Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Selasa, 9 Oktober 2012

Indeks Jenayah Menurun Kata PDRM, Hishamuddin, Tetapi Auta Kata MB NS

Seremban: Kediaman keluarga Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan di Rantau, dekat sini, dipecah masuk pencuri dan antara barang yang dipercayai setakat ini hilang ialah sebuah televisyen LCD dan dekoder Astro.

Kejadian dipercayai berlaku malam kelmarin dan seorang anggota keluarga membuat laporan polis, tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin, ketika dihubungi berkata, berdasarkan siasatan awal, pencuri dipercayai masuk ke dalam rumah berkenaan menerusi tingkap belakang dan keluar mengikut laluan sama.

Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku malam kelmarin dan ketika itu rumah itu tidak berpenghuni.

“Seorang anggota keluarga beliau (Menteri Besar) yang ke rumah berkenaan semalam, mendapati televisyen LCD dan dekoder Astro dalam rumah berkenaan hilang,” katanya. -HM
PRSB : Dia tak kena tempias jenayah, tak rasa kena ragut, tak pernah rasa susah, tak rasa terancam bolehlah kata jenayah menurun... sebab belum kena!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan