Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Rabu, 26 Januari 2011

Makmal tak ada


Simpang Renggam : Besar sungguh cabaran mengajar di SAR ni, teringat filem bermutu dari seberang `Lasykar Pelangi' buat ana menitiskan air mata, apakah begini nasib sekolah rakyat.

Walaupun Makmal sains untuk Madrasah Masriyah tidak ada kerana kekurangan dana, subjek sains dan yang berkaitan dengan pengunaan makmal diteruskan seperti biasa.

Al-maklum, nak membeli dan menyediakan peralatan makmal memang agak mahal walaupun bilik makmal sudah sedia ada.

Mujur ustaz dan ustazah yang mengajar subjek/madah yang melibatkan makmal begitu kreatif. Guna apa yang ada dan yang penting pelajar faham dan boleh jawab soalan.

Harap dapatlah kiranya dapat melaksanakan sekurang-kurangnya subjek peka sains dengan penggunaan alatan makmal yang ringkas pun kira lumayan juga. Kesian kat pelajar, nak tengok radas dan penunu serta balang pun susah dan hanya dapat lihat gambarnya sahaja.

Dulu khabarnya pernah mendapat kerjasama dari sekolah menengah kerajaan di sini yang mengizinkan pelajar dan guru kita meminjam dan menggunakan makmal sekolah tersebut tapi nak menguruskan pelajar ke sana pun satu hal yang perlu difikirkan...kenderaan, pengawalan, surat minta izin, kerenah dan sebagainya.

Cita-citaku semoga pelajar Madrasah ini dapat menjalani aktiviti makmal dan kelas sebagaimana sekolah lain...moga terkabul.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan