Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Khamis, 6 Januari 2011

Petanda dekat Pilihanraya

Harga getah tertinggi dalam sejarah negara


LABIS 6 Jan. - Harga pasaran getah SMR 20 yang kini mencecah paras RM15.06 sekilogram merupakan kadar tertinggi kenaikan harga komoditi itu yang dicapai dalam sejarah negara.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, kenaikan harga berkenaan sekali gus memberi kebaikan kepada pekebun kecil dengan mendapat keuntungan yang tinggi kepada mereka.

"Unjuran kenaikan ini merupakan unjuran yang tinggi. Getah adalah komoditi yang stabil. Kalau harga turun pun, ia tidak banyak.

"Saya lihat dari segi purata, kalau mereka (pekebun kecil) mempunyai dua hektar tanah, mereka mendapat RM5,600 sebulan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen tanam semula peringkat Johor, di sini, hari ini

Komen lada sulah berkata...

harga getah memang telah naik semenjak dari awal tahun lalu, tapi sayangnya kami Peserta Felcra masih lagi mendapat diveden yang teramat rendah,tidak bebaloi dengan perbelanjaan anak-anak untuk bersekolah.

Tanpa Nama berkata...

Pelik? Baru 2 minggu lepas harganya cuma RM7.55 sen sekilo? harga yg tertera di atas itu sebenarnya bukan harga yang pekebun kecil sebenarnya dapat, mungkin itu unjuran untuk tokey2 yang menjadi org tengah...

Saya tahu benar sebab saya penjaga akaun pendptan kebun getah arwah mak ayah saya..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan