Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Khamis, 21 April 2011

SARAWAK: Kenaikan Sokongan Pada PR Berlaku Pada Semua Kaum


Kajian seorang pengkaji politik bernama Brigget Welsh menunjukkan kenaikkan sokongan kepada Pakatan Rakyat berlaku pada semua kaum, tidak terhad pada kaum Cina sahaja (Sila rujuk gambarajah )

Namun, mengapa bilangan kerusi hanya 15 dan tidak cukup untuk memerintah atau menafi 2/3?

Jawapannya mudah sahaja. Kita ambil contoh, untuk memenangi satu kerusi kita memerlukan 10000 undi.

Di kawasan yang bukan kawasan Cina, undi kepada pembangkang cuma 2000. Dalam pilihanraya baru-baru ini, penambahan undi pada pembangkang adalah sekitar 7000 undi sahaja. Maka, jumlah keseluruhan adalah sekitar 9000 dan masih belum cukup untuk menang satu kerusi.

Di kawasan Cina pula, undi asas kepada pembangkang sudahpun berada di tahap 4000 undi. Maka, apabila ditambah 7000 undi, ia menjadi jumlah keseluruhan 11000 undi, dan melayakkan menang kerusi tersebut.

Contoh di atas adalah sebab mengapa Pakatan Rakyat tidak menang banyak kerusi pada pilihanraya Sarawak baru-baru ini. Walaupun terdapat kenaikkan undi yang banyak, namun kerana sokongan asas di kerusi2 bukan majoriti CIna terlampau rendah menyebabkan Pakatan Rakyat tidak dapat memenangi kerusi yang banyak.

Benarlah kata penganalisa2. Sarawak bukan lagi simpanan tetap bagi Barisan Nasional atau UMNO. BN terpaksa memerah keringat mereka bagi mempertahankan kerusi2 parlimen mereka di Sarawak selepas ini.

1 ulasan:

  1. Alhamdulillah,semoga dapat kita tanam benih-benih islam di Sarawak dan sabah.Insyaallah lambat laun hasilnya dapat kita semai nanti.

    BalasPadam