Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Selasa, 14 Februari 2012

Tun M Tak Mahu Mengaku, Babitkan Agong Pula






AGONG YANG HENDAK SALLEH ABAS DIGUGURKAN, BUKAN KEHENDAK SAYA, KATA MAHA-MASALAH PUNCA KEHAKIMAN NEGARA INI... KAH KAH KAH !!!

Agong yang hendak Tun Salleh Abas digugurkan... bukan kehendak saya... Itu lah kata-kata yang keluar dari mulut Tun Madey bagi menyangkal kenyataan Bekas Ketua Hakim Tun Mohd Dzaiddin Abdullah yang menyatakan beliau menjadi punca kepada maha-masalah kepada badan kehakiman negara yang tunduk kepada kehendak badan eksekutif iaitu ahli politik.

Walaupun beliau cuba menafikan apa yang didakwa oleh Bekas Ketua Hakim Negara itu... namun hakikatnya semua orang tahu bahawa beliau adalah pendesak kepada apa yang terjadi kepada Tun Salleh Abas... seperti apa yang dikatakan oleh Tun Mohd Dzaiddin yang juga pernah menjadi Ketua Hakim Negara dari tahun 2000 hingga tahun 2003.

Dan pindaan terhadap Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan semasa pentadbiran beliau pada tahun 1980-an telah melemahkan sayap badan kehakiman... Akibat nya kuasa kehakiman mahkamah-mahkamah telah dikurangkan dan mereka hanya mempunyai kuasa apabila diberikan Parlimen dan Parlimen lebih hebat daripada badan kehakiman megikut kata Tun Mohd Dzaiddin.

Sambil mengatakan itu adalah tuduhan tak berasas dan fitnah dan menyuruh menyemak semula peruntukan yang ada dan nyatakan bahagian mana yang menyatakan perkara tersebut... Beliau turut mengatakan tuduhan-tuduhan itu tidak berasas dan sekiranya benar seperti dakwaan tersebut... beliau sudah pasti akan menukarkan jawatan ramai individu dalam badan guaman ketika zaman pemerintahannya.

Namun begitu... beliau bagaimanapun tidak akan menyaman mereka kerana menurutnya, itu adalah perbuatan sia-sia... beliau telah diminta mengulas kenyataan Tun Mohd Dzaiddin selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Perkim... kah kah kah !!!.

Tun Madey oh Tun Madey... sudah-sudah la nak mohong... hang bukan tak tau yang semua orang pun tau apa hang buat masa tu... kalau kuasa Raja-Raja pun hang boleh tarik ... ini kan pulak kuasa hakim... tapi macam mana hang antara manusia yang cukup pandai memohong... mungkin seribu dalam satu baru boleh jumpa manusia serupa hang... kah kah kah !!!.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan