Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Jumaat, 28 Januari 2011

Menitis air matanya

Mengapa makcik menangis? ana menangis kerana...

Pandangan orang ramai terhadap calon PAS
Oleh ABD SHUKUR HARUN


Pagi Sabtu lalu, di tengah gelombang puluhan ribu orang yang berkumpul di pusat penamaan calon pilihan raya kecil Dun Tenang, Labis Johor, seorang muslimat berumur pertengahan 60-an, memerhatikan calon PAS – Normala Sudirman - yang lalu di depannya bersama pimpinan dan penyokong Pakatan Rakyat.

Muslimat itu kelihatan sangat gembira dan terharu memandang Normala. Air matanya mengalir dan mengesat dengan tudung labuhnya.

Saya bertanya kepada muslimat itu, mengapa beliau menangis. Wanita itu menjawab segera:

"Saya sangat gembira dengan calon PAS ini. Dia masih muda, kuat semangat, sanggup berkorban. Bertuah sungguh ibu yang melahirkannya."

Muslimat itu tidak dapat bersalam dengan Normala atau Cikgu Normala kerana orang begitu ramai, tetapi, katanya, dia puas hati dapat melihat Normala dari dekat dan mengucapkan shukur kepada Allah s.w.t. dan berterima kasih kepada pimpinan PAS kerana memilih calon, yang sangat baik.

Rakan sebelahnya yang kelihatan lebih muda sedikit membertitahu saya bahawa "Kami bangga dengan Normala dan memang tepat memilihnya menjadi calon. Ini calon yang tepat."

Beberapa orang wanita China yang duduk berteduh di bawah sebuah pohon besar menyaksikan perarakan calon itu turut memuji calon PAS itu. melalui isyarat tangan mereka.

"Itu Cikgu Normala calon yang bagus," kata salah seorang dari mereka.

Di tengah gegak gempita penamaan calon itu, turut sama beberapa pemimpin DAP dari Sabah dan Sarawak. "Kami datang untuk sama-sama membantu calon PAS," kata salah seorang dari mereka kepada saya.

Sementara itu, para penyokong Pakatan Rakyat dari DAP memberitahu saya: "Saya puji calon PAS ini, rugilah pengundi Tenang kalau menolaknya."

Hampir semua yang saya temui, dari kalangan penyokong Pakatan Rakyat mahupun yang mengaku tidak menjadi ahli mana-mana parti politik, memuji calon PAS ini. Malah seorang wartawan senior akhbar berbahasa Inggeris yang saya kenali turut memuji calon PAS ini.

"Dari ucapannya yang saya dengar dia menguasai perkembangan pilitik dengan baik, kata-katanya tersusun, ada wawasan politk yang jelas dan dia memahami suasana politik tempatan dan nasional."

Pemimpin dan penykong DAP serta PKR turut memuji PAS kerana memilih Cikgu Normala sebagai calon di Tenang. Seorang YB DAP berkata, dia gembira wanita PAS memiliki tokoh terbaik seperti Normala.

Perlu disebutkan di sini bahawa walaupun Normala sibuk dengan politik, tetapi dia tidak mengabaikan tanggungjawabnya mendidik anaknya tiga orang itu, bahka anak sulungnya telah mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR baru-baru ini.

Bagi penganalisis politik pula, PAS/Pakatan Rakyat mempunyai kelebihan dengan memilih Cikgu Normala dan kelebihan ini tentunya menjadikan pertarungan di Dun Tenang ini begitu sengit sekali di mana pencalonan Normala memberikan impak suckup besar kepada pengundi.

Menurut penganbalisis itu lagi, dengan kekuatan peribadi Normala ini dan parti PAS/Pakatan Rakyat yang diwakilinya, sangat wajar pengundi Tenang memilihnya.

Normala sudahpun bertemu dengan sekian ramai orang – peniaga Cina di bandar Labis, orang kampung, pemandu teksi dan bas, peniaga kecil, peneroka Felda dan sebagai.

Kini sudah semakin ramai berpendapat bahawa generasi baru Felda berbeza dengan sikap politik mereka dengan generasi lama Felda. Generasi baru ini lebih terbuka dan mendapat maklumat dari pelbagai sumber. Malah di kalangan anak peneroka Felda sendiri sudah memiliki facebook, mengukiti twitter, blog dan sebagainya. Ertinya bukan lagi sekedar mendapat maklumat dari akhbar harian biasa dan TV yang menyajikan maklumat terpilih, justru media lama ini adalah milik Umno/BN.

Oleh itu, suasana berbeza dan tidak boleh lagi menyangka bahawa komuniti Felda tertutup. Sebab itu, walaupun kawasan Felda di Tenang diselimuti bendera, poster dan kain rentang Umno/BN, tetapi peluang PAS bertemu dan berkomunikasi dengan komuniti Felda masih tetap ada.

Pemimpin PAS/Pakatan Rakyat dan Cikgu Normala sendiri sudah menjawab semua isu dan tuduhan yang dibangkitkan oleh musuh politik PAS sejelas-jelasnya, seperti isu hudud, negara Islam, isu wanita Muslim bersalaman dengan lelaki dan sebagainya. Semua yang dibangkitkan oleh MCA ini, menurut pemimpin PAS menunjukkan kekagalan Umno untuk menerangkan Islam sebenarnya kepada mereka.

"Yang mereka bangkitkan bukan lagi isu," kata seorang pemimpin PAS dan rakyat sudah ramai yang faham.

Menurut beliau, isu yang mendominasi rakyat sekarang dan begitu penting sekali ialah mengenai harga barang yang naik berterusan, isu perkauman, isu rasuah dan nepotisme, isu penyelewengan dan ketirisan, isu keruntuhgan moral dengan pelbagai skandel, isu jenayah yang berleluasa, isu penagihan dadah oleh remaja Melayu dan pelbagai masalah lagi.

Kenaikan harga barang ini – terutama minyak dan gas - sangat memedihkan rakyat di mana peneroka Felda juga amat terkesan dengan kenaikannya, walaupun mereka tidak banyak bersuara.

Tidak syak lagi, pilihan raya kecil Dun Tenang ini bersekala besar. PAS yang mewakili Pakatan Rakyat mencalonkan Ketua Dewan Muslimat Labis dan bekas guru, Normala Sudirman, 38, BN pula menurunkan Mohd Azahar Ibrahim, 38. Hari mengundi 30 Januari ini.

Sementara itu, Normala berkata beliau percaya pengundi di DUN itu akan membuat perubahan dengan memilih beliau untuk kelangsungan masa depan mereka dan anak-anak. 

"Saya sangat optimis dan berkeyakinan keperayaan ini akan diberikan kepada saya dan saya percaya pengundi di DUN Tenang mampu membuat pilihan terbaik," katanya. 

Sekiranya dipilih, beliau akan memastikan masalah rakyat akan diketengahkan pada persidangan DUN Johor untuk diselesaikan. Umpamanya masalah jenayah, pendidikan, sosial, ekonomi, keadaan bandar Labis serta masalah peniaga di sana.

Katanya, banyak masalah rakyat Labis yang akan dikemukakankannya kepada kereajaan Johor jika beliau dipilih sebagai wakil rakyat nanti.

Normala juga berkata, beliau sudah bersedia untuk memikul amanah dalam memberikan khidmat kepada rakyat khusunya di Dun Tenang.

"Alhamdulillah, Allah memberikan saya keberanian untuk membuat suatu perubahan kerana saya telah mengiltizamkan dalam diri saya perjuangan ini untuk mencari keredhaan Allah," katanya tenang.

Justeru, bekas guru itu menyerahkan kepada pengundi untuk membuat pilihan terbaik pada 30 Januari nanti.

"Saya sangat optimis mandat itu akan diberikan dan saya percaya pengundi di Dun Tenang mampu membuat pilihan terbaik. Pengundi sudah bijak untuk membuat pilihan dan saya serahkan kepada mereka pada 30 Januari ini," katanya tegas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan