terhadap orang bukan Islam seperti soal perlaksanaan hukum hudud,”soalnya.

Sementara itu ADUN Kota Alam Shah, M. Manoharan turut membidas sikap Hasan itu yang lantang membahaskan soal peribadinya, sedangkan sepanjang mengalas jawatan exco beliau sering gagal menjawab soalan didalam dewan dan menjalankan tugasnya dengan baik.

“Saya berasa kesian dengan Gombak Setia, semasa menjadi Exco sepanjang tiga tahun, beliau gagal menlaksanakan tugasnya, sebaliknya hari ini beliau menggunakan ruang ucapan dengan menjadi duri dalam daging,”jelas Manoharan.

Hasan digugurkan daripada jawatannya dalam kerajaan negeri Sebagai Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Insfrastruktur dan Kemudahan Awam, Januari lalu.

Hassan juga telah di lucutkan sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor setelah tidak membuat rayuan kepada jawatankuasa disiplin PAS Pusat berhubung tindakan pemecatan beliau.

Hasan Ali Bidas MB Selangor Kerana 'Lepas Tangan' Dalam Isu Murtad

SHAH ALAM: Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali pada Rabu berkata kenyataan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mahu keluarga seseorang mangsa murtad itu menyelesaikan sendiri masalah terbabit menunjukkan sikap "lepas tangan" Menteri Besar Selangor itu dalam menangani isu berkenaan.

Beliau berkata kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor sepatutnya serius menangani gejala itu daripada terus berleluasa dengan menambah bilangan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

"Dengan pertambahan bilangan penguatkuasa, kerajaan negeri juga boleh cadangkan menubuhkan satu unit khas untuk tangani bukan saja gejala murtad, tetapi juga zina, arak dan pelbagai isu moral lain," katanya pada sidang media selepas menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini, Rabu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penjelasan Abdul Khalid, yang juga Exco Hal Ehwal Islam negeri ketika menjawab soalan Datuk Mohd. Shamsuddin Lias (BN-Sungai Burong) pada sidang DUN mengenai isu murtad.

Abdul Khalid (PKR-Ijok) dalam sesi itu berkata kerajaan negeri menyerahkan kepada keluarga dan rakyat masing-masing di negeri ini untuk menangani gejala murtad.

Menteri Besar berkata sebanyak 130 kes murtad direkodkan dari 2004 hingga 2011, dengan 16 kes daripadanya sudah diselesaikan.

Terdahulu, ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada sidang DUN berkenaan, Hasan turut mempersoalkan sikap lepas tangan kerajaan negeri dalam perbelanjaan berlebihan melibatkan anak syarikatnya.

Beliau mendakwa perbelanjaan itu didapati berlaku melibatkan seorang individu yang menjawat jawatan tertinggi pengurusan di tiga buah anak syarikat kerajaan negeri yang menelan kos keseluruhan sebanyak RM130,000 dalam tahun yang sama.

Hasan mendakwa individu tersebut pergi ke Shanghai, China, Chiangmai (Thailand) dan Perth (Australia) membabitkan kos kira-kira RM130,000 dalam tahun yang sama.

"Saya hairan kenapa individu ini sering ke luar negara dan seolah-olah tiada kerja dalam negeri ini. Sebab itu, saya cadangkan kerajaan negeri hadkan bilangan untuk seseorang itu menjawat jawatan dalam anak syarikat kerajaan negeri".

Persidangan dewan bersambung pada Khamis. - BERNAMA


Ulasan GB

Hassan Ali mendakwa "sebanyak sebanyak 130 kes murtad direkodkan dari 2004 hingga 2011".

Ini bererti semenjak beliau menjadi exco Agama pada 2008 sehingga 2011, beliau GAGAL menyelesaikan kes murtad berkenaan. Sementara tahun-tahun sebelum 2008, exco agama adalah dari kalangan UMNO. Kenapa tak tanya mereka?

Malah apa yang disebutkannya iaitu "menambah bilangan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dengan satu unit kahs untuk tangani bukan saja gejala murtad, tetapi juga zina, arak dan pelbagai isu moral lain", adalah di bidang kuasa beliau sebagai exco agama satu ketika. MB Selangor baru memegang portfolio agama sebulan yang lalu selepas Hassan Ali ditendang keluar dari PAS.

Mengenai isu "seorang individu yang menjawat jawatan tertinggi pengurusan di tiga buah anak syarikat kerajaan negeri yang menelan kos keseluruhan sebanyak RM130,000 dalam tahun yang sama", mengapa beliau tidak bangkitkan dan persoalkan gaji rakannya, Pengerusi SYABAS yang mencecah RM425,000 sebulan (GB ulangi, sebulan, bukan setahun)?

Ludah ke langit, kena muka sendiri!

Khamis, 22 Mac 2012

'96% penduduk bantah projek penapisan'


Jawatankuasa Bertindak Penduduk Pengerang hari ini menyangkal dakwaan Ahli Parlimen BN, Datuk Azalina Othman bahawa hanya 200 penduduk menghadiri perhimpunan Ahad lepas kerana membantah rancangan Petronas membina kilang petrokimia bagi projek pembangunan hab industri minyak dan gas penapis gas di pekan itu.

kuala terengganu by election bn launching machinery 050109  azalina 2Jawatankuasa penduduk juga menyangkal dakwaan Azalina (kiri)
mereka yang menyertai bantahan itu semuanya orang asing. Tapak terbabit terletak dalam kawasan pilihan raya Azalina.
Menurut pengerusi jawatankuasa tersebut Kasran Abdullah, kajian mereka yang dijalankan November lepas di tujuh kampung terbabit, menunjukkan 96 peratus penduduk membantah projek Pembangunan Bersepadu Petrokimia dan Penapisan Petronas (Rapid).

Katanya, jawatankuasa itu telah mengumpul lebih 1,600 tandatangan responden yang menentang projek itu dan senarai tersebut akan diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam bentuk memorandum.

pengerang protest demo 180312 kasran abdullahMereka yang menandatangani bantahan tersebut terdiri daripada
kira-kira 1,000 orang Cina dan 600 orang Melayu.

"Tandatangan itu dikumpul hanya daripada ketua keluarga, bukan dari semua penduduk kampung dan ia tidak termasuk anak-anak mereka," kata Kasran (kiri), yang juga seorang ahli Umno, ketika dih

Rabu, 21 Mac 2012

Nalla dan Utusan disaman RM100 Juta

.. amek kau!!



Kerana menyiarkan kenyatan fitnah si Nallakaruppan yang mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang biseksual dan tidak layak menjadi pemimpin pembangkang, Lidah Rasmi UMNO kini berhadapan saman RM100 Juta pula..


Sebelum ini Lidah Rasmi UMNO ini telah disaman sebanyak RM150 Juta oleh Anwar kerana menyiarkan laporan berbentuk fitnah yang mendakwa Anwar Ibrahim mahu menghalalkan homosek.. (baca di SINI)

Saman yang pertama berjumlah RM150Juta itu belum bermula lagi prosidingnya tapi Lidah Rasmi UMNO iaitu Utusan Melayu (M) Sdn. Bhd penerbit akhbar Utusan Malayisa, Kosmos dan beberapa buah majalah dilaporkan sudah menjual peralatan mencetaknya (baca di SINI)

Akhirnya apa yang tinggal dalam Lidah Rasmi UMNO ni agaknya..

Yang disiarkan fitnah si Nallakarupan tu buat apa?? Takkan lah Editor Lidah Rasmi UMNO itu tak tahu bagi Nallakarupan tu tak ada dosa dan pahala..

Bloger Pro UMNO yang turut menyebarkan fitnah kononya Anwar Biseksual ni.. buat masa sekarang tak perlu risau, pasal aku tak dengar sebarang tindakan akan diambil Anwar terhadap mereka..

Nak saman buat apa.. buang masa saja sebabnya depa tu bukan ada berjuta-juta RM macam Utusan tu..

***********************************************

Biseksual: Anwar tuntut ganti rugi RM100j dari Nalla

Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan tindakan undang-undang dengan menghantar notis tuntutan sebanyak RM100 juta kepada senator Datuk S Nallakarupan kerana mendakwanya seorang biseksual dan tidak memimpin pembangkang.

NONENaib Presiden PKR N Surendran berkata, dalam notis yang turut dihantar kepada Utusan Malaysia yang menyiarkan laporan itu, Anwar juga menuntut permohonan maaf dan penarikan balik kenyataan itu.

"Tindakan ini diambil demi kepentingan awam dan demi memastikan pelaporan media membabitkan isu awam dilakukan secara adil dan jujur," kata Surendran yang juga seorang pengamal undang-undang.

Dalam kenyataannya hari ini, Surendran berkata, dakwaan yang disiarkan dalam akhbar milik Umno itu jelas bersifat dusta, bermotif politik dan mencerminkan "kewartawanan yang menjijikkan".

Ini kenyataan Media dari Surendran..

Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan tindakan undang-undang terhadap Utusan Malaysia dan S. Nallakarupan

Saya merujuk kepada laporan muka hadapan akhbar Utusan Malaysia yang mendakwa Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim sebagai seorang biseksual dan tidak layak menjadi pemimpin pembangkang. Dakwaan yang dikeluarkan oleh S Nallakaruppan ini jelas bersifat dusta dan bermotif politik dan mencerminkan kewartawanan akhbar Utusan yang menjijikkan.

Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO Najib Razak perlu memikul tanggungjawab sepenuhnya terhadap serangan jahat yang dilakukan oleh akhbar milik UMNO terhadap Anwar Ibrahim. Manakala beliau berdolak-dalih dalam menerima tawaran berdebat dengan Anwar berkaitan isu dasar dan ekonomi, Najib mengambil kaedah keji dengan melakukan serangan peribadi menerusi Utusan Malaysia.

Kejelekan laporan Utusan Malaysia ini menzahirkan wajah sebenar UMNO dan Najib serta melekehkan retorik Najib terhadap agenda kesederhanaan dan perubahan. Ketidakjujuran dan ketidakadilan dalam laporan melibatkan isu politik adalah kebiasaan buat media yang dikawal oleh BN.

Walaubagaimanapun, tindakan UMNO yang berterusan menabur fitnah, pembohongan dan memainkan sentimen perkauman tidak dapat dinafikan lagi sepanjang sejarah kewartawanan Malaysia.

Dalam isu ini, Anwar Ibrahim telah mengarahkan tindakan perundangan diambil. Menerusi pasukan guamannya, beliau telah mengemukakan notis kepada Utusan Melayu (Malaysia) Bhd. yang memiliki akhbar Utusan Malaysia serta editor akhbar tersebut supaya menarik balik laporan dan dakwaan yang dilemparkan serta mengemukakan permohonan maaf dan bayaran ganti rugi sebanyak RM 100 juta. Notis sama turut dikemukakan kepada S Nallakaruppan. Tindakan ini diambil demi kepentingan awam dan demi memastikan pelaporan media membabitkan isu awam dilakukan secara adil dan jujur.

N. SURENDRAN
NAIB PRESIDEN
PARTI KEADILAN RAKYAT

Selasa, 20 Mac 2012

Kuliah Bulanan Mantapkan Saf Menghadapi PRU








Kuliah Bulanan diteruskan semula selepas Sambutan Maulid Rasul pada bulan lepas. Jangan lepaskan peluang untuk mendapat ilmu dan kefahaman mengenai agama dan siasah bersama Ustaz kita dari Sri Gading.

Kehadiran alhamdulillah khususnya dari cawangan Ulu Dengar, Belitong dan Sindora. Ustaz menerangkan mengenai keperluan menafkahkan sebahagian harta untuk perjuangan menegakkan Islam melawan musuh.

Umno Sembelih Melayu

Adakah Umno membela nasib orang Melayu selama ini?Adakah Umno membela nasib orang Melayu selama ini?

Sumber MC

Sudah lebih 54 tahun Umno memerintah negara kita ini, dan dengan perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bertujuan untuk meningkatkan daya saing dan kuasa ekonomi orang-orang Melayu yang masih diamalkan sehingga ke hari ini.

Jadi kenapa pula Umno dan Perkasa sering melaung-laungkan yang orang-orang Melayu sering dipinggirkan. Siapakah yang sebenarnya telah meminggirkan orang-orang Melayu selama ini? Dan kenapa pula sudah lebih 54 tahun Umno memerintah dengan DEB untuk membantu masyarakat Melayu, namum sehingga ke hari ini, orang-orang Melayu pada kebanyakan masih hidup di dalam keadaan miskin dan daif? Kenapa sehingga ke hari ini, di kebanyakan perkampungan masyarakat Melayu masih tidak mempunyai kemudahan air, jalan dan elektrik di kawasan-kawasan tempat tinggal mereka?

Kenapa pula dengan adanya Umno yang mendakwa dirinya jaguh Melayu, masih terdapat orang-orang Melayu yang buta huruf, tidak dapat menyambung pendidikan mereka ke peringkat yang lebih tinggi, ekuiti pemilikan orang-orang Melayu di dalam sektor ekonomi masih jauh ketingggalan walaupun terdapat sistem kuota yang melindungi mereka? Selain daripada itu, ramai pula muda-mudi Melayu yang terjebak di dalam kancah jenayah seperti lumba haram, gejala mat rempit, penagihan dadah, ragut dan sebagainya.

Di dalam bidang politik pula, kenapa pula timbul beberapa parti politik Melayu yang bukan Umno sedangkan Umno sering mendakwa diri mereka pembela Melayu yang tulen? Jadi, adakah Umno ini benar-benar jaguh Melayu dan sejauh manakah keberkesanan Umno ini sebagai jaguh Melayu seperti yang didakwanya selama ini?

Skandal dan penyelewengan yang merugikan

Kita telah melihat, menyaksikan dan membaca pelbagai jenis skandal dan penyelewengan yang telah banyak merugikan orang-orang Melayu. Wang-wang dan peruntukan yang sepatutnya disalurkan untuk membangun dan memajukan ekonomi masyarakat Melayu sering digunapakai oleh Umno dan kroni-kroni mereka yang berkepentingan diri. Akibat daripada itu, terjadilah bermacam-macam masalah, skandal dan penyelewengan bukan setakat ratusan Ringgit tetapi menjangkau kepada berbilion Ringgit jumlahnya.

Di sini kita paparkan beberapa jenis skandal dan penyelewengan yang sememangnya telah banyak merugikan orang-orang Melayu selama ini:

1)Skandal Bank Bumiputra Malaysia Bhd yang menyebabkan kematian,

2)Penyelewengan saham di dalam Renong Bhd,

3)Penyelewengan saham dan kerugian di dalam Sime Darby Bhd,

4)Dana Felda yang hampir kosong dan boleh dikatakan telah muflis kalau bukannya suntikan dana baru oleh kementerian kewangan,

5)Pemberian permit import kenderaan mewah kepada kroni-kroni Umno,

6)Skandal komisen pembelian kapal selam Scorpene yang berakhir dengan kematian,

7)Skandal dalam PSC-Naval Dockyard yang melihat kos pembinaan kapal-kapal perang meningkat secara mendadak,

8)Kos pembinaan lapangan terbang KLIA 2 yang semakin meningkat dengan mendadak,

9)Skandal upahan kepada FBC Media bagi mempromosi imej Najib dan Rosmah dengan pujian-pujian buatan sendiri,

10)Kerugian berturut-turut Penerbangan Malaysia (MAS),

11)Kerugian berturut-turut Perusahaan Otomobil Nasional (Proton),

12)Skandal Port Klang Free Zone (PKFZ) yang mencatatkan kehilangan berbilion Ringgit,

13)Kerugian pelaburan dalam Tabung Haji,

14)Skandal kondo-lembu dalam National Feedlot Corporation Bhd (NFC),

15)Pemberian pinjaman KWSP tanpa faedah kepada pembeli-pembeli rumah yang tidak layak mendapatkan pinjaman perumahan,

16)Pemansuhan pembayaran balik pinjaman kepada KWSP oleh kementerian kewangan.

Dan jika dijumlahkan kerugian-kerugian yang dialami hasil daripada skandal dan pelbagai bentuk penyelewengan di senarai ini, bukan sahaja berbilion Ringgit, malah, jumlah yang bilangan angka yang lebih daripada berbilion Ringgit.

Jika sekiranya jumlah wang tersebut digunakan dengan cara yang telus, cekap dan jujur, sudah tentu jumlah tersebut akan mencukupi bagi membantu dan memanfaatkan masyarakat Melayu pada keseluruhannya dalam apa jua bentuk, tidak mengira, pendidikan, ekonomi ataupun sosial.

Kontrak bumiputra dimonopoli Umno

Mengikut polisi-polisi yang ditetapkan di dalam DEB, kontrak-kontrak kerajaan hendaklah diberikan kepada kontraktor-kontraktor bumiputra yang berkebolehan dan berkelayakan mengikut kelas-kelas yang akan ditetapkan.

Akan tetapi, orang-orang Melayu biasa selama ini tidak pernah diberikan kontrak-kontrak sepertimana yang ditawarkan mengikut perlaksanaan DEB, kerana hampir kesemua jenis kontrak yang ditawarkan telah dan sedang dimonopoli oleh kroni-kroni Umno yang kebanyakan terdiri daripada kalangan ketua-ketua bahagianUmno, ketua cawangan Umno, ahli-ahli jawatankuasa bahagian dan cawangan Umno, ahli-ahli majlis perbandaran, ahli-ahli JKKK, ahli-ahli parlimen serta ahli-ahli dewan undangan negeri Umno.

Oleh itu, adakah orang-orang Melayu biasa dapat menerima kontrak-kontrak kerajaan yang selama ini dimonopoli secara terus oleh para pemimpin Umno ini? Sudah tentunya tidak. Dan jikalau mereka-mereka ini inginkan kontrak daripada kerajaan, mereka dikehendaki mengisi borang untuk menjadi ahli Umno terlebih dahulu, dan kemudiannya bertanding merebut jawatan dalam parti. Kalau menang boleh mendapat habuan, tetapi kalau kalah, apa pun tak dapat.

Sementara di kalangan ketua-ketua bahagianUmno, ketua cawangan Umno, ahli-ahli jawatankuasa bahagian dan cawangan Umno, ahli-ahli majlis perbandaran, ahli-ahli JKKK, ahli-ahli parlimen serta ahli-ahli dewan undangan negeri Umno ini menjadi kaya raya, maka gelaran “bumiputra” digunakan dalam umum yang kononnya ada banyak orang-orang Melayu yang telah berjaya di dalam bidang ekonomi tetapi sebenarnya hanya kroni-kroni Umno sahaja yang berjaya menjadi kaya-raya sementara orang-orang Melayu biasa masih miskin, tidak maju dan terpinggir.

Siapakah meminggirkan siapa?

Persoalan yang masih hangat didengar pada hari ini, adalah menurut Umno dan Perkasa, orang-orang Melayu sering dipinggirkan, terutamanya di negeri Pulau Pinang yang dahulunya diperintah oleh Parti Gerakan di bawah Barisan Nasional (BN), di mana bekas ketua menteri Dr Koh Tsu Koon seringkali dituduh meminggirkan masyarakat Melayu, dan apabila Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh DAP mula memerintah Pulau Pinang, ketua menteri sekarang, Lim Guan Eng pula dituduh meminggirkan masyarakat Melayu dengan pemerintahan “kejam”nya.

Kerajaan negeri Pulau Pinang dilabel oleh Umno dan Perkasa sebagai kerajaan Cina Pulau Pinang, sementara kerajaan negeri Perak (sebelum Februari 2009) dilabelkan sebagai kerajaan boneka Cina Perak, manakala kerajaan negeri Selangor sering dicapkan sebagai kerajaan pengkhianat bangsa Melayu dan bermacam-macam lagi gelaran yang berunsurkan perkauman.

Soalannya adalah siapakah yang sebenarnya meminggirkan masyarakat Melayu selama ini? Parti Gerakan yang telah memerintah Pulau Pinang bersama dengan Umno sejak dari 1969 sehingga 2008, orang-orang Melayu masih terpinggir, Umno yang memerintah negeri Perak dan Selangor sejak dari tahun 1957 hinggalah 2008, masyarakat Melayu juga masih terpinggir, Umno yang telah menjadi tunggak utama di dalam kerajaan persekutuan BN sejak daripada 1957 sehingga sekarang dan punyai kuasa yang amat meluas untuk melaksanakan pelbagai jenis pembangunan didokong penuh pula dengan DEB, tetapi orang-orang Melayu masih dipinggirkan menurut Umno dan Perkasa.

Siapakah yang memerintah negara ini dan beberapa buah negeri selama ini, sebelum wujudnya Pakatan Rakyat? PKR dan DAP yang baru sahaja mengambil-alih tampuk pemerintahan beberapa buah negeri pada tahun 2008 telahpun dituduh mengkhianati dan meminggirkan orang-orang Melayu, Umno telah memerintah lebih daripada 54 tahun, lebih lama daripada mana-mana parti di negara ini dan masyarakat Melayu masih juga terpinggir, hidup dalam keadaan daif, tercirir dalam arus pendidikan dan pembangunan.

Ya, yang telah menjadi kaya-raya, mendapat jumlah wang dan harta yang banyak hanyalah orang-orang Umno sahaja, bukannya orang-orang Melayu. Orang-orang Umnolah yang selama ini telah meminggir dan merosakkan kredibiliti masyarakat Melayu pada keseluruhannya.

Adakah Umno membela nasib orang Melayu selama ini?