Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Rabu, 8 Februari 2012

Ceramah Maulid Rasul PAS Kaw Sembrong Meriah



Baru sebentar tadi selesai ceramah sempena Maulid Rasul SAW di Taman Sri Lambak.

Walaupun tanpa promosi besar, penceramah pun orang tempatan, ulama muda anak jati felda Taib Andak Johor, tetapi jumlah hadirin lebih kurang 300 orang yang hadir mengejutkan kami.

Majlis dimulai dengan Bacaan Al-Quran dan terjemahan, ucapan YDP, Bacaan Barzanji, marhaban dan ceramah. Suara Imam Amin mempersona hadirin.

Alhamdulillah, terimakasih kepada semua yang bekerja keras menjayakan majlis ini termasuk Pak Karim PA, Bang Ain yang terjual laris dagangan VCDnya dan pasukan keselamtan yang memberi kerjasama baik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan