Isnin, 10 Januari 2011
Keputusan Sijil Menengah Rendah Agama
Andai itu takdirnya...setelah kita berusaha...maka sewajarnya..kita mensyukuri di atas nikmat kurniaanNya.
Pastinya ada hikmah di sebalik apa yang kita perolehi...mungkin memberikan kita ruang dan peluang untuk terus berusaha bersungguh-sungguh...dan tidak terlalu berpuas hati dengan apa yang kita miliki.
Pastinya Allah SWT akan memberikan ruang dan peluang untuk menjadikan kita yang terbaik...Insya'Allah.
Alhamdulillah...baru seketika tadi ..lebih kurang jam 6.45petang..menerima
panggilan dari anakanda...NASYEHA AS-SAKINA dengan keputusan "LULUS" bagi peperiksaan SMRA...
Tiada ucapan yang lebih indah dari ucapan "ALHAMDULILLAH"..rasa penuh kesyukuran ke hadrat Illahi..."Che'a" Lulus...Amin.
Tingkat pertama ujian telah berjaya dilalui oleh "Che'a"...moga "CHE'A" terus cemerlang dan tabah dalam melalui ujian seterusnya.
Tahun ini "Che'a" akan menduduki PMR...mudah-mudahan Che'a akan memperolehi keputusan yang lebih baik...apa yang penting tiada perkataan "kecewa" dan "putus asa" dalam kamus hidup kita.
Sesungguhnya Allah akan memberikan kita ruang,peluang dan jalan ...bagi kita ...yang utama adalah keyakinan kepada Allah SWT,usaha dan tawakal.
Pesan abi, tak dapat mumtaz pun tak apa, janji kita berusaha perbaiki kelemahan, ada lagi peluang peperiksaan mendatang iaitu PMR, SMA dan SPM.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan