Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Rabu, 10 Oktober 2012

Mahathir Bina Monumen Punca Perpecahan Melayu

Shah Alam: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang lebih mementingkan pembinaan monumen hebat dan bersejarah di zaman pentadbirannya didakwa menjadi punca negara hilang daya saing dalam pelbagai bidang berikutan kemerosotan moral di kalangan rakyat.

Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah), Datuk Dr Siddiq Fadzil berkata pembinaan monumen yang dikatakan menjadikan negara lebih maju dan moden berkisar dari segi pembangunan fizikal dan material semata-mata.

Katanya, amalan sebegitu yang lebih diutamakan Dr Mahathir menyebabkan negara pada masakini menghadapi masalah moral yang kritikal di samping sistem pentadbiran negara dibelenggu gejala rasuah berleluasa.

Menurutnya, pembangunan insan diabaikan menjadi punca umat Melayu beragama Islam hilang jati diri serta tahap kerohanian runtuh dan lemah.

“Di zaman Dr Mahathir dulu apa dipentingkan ialah pembinaan monumen-monumen yang dibanggakan hingga apa dikatakan dengan slogan seperti “Bersih, Cekap dan Amanah”, “Malaysia Boleh” dan yang lain tinggal slogan sahaja.

“Apa ditinggalkan ialah pembangunan dan pembentukan insan yang merupakan asas kekuatan umat Melayu Islam,” katanya dalam Bengkel Bedah Buku “Islam & Melayu” hasil karyanya di Universiti Selangor (Unisel) di sini semalam.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Insan, Dr Halimah Ali dalam ucapan perasmiannya berkata, program diadakan itu adalah program yang mengupas satu isu yang amat penting di kalangan orang Melayu beragama Islam di negara ini.

Beliau berkata, pihak penganjur wajar dipuji kerana mengadakannya dan membincangkan persoalan itu secara ilmiah dan berfakta.

“Jati diri Melayu sama juga dengan jati diri bangsa lain, harus dipertahankan dengan masing-masing punya kelebihan dan kelainan.

Bagi bangsa Melayu tentunya Islam menjadi paksi jati diri mereka,” katanya.

Turut hadir, Naib Canselor Unisel, Profesor Dr Anuar Ahmad; Dekan Fakulti Perniagaan Unisel, Profesor Dr Mohd Fuad Salleh; Penasihat Editor Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Abdul Jalil Ali.

PRSB : Dia kemaruk kebendaan seperti membina bangunan besar-besar dan bersifat angkuh ala Firaun  dalam masa yang sama tidak menumpukan usaha membina sumber manusia mendidik menjadi insan mulia, maka orang yang cerdik seperti DSAI dianggap musuh.

Lalu berpecahlah sebahagian orang melayu sehingga hari ini menolak UmnoBN.. memang dia ni tak pandai jaga hati orang Melayu, tak reti jaga agama Islam, tak pandai ambil hati Sultan... tak pelik sebab wataknya ala Firaun

2 ulasan:

  1. assalammualaikum tuan puan..pakcik makcik..ayah mak..abang adik sekian orang2 kampong eh...yang naik basika pogi pokan..apo dayo...ciluk gotah! sekalian!

    nih dsai nak becakap.dengar jangan tuli...sshhh...yaa aq ni cerdik ooi..mahadet tu asyik2 buat monumen..poyek giler2..awat tak dia tak lekat nama aq heh..keta nuar ke..bank nuar ke..jalan lebuh nuar ke..dia dok amek aku macam nak alat jer..letih aq dok maki pas..brainwashing mesen basuh abim..tipon soros biaq rakyat mesekin bagi gah umno nooo..nih macamla aq ni kaki meja pandai2 dia amek koje aq..tak respek toi aq ni menteri wang ringgit. oiii semua hadirin..kome tak kesian kat aq ka? mahadet tu buat aq gitu2..aq abnyak nak cakap lagi ..tapi islam tak ajaq aku nooo kata2 oghang ni tak baik..baik aku sekali lagi kata aq ni cerdik tau! tau tak? aq pun tak tau. wabillah...taufiq... wal hidayah.

    bas jelajah malaysia_tr

    BalasPadam
  2. assalammualaikum tuan puan..pakcik makcik..ayah mak..abang adik sekian orang2 kampong eh...yang naik basika pogi pokan..apo dayo...ciluk gotah! sekalian!