Fadhilat dan Kelebihan Berqurban
1. Keampunan.-
Titisan darah qurban yang pertama adalah merupakan pengampunan bagi
dosa-dosa yang telah lalu iaitu sebagai penebus dosa yang telah
dilakukan.
‘Imran bin Hushain radhiallahu ‘anhushallallahu ‘alaihi wasallam
bersabda kepada Sayyidatuna Fatimah radhiallahu ‘anha: meriwayatkan
bahawa Rasulullah
Maksudnya: “Wahai Fatimah! Pergilah ke tempat (penyembelihan) qurbanmu
dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu
adalah merupakan pengampunan bagimu di atas dosa-dosamu yang telah
lalu.”
(Hadis riwayat al-Hakim)
2. Kebajikan (hasanah) yang dikurniakan kepada orang yang
berqurban adalah sebanyak bulu binatang yang diqurbankan.
Zaid bin Arqam radhiallahu ‘anhu meriwayatkan:
Maksudnya: “Para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam
bertanya: “Wahai Rasulullah! Apakah yang ada pada qurban itu?”
Rasulullah menjawab: “Ia adalah sunnah bapa kamu Ibrahim” Mereka
berkata: “Apa yang akan kami perolehi darinya wahai
Rasulullah?”Rasulullah menjawab: “Bagi setiap helai rambut satu
kebajikan” Mereka berkata: “Bagaimana pula dengan bulu wahai
Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Bagi setiap helai bulu satu
kebajikan.”
(Hadis riwayat Ibnu Majah)
3. Darah qurban yang tumpah ke bumi akan mengambil tempat
yang mulia di sisi Allah subhanahu wa ta‘ala.
‘A’isyah radhiallahu ‘anha meriwayatkan bahawa Rasulullah shallallahu
‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari
Raya Qurban yang lebih disukai Allah melainkan menumpahkan darah
(menyembelih binatang qurban). Sesungguhnya binatang qurban itu akan
datang pada Hari Kiamat bersama tanduk, kuku dan bulunya dan Allah
memberi pahala ibadah qurban itu sebelum darah binatang qurban itu
jatuh ke bumi. Oleh itu, elokkanlah qurban kamu.”
(Hadis riwayat at-Tirmidzi,Ibnu Majah dan Hakim)
4. Akan memperolehi kenderaan atau
tunggangan ketika meniti titian al-Sirat al-Mustaqim di akhirat kelak.
Sabda Nabi Muhammad SAW (maksudnya): “Muliakanlah
qurban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu di titian pada Hari
Qiamat”.
“Tidak akan sampai kepada Allah daging-dagingnya dan tidak pula
darah-darahnya. Tetapi akan sampai kepada Allah ialah ketaqwaan dari
kamu. Demikianlah dipermudahkannya korban-korban kepada kamu supaya kamu
mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan hendaklah
kamu gembirakan orang-orang yang berbuat kebajikan.” (al-Hajj : 36-37)
PRSB : Jom kita laksanakan ibadah Qurban tahun ini, PR Sembrong ada khidmat pekej Qurban 1 bahagian RM390 tetapi sudah penuh.
Oleh kerana harga lembu tahun ini naik mencanak disebabkan kegagalan projek lembu NFC yang sepatutnya boleh berupaya menurunkan harga lembu, maka kami ada menyediakan pekej lain iaitu 1 bahagian RM450. Insyaalah dijamin berbaloi dengan harganya. Lembu besar kira -kira 80-100kg isi daging tak termasuk tulang.
SMS Nama & Berapa Bahagian ke 019-7577708
Ancaman terhadap
orang yang mampu melakukan qurban tetapi tidak melaksanakannya.
Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu katanya, sabda Nabi
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam:
Maksudnya: “Barangsiapa yang ada kemampuan untuk berqurban tetapi tidak
melakukannya, janganlah dia hadir bersama kami di tempat sembahyang
kami”.(HR Ahmad dan Ibnu Majah)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan