Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Isnin, 22 Oktober 2012

Mesin Pencetak Duit Kroni UmnoBn AES Tumbang


Rempuh AES kerana Silau!

Sebuah kamera AES tumbang kerana di langgar oleh sebuah kenderaan yang pemandunya terperanjat setelah lampu sportligt yang sangat menyilaukan mata dari AES ini berkelip di hadapannya dan mengenai tepat pada mata dan penglihatannya.

Akibat dari kejadian itu sepasukan anggota bomba terpaksa di kerah dan bergegas ke tempat kejadian yang mana kamera AES itu telah gagal berfungsi dengan sempurna dan hampir 30 minit tidak henti henti berkelip setelah pelanggaran itu, dikatakan urat sarat AES ini telah tersumbat dan putus.

Ini menyebabkan gangguan pada pengguna jalanraya yang lain yang mana ianya menyilaukan mata dan membuatkan trafik tidak bergerak sejauh 10 kilometer akibat orang ramai takut terkena bahan radioaktif yang di hasilkan dari kilauan cahaya dari kamera AES itu.

.

Ketika kejadian, seorang saksi mengatakan, bagaimana kamera AES yang berharga RM 120 ribu ini tidak mempunyai ketahanan yang kuat dan kukuh? Sepatutnya kamera AES ini tidak akan tumbang kerana dengan harga sebegitu mahal, adalah mustahil ia adalah barang tiruan yang lembik dan tidak berkualiti.

Semasa kejadian, keadaan jalan yang teruk dan berlubang lubang menyukarkan lagi pasukan bomba untuk sampai ke kawasan kejadian, bomba akhirnya dapat menyelesaikan masalah itu apabila kamera AES itu tadi di humban ke dalam lori mengangkut sampah dari majlis bandaraya. @tiewnama - AES - Amno Eletronic Sideincome.


PRSB : Banyak cara lain kalau nak mendidik pengguna jalanraya, berapa peratus pengguna yang degil berbanding yang baik. 

Jalanraya dan trafik kena biki dulu, besar dan lebarkan, letak papantanda yang mudah, lencongan atau exit yang orang luar KL, JB  boleh faham sebab kalau salah masuk boleh sesat berjam-jam pusing (sesat barat).

Lubang maut, bahu jalan, bonggol, jalan tak rata... banyak lagi yang mesti segera dibetulkan berbanding dengan SAMAN.

Tak mustahil pengguna lori yang marah kena saman bertindak penuh emosi luar dugaan dengan sengaja menabrak  kamera tersebut, hingga tumbang menyembah bumi, dah rugi RM120,000...wallahuaalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan