Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Ahad, 16 Januari 2011

Tak malu ngaku wanita pertama, durhaka pada agong



PANAS : Pendedahan Eksklusif 'First Lady Of Malaysia' -F.L.O.M. Bhg 2

KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terbukti memiliki pejabat di Jabatan Perdana Menteri, atas nama Bahagian Wanita Pertama Malaysia atau First Lady of Malaysia Division.

Hal ini disahkan sendiri seorang pegawai yang bertugas di bahagian berkenaan ketika dihubungi KeadilanDaily.com, hari ini.

Pegawai wanita itu juga mengesahkan pejabat berkenaan bertujuan menjaga urusan Rosmah selaku isteri Perdana Menteri yang menganggap dirinya sebagai First Lady dan premis itu tiada kena mengena dengan Permaisuri Agong.

Mengulas hal itu, Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh menyifatkan perbuatan Rosmah melanggar peruntukan Perlembagaan dan menderhaka kepada Yang Di-Pertuan Agong dan Permaisuri Agong sebagai Ketua Negara.


Beliau juga menganggap perbuatan berkenaan sebagai menyalah guna kuasa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Saya percaya Rosmah kini diberi terlalu banyak kuasa oleh Najib. Perbuatan ini adalah suatu penderhakaan,” kata Fuziah kepada Keadilan Daily.

Beliau berkata, Rosmah hanya isteri kepada Perdana Menteri, bukan menyandang sebarang jawatan menteri hingga memerlukan beliau memiliki pejabat sendiri di Putrajaya, apatah lagi atas nama Bahagian Wanita Pertama Malaysia.

“Peranan isteri PM adalah melengkapi tugas-tugas PM berkaitan aspek sosial. Rosmah sepatutnya mengambil peranan sebagai ibu kepada rakyat Malaysia. Bukannya membazir wang rakyat dengan penubuhan bahagian itu.

“Tentunya, ia melibatkan kos kerana memerlukan kakitangan untuk digaji,” kata Fuziah lagi.

Perbuatan Rosmah itu turut mendapat perhatian ramai blogger antaranya, edyesdotcom.blogspot.com.

Kewujudan Bahagian Wanita Pertama itu bermakna kedudukan Rosmah sebagai isteri PM, kini sekurang-kurangnya setaraf dengan Setiausaha Sulit dan Setiausaha Politik, Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Pejabat Ekonomi Perdana Menteri dan Pejabat Pengurusan Sri Perdana.

Perlembagaan Malaysia selama ini memaktubkan Permaisuri Agong sebagai Wanita Pertama.

Sebenarnya, ini bukan pertama kali Rosmah ‘mengangkat’ dirinya sebagai Wanita Pertama. Baru-baru ini, beliau menganjurkan Sidang Kemucak Wanita Pertama selama tiga hari yang menghabiskan sebanyak RM4.5 juta.

Sebelum ini, beliau juga pernah memaparkan dirinya sebagai First Lady melalui satu iklan di New York Times. - KeadilanDaily

Komen Penulis:

Saya menyeru lebih ramai lagi blogger untuk pickup berita ini, lebih ramai wartawan dan pengamal media lain terjah pintu pejabat FLOM !!

Kita akan pastikan Pejabat Bahagian (Division) First Lady of Malaysia F.L.O.M dibubarkan SEGERA!!/edyes

Tiada ulasan:

Catat Ulasan