Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Selasa, 12 April 2011

PAS Bukit Bintang berani!!


Saya petik:

[MK] Dalam satu keputusan yang mengejutkan, PAS Kawasan Bukit Bintang telah mencalonkan exco kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa untuk bertanding jawatan presiden PAS dalam muktamar Jun ini.

Keputusan tersebut dibuat dalam mesyuarat agungnya Jumaat lalu bertempat di Markas PAS kawasan Batu.

Mesyuarat itu juga mencalonkan bekas naib presiden, Mohamad Sabu untuk bergandingan dengan Husam bagi jawatan timbalan presiden.

Bagi tiga jawatan naib presiden pula, kawasan tersebut sebulat suara mencalonkan untuk mengekalkan penyandangnya, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.

Seorang lagi calon naib presiden ialah bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, kata yang dipertua PAS Bukit Bintang, Mohd Radzi Hashim.

Manakala calon bagi jawatankuasa PAS pusat pula, diserahkan untuk diputuskan oleh jawatankuasa kawasan itu.

4 ulasan:

  1. waw...kes ni bukan berani tapi munafik buat pas!!!
    Bila jawatan presiden pon di pertandingkan nampak benarlah PAS ni mempermainkan erti ketaatan kepada pemimpin yang di war-warkan sebagai kewajiban berwala' kepada pemimpin yang memperjuangjan Islam. he he...semua pakai cara politik demokrasi ake ake.. Oh nak ubah kepimpinan? Bab politik ni bukan setakat tengok agamanya saje..tapi perkara2 lain pun kene seimbang terutama strategi yang canggih dan kena brutal. Perpaduan dalam sesama Islam umno-pas memudaratkan pas.!!?

    BalasPadam
  2. puak pas ala nuar ni dah mula kempen....warmup carik pasaran kalau ader..keh keh

    BalasPadam
  3. tindakan pas bukit bintang sebenarnya akn membuka peluang kpd umno utk memainkan isu lama iaitu kumpulan endorgan dan perpaduan dgn umno. mungkin nak menerangkan tentang demokrasi dlm pas kononya tp sebenarnya ia senjata makan diri. harap dato' husam bijak dan matang seperti tok guru nik aziz.bila dicalonkan tok guru tolak krana tidak mahu nampak berlaku perebutan kuasa... ulamak mesti mentadbir pas,dulu kita gah dgn slogan bersama kepimpinan ulamak,tp sekarang ape dah jd,ulama pn nak lawan..pemuda yg sedar ini dah serabut dgn perebutan kuasa dikalangan pemimpin pas.masing2 nak tonjol kelebihan sampai jadi fitnah.kami yakin jika ulama terus dihormati,kami akn ada rujukan selepas al quran dan hadis.

    BalasPadam
  4. kami x setuju husam bertanding jwtn presiden lawan tok guru haji hadi.tindakan pas kwsn bukit bintang sebenarnya senjata makan diri dan meberi peluang kpd umno memainkan semula isu puak endorgan dan perpaduan dgn umno,jgn jadi bodoh,jgn bg peluang kpd musuh...husam mesti bijak spt tok guru nik aziz,bila dicalonkan beliau tolak sbb x nak nampak perebutan kuasa dlm pas,slogan bersama kepimpinan ulama mesti diteruskan.masing2 nak tonjolkan kebolehan sampai jadi fitnah.ape dah jd dgn pas ini?kami mahukan pimpinan melaksanakn tarbiah disemua peringkat,bkn duk berangan nak jawatan...beranikah pas bukit bintang @ saje nak cari populariti mcm artis.ye memang brani tp brani bodoh dan bkn brani berstrategi!!!

    BalasPadam