Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Sabtu, 4 Februari 2012

Cubaan bunuh ?

tenang pas pc 290111 dzulkefly ahmad








BMW, rumah TPJ Johor terbakar, dipercayai khianat

Harakahdaily,

JOHOR BAHRU, 3 Feb: Sebuah kereta BMW milik Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Dzulkefly Ahmad serta tingkat bawah rumahnya di Taman Universiti, di sini hangus terbakar dalam satu kejadian yang dipercayai perbuatan khianat, awal pagi ini.

Dzulkefly ketika dihubungi Harakahdaily berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3.40 pagi sewaktu beliau dengan enam anggota keluarganya sedang nyenyak tidur di tingkat atas.

"Ketika itu kami semua sedang tidur. Tiba-tiba terdengar satu letupan kuat. Saya kejut isteri dan saya lihat enjin kereta BMW terbakar dan ada api di tingkat bawah rumah.

"Tidak lama kemudian satu lagi letupan kuat berlaku. Kami kejut semua anggota keluarga dan buat keputusan untuk keluar ke pintu belakang dan terus menghubungi pihak bomba," katanya.

Menurutnya, pihak bomba yang tiba kira-kira beberapa minit kemudian berjaya memadamkan api daripada terus marak.

Ekoran kebakaran itu kereta BMW miliknya itu keseluruhannya hangus manakala bahagian ruang tamu tingkat bawah juga turut terbakar.

"BMW keseluruhannya hangus, sebuah lagi kereta Camry yang diletak di sebelahnya, separuh terbakar tapi saya rasa masih boleh dibaiki.

"Bagaimanapun saya bersyukur sebab tiada kemalangan jiwa berlaku," katanya sambil memaklumkan telah membuat laporan polis.

Polis dan unit forensik dari Balai Polis Impian Mas yang datang sejurus kemudian telah menemui satu tong di hadapan rumah mangsa yang dipercayai digunakan untuk mengisi minyak petrol.

Sementara itu, Mazlan Aliman dalam respons segeranya memberitahu, beliau tidak menolak kemungkinan kejadian itu adalah cubaan membunuh.

"Badan Perhubungan PAS Johor dukacita dengan insiden ini.

"Saya mengesyaki ini cubaan membunuh, bukan perbuatan khianat biasa lagi ni. Nasib baik Haji Dzul dan keluarga sempat melarikan diri," katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri itu.

Dzulkefly sebelum ini menurut Mazlan, banyak mendedahkan isu-isu panas di negeri Johor dan dikhuatiri ada pihak yang tidak senang dengan tindakan beliau.

Sehubungan itu, beliau yang turut bergegas ke tempat kejadian awal pagi tadi mendesak pihak polis menjalankan siasatan terperinci agar pihak bertanggungjawab dapat dibawa ke muka pengadilan.

"Kita yakin dengan kepakaran pihak polis, dan kita harap polis menjalankan siasatan terperinci," katanya.


Dzulkifly dakwa kejadian bermotif politik

Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Dzulkifly Ahmad mendakwa kejadian rumahnya dibaling bom molotov awal hari ini bermotifkan politik.

Beliau yang bekerja sebagai perunding hartanah turut menolak kejadian ada kaitan dengan perniagaan, sebaliknya mendakwa bermotifkan politik.

tenang pas pc 290111 dzulkefly ahmad"Saya yakin kejadian ini ada kaitan dengan isu pengambilan QSR Brands Bhd and KFC Holdings (M) Bhd (KFCH) oleh Johor Corporation, syarikat kerajaan negeri Johor dan isu tanah Kampung Ladang, Tanjung Kupang yang diambil oleh Iskandar Investment Berhad yang saya kendalikan Khamis lalu," katanya.

Dzulkifli juga berkata beliau tidak pernah menerima sebarang ugutan.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Utara, ACP Ruslan Hassan mengesahkan kejadian tersebut dan berkata pihaknya akan menyiasat kes itu dari semua sudut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan menggunakan api, katanya.

Sementara itu, Dzulkifly berkata kejadian itu menyebabkan kereta jenis BMW miliknya rosak teruk manakala kereta jenis Toyota Camry pula mengalami kerosakan pada bahagian depan.

Kerugian dianggar RM300,000 termasuk kerosakan perabot serta kompresor pendingin hawa, katanya.

Dzulkifli, 44, berkata ketika kejadian, beliau bersama isteri serta tiga anak dan kakak iparnya berada di rumah tersebut di Jalan Kemajuan 20, Taman Universiti di Johor Bahru.

- Bernama

PS : Pas Kaw Sembrong mendoakan keselamatan Hj Dzul sekeluarga, semoga bersabar atas ujian. Solat hajat mohon keselamatan dan amaran kepada sesiapa yang berbuat dengki dan khianat pasti tak akan selamat. Kepada Allah SWT kita memohon pertolongan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan