Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Jumaat, 9 November 2012

Pendekatan PAS Kelantan & Johor Sama?


KOTA BHARU: Dewan Pemuda PAS Kelantan mengalu-alukan rancangan PAS Johor untuk 'menjohorkan' PAS di negeri itu.

Bagi mereka, ianya bersesuaian dengan ‘mood’  pelbagai lapisan masyarakat terhadap perjuangan parti itu yang dilihat semakin hebat.

Ketua Dewan Pemudanya, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman (gambar), ketika ditemui selepas mesyuarat Dewan Harian dewan berkenaan memberitahu, rakyat akan lebih mudah memahami dasar dan matlamat perjuangan PAS menerusi cara itu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad berhubung program baru parti itu yang mahu menjohorkan PAS di negeri itu.
 
pendekatan yang sama

PAS di Kelantan juga mengambil pendekatan yang sama iaitu mendekati rakyat negeri itu melalui program sosiobudaya mereka untuk memenangi hati mereka.

Ia termasuklah menjadikan kesukaan rakyat Kelantan sebagai program PAS termasuklah dikir barat, bola sepak, memperkasakan makanan tradisi Kelantan termasuk budu dan sebagainya.

Dr Mahfodz ketika memberikan ucaptama dalam Konvensyen PAS Johor Ahad lepas menggariskan program 'menjohorkan' PAS di negeri itu.

Pendekatan tujuh perkara itu bertujuan untuk membolehkan PAS dapat masuk ke dalam sosiobudaya rakyat Johor sehingga ke akarnya.

Antara nama penting dalam tradisi Johor adalah majlis yasinan, marhaban, berzanji, merewang, memakai songkok tinggi, nasi embeng, laksa Johor dan sebagainya.

(Peserta konvensyen PAS Johor makan nasi dalam talam antara program 'menjohorkan' PAS di negeri itu)

PAS Johor juga mengkaji untuk mengaitkan PAS dengan tarian tradisional Johor iaitu kuda kepang dan zapin serta muzik ghazal asalkan tidak bertentangan dengan Islam.


Mendapat sambutan



“Lebih membanggakan kita mana-mana program Pakatan Rakyat yang dianjurkan di negeri ini mendapat sambutan rakyat termasuk jualan meja untuk makan malam baru-baru ini.

“Untuk itu PAS perlu memperlengkapkan diri untuk menerima keluarga besar yang bakal menyertai parti itu,”ujar Abdul Latif ketika menyokong cadangan Johor itu.

, Abdul Latif turut mencadangkan program memasyarakatkan PAS di setiap negeri termasuk di Kelantan perlu digerakkan dengan lebih agresif.

“PAS dilihat bukan hanya sebuah wadah perjuangan Islam, sebaliknya membawa masyarakat ke arah keharmonian dan kasih sayang,”ujarnya. -Hrkh
   
PRSB : Gaya orang PAS dengan kopiah putih sudah menjadi budaya dan identiti, malah ramai Pak Imam dan Pak Haji kalangan tegar Umno pun selesa dengan pakaian ala PAS, nampak lebih islamik dan dapat pahala kerana ia pakaian sunnah.
 
Di Johor, kalau di kampung anak muda tak mau langsung pakai kopiah, lebih-lebih lagi warna putih, takut dan ditakut-takutkan kalau hadir majlis kenduri Yasinan nanti kena baca doa... 
 
Inilah doktrin Umno yang ditanam dalam kepala mereka bahawa hanya yang dah pergi haji sahaja yang boleh pakai kopiah putih. 
 
Jadi sampai usia pencenlah songkok hitam baldu yang dah jadi kuning yang mereka pakai. Dah macam lepat buruk kata Allayarham A R Tompel kepada A K Jalani Kengkang  Do Re Mi


Tiada ulasan:

Catat Ulasan