Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Rabu, 29 Februari 2012

Sambungan Assobiyah Ketuanan Melayu


Jangan terjebak dengan Assobiyah melayu - siri 5

Assalamualaikum,

Menyambung perbicaraan lalu. Kongres Serikat Islam (SI) yang pertama diadakan di Bandung. Dan bahasa rasmi kongres ialah bahasa melayu sedangkan SI bermula di Pulau Jawa. Ia diasaskan oleh seorang ahli perniagaan yang bernama Hj Samanhudi. Beliau telah melantik seorang aristokrat Jawa yang datang dari keluarga ulama iaitu Hj Omar Said Said Cokrominato sebagai Pemimpin Agung SI.

Persoalan yang menjadi fokus kita dalam perbincangan ini ialah bahasa melayu yang dipilih untuk menjadi Bahasa rasmi Kongres. Bahkan Bahasa melayu tulisan Jawi menghiasi logo SI yang berlambangkan banteng (kerbau) dan senjata tradisi nusantara.

Apa istimewanya bahasa melayu di kalangan suku Jawa yang mendominasi SI ketika itu. Bahkan suku melayu adalah suku minoriti di Nusantara. Bahkan apabila Indonesia memplokamirkan kemerdekaan suku melayu hanya mewakili 12% dari pelbagai suku di Kepulauan melayu Indonesia dan suku Jawa mewakili 40%. Tetapi bahasa melayu yang diangkat menjadi bahasa rasmi Republik Indonesia bukannya bahasa Jawa, bahasa yang ibunda majoriti rakyat Indonesia.

bahasa wahana Islam

Sebabnya adek-adek dan anak-anak ku, bahasa melayu adalah bahasa yang menjadi wahana Islam di nusantara. Bahasa yang miskin dengan perbendahraan kata inilah yang dipilih oleh para du'at yang datang mengembangkan Islam di kepulauan melayu untuk menjadi medium dakwah.

Bahasa lain tidak melayakkan untuk memainkan peranan tabligh ini sebab sarat dengan konsep-konsep anti tauhid dan syirik. Bahasa Jawa umpamanya kaya dengan istilah sanskrit sehingga jika bahasa Jawa yang dipilih maka akan kaburlah risalah.

Tetapi bahasa melayu yang miskin itu murni dari pelbagai konsep dan falsafah. Lalu bahasa yang miskin diangkat darjatnya dengan dipompa dengan ratusan istilah-istilah Rabbani dan Qurani lalu jadilah ia bahasa ilmu.

Dengan pemerkasaan ini bahasa melayu melonjak menjadi bahasa lingua franca yang menghubungkan seluruh suku bangsa di kepulauan melayu bahkan menjadi bahasa perantara dengan pedagang-pedangan dari eropah dan dipertuturkan sejauh Lisbon, Genoa dan Venice.

Ulama yang lahir di seluruh pelusuk nusantara menulis kitab-kitab mereka dan menumpahkan buah fikiran mereka dengan menggunakan bahasa melayu. Syeikh Arshad Banjar menulis kitanya dalam bahasa melayu, Syeikh Abdul Rauf Singkili dari Aceh menulis kitabnya dalam bahasa melayu, Syeikh Nuruddin ar-Ranir dari Gujarat yang bermastautin di Aceh juga menulis kitabnya dalam bahasa melayu. Syeikh Yusuf Tajul Khalwati al-Makasiri juga menulis kitabnya dalam bahasa melayu. Begitu juga Hamzah Fansuri, Samsuddin al-Sumaterani dan Syeikh Abdul Samad al-Falembangi. Mereka tidak menggunakan bahasa ibunda dan dialek daerah masing-masing kerana hanya bahasa melayu yang mempunyai perbendahaaran kata yang cukup untuk menjadi bahasa dakwah, bahasa tabligh.

Lalu seluruh suku bangsa di kepulauan melayu nusantara yang jumlahnya mencecah 200 lebih suku kaum dari Menado (sulawesi Utara), Ambon dan Maluku sehingga Papua di timur dan Aceh, Mandailing dan Batak di barat menisbahkan diri mereka sebagai rumpun bangsa melayu.

Dalam ertikata yang lain bahasa melayu menjadi wahana penyatuan yang pertama di nusantara dan ini hanya mungkin dengan Islam. Islamlah yang telah menyatukan pelbagai suku kaum di nusantara melalui bahasa melayu. Dalam kongres SI yang pertama inilah Hj Omar Said Cokrominato mengistiharkan tuntutan 'self bestuur' iaitu kemerdekaan bagi rakyat di seluruh kepulauan melayu. Pengistiharaan ini dibuat dalam bahasa melayu.

Adek-adek dan anak-anak ku. Apa yang boleh kita simpulkan di sini? Bangsa melayu yang rendah martabatnya itu mendapat jatidirinya dari Islam yang telah mewarnai bahasa, budaya dan pandangan hidup (worldview) orang melayu.

hebat melayu kerana Islam

Demikian tingginya darjat orang melayu yang diperolehinya dari Islam sehingga seluruh suku bangsa di nusantara ini menisbahkan diri mereka dengan bahasa melayu. Dalam ertikata yang lain kehebatan orang melayu adalah kerana Islam.

Jika orang melayu hendak mengekalkan kehebatan ini maka pertahankanlah Islam yang ada pada orang melayu. Mempertahankan Islam ini bermaksud mengajak dan menyeru semua manusia yang ada di kalangan mereka (di Malaysia) supaya berpaksilah kepada Islam dan hanya kepada Islam.

Jika seruan itu sudah berubah kepada seruan yang menjurus kepada kesetiaan kepada bangsa dan pemerkasaan kepada bangsa maka orang lain akan beransur-ansur menjauhkan diri mereka dari Islam yang menjadi sumber rahmat kepada seluruh manusia.

Adek-adek dan anak-anak ku jangan terpedaya dengan slogan-slogan 'Memartabatkan kesetiaan bangsa'. Kesetiaan kita hanya kepada Allah dan Rasulnya'.

Kita adalah kaum yang menjadi mulia dengan Islam. Maka barangsiapa mencari selain Islam tidak akan menambahkan padanya selain kehinaan'

Lagi Assobiyah Ketuanan Melayu




Jangan terjebak dengan Assobiyah melayu - siri 4

Assalamualaikum,

Masih lagi kita berbicara tentang Assobiyah melayu? Kini ada di kalangan kita yang menisbahkan dirinya sebagai pejuang melayu Islam? Kalau dulu 'cukup dengan Islam' sahaja. Kini seolah-olah tidak lengkap Islam itu kalau tidak ada predikatnya. Maka ditambahlah di sana 'melayu Islam'. Pastinya ini mendorong saudara-saudara Islam yang lain yang berada di luar kelompok bangsa melayu menamakan pula diri mereka pejuang 'Cina Islam', pejuang 'Kadazan-Dusun Islam', pejuang 'India Islam'.

Tercapailah hasrat tokoh-tokoh imperialis zaman kolonial untuk melihat umat Islam ini kembali dalam kelompok suku dan kabilah masing-masing. Masih ingat Christian Snouck Hurgronje? Seorang tokoh brilliant Belanda yang ditugaskan bagi mencari jalan penyelesaian untuk menundukkan umat Islam Aceh yang degil.

Dengan dasar 'Islam politiek' nya Snouck Hurgronje menyarankan Islam ini dipecahkan kepada tiga aspek. Satu namanya ibadah murni yang mencakupi soal-soal ibadah, satu lagi aspek sosio politik yang mencakupi soal-soal pemerintahan dan pentadbiran. Yang ketiga menyentuh adat istiadat. Sementara umat Islam bebas untuk menjalankan tuntutan ibadah di masa yang sama pemerintah harus bertegas dalam soal siasah dan pentadbiran.

Satu lagi kekuatan umat Islam yang dilihat oleh Snouck ialah perpaduannya. Dia melihat padunya persaudaraan Islam di Mekah. Oleh itu dia menyarankan satu-satunya jalan untuk memecahkan kesatuan umat Islam ialah dengan mengembalikan mereka kepada adat-istiadat sebelum Islam.

Jika adat-adat dan kepercayaan lama ini dihidupkan semula maka umat Islam akan kembali menobatkan suku dan kelompok masing-masing. Dalam konteks nusantara mereka akan melihat diri mereka sebagai orang Aceh atau Jawa atau Sunda atau Minang atau Melayu dan ratusan suku bangsa yang lain sebelum mereka melihat diri mereka sebagai sebahagian dari umat Islam.

Untuk memenuhi objektif ini maka dikirimkan sarjana-sarjana seperti NJ Krom dan Brandes untuk membuat kajian ilmiah tentang adat istiadat dan bahasa pertuturan suku kaum di nusantara.

Dikirim pula pakar-pakar arkeologi untuk membaik pulih candi-candi lama peninggalan SriVijaya dan Majapahit. Candi-candi ini dijadikan mercu tanda kegemilangan spt Prambanan, Mendut, Borobodur dan sebagainya. Dihidupkan semula epik zaman hindu seperti 'Asmaradana' dan 'Hikayat Pandawa Lima'.

Watak-watak hero bagi setiap suku dinobatkan sebagai ikon seperti halnya Hang Tuah (orang melayu) dan Cindor mato (orang Bugis). Aspek-aspek magis dan heroik meskipun tidak Islamic pada watak-watak hero ini diraikan dalam hikayat dan penglipur lara. Dilagakan pula suku melayu dan Jawa melalui watak seperti Hang Tuah.

Snouck amat memahami bahawa di nusantara ini sebelum Islam tidak ada satu faktorpun yang menyatukan mereka. Setiap suku bangsa duduk dalam lingkungan mereka dan melihat suku bangsa lain sebagai pesaing yang perlu ditundukkan.

Lantaran itu suku sunda dan Jawa sentiasa berperang meskipun kedua-duanya beragama syiwa-buddha. Orang Sunda membina Kerajaan Pajajaran (Jawa Barat) sedang orang Jawa membina empayar Majapahit (Jawa tengah dan barat). Orang melayu dan Jawa memang tidak pernah sepakat dan sentiasa bermusuhan.

Apakah pendekatan Snouck ini berjaya? Snouck tidak akan mampu meleraikan faktor yang menyatukan umat Islam di nusantara. Kerana faktor penyatuan umat Islam di mana-mana pun di atas muka bumi ini bertolak dari hati nurani.

Allah berfirman 'berpeganglah kamu kepada tali Allah dan jangan kamu bercerai berai, dan ingatlah nikmat Allah ke atas kamu ketika kamu dahulu bermusuhan lalu Allah mempersatukan hatimu sehingga dengan kurniaNya kamu menjadi bersaudara... Bagaimana mungkin persatuan yang tunjangnya adalah tauhid dapat dileburkan.

Umat islam diperingatkan 'Sesungguhnya kamu adalah umat yang satu dan Aku adalah Tuhanmu, maka hendaklah engkau menyembah akan daku'.

Setelah umat Islam ditewaskan dalam medan peperangan fizikal yang parah di Aceh (1873 - 1913), Perang Paderi Minangkabau (1821 - 1837), Perang Diponogoro Jawa (1830 - 35), Perang Banten (1881 - 1888) mereka bangkit kembali mengumpul kekuatan di medan siasah.

Serikat Islam

Apabila Serikat Islam tertubuh pada tahun 1905, umat Islam bangkit dengan kekuatan baru, dengan senjata yang lebih ampuh iaitu perpaduan. Apabila Serikat Islam mengadakan kongresnya yang pertama di Bandung, penyertaan mencecah 80,000 orang dan mereka datang dari Aceh hingga sejauh Makassar bahkan Bali juga menghantar perwakilan.

Dalam hanya beberapa tahun pendukung SI mencecah 2 juta orang dari seluruh nusantara merangkumi ratusan suku kaum. Sejarah tidak pernah menyaksikan penyatuan yang sedemikian rupa.

Nusantara pernah disatukan di bawah hegemoni politik imperial Majapahit yang ditunjang oleh suku Jawa. Namun penyatuan ini artificial sifatnya dan tidak dapat dipertahankan apabila hegemoni politik Majapahit berakhir di tangan Kerajaan Islam Demak.

Apakah bahasa perantara yang digunakan di dalam kongres SI? Bahasa yang digunakan ialah Bahasa Melayu. bahasa pertuturan bangsa melayu diangkat menjadi bahasa rasmi kongres sedangkan suku bangsa melayu adalah suku bangsa minoriti di bandingkan dengan suku Jawa dan Sunda yang menjadi tuan rumah kepada kongres SI. Bagaimana bahasa melayu mengalami lonjakan sedemikian rupa. Apakah ketuanan melayu yang menjadi faktornya?

Wahai adek-adek dan anak-anak ku, mari kita bedah persoalan ini untuk mencari jawapannya dalam siri yang seterusnya InsyaAllah.

Assobiyah Ketuanan Melayu

Nak cucuk siapa dengan keris ni

Jangan terjebak dengan Assobiyah melayu - siri 3

Salam,

Dalam siri ke 3 ini aku bawakan pula sejarah jihad di nusantara. Contoh-contoh yang aku tonjolkan boleh menjadi kayu ukur apakah ketuanan Islam atau ketuanan dan kebangsaan melayu yang akan menjamin survival umat Islam di Malaysia ini.

Umum mengetahui pada tahun 1511 kerajaan melayu Melaka jatuh ke tangan Portugis. Sejarah yang tercatat menggambarkan bahawa kejatuhan Melaka adalah kerana sikap berpuak-puak, menjaga kepentingan kelompok, belot dan berpaling tadah di antara komuniti-komuniti pelbagai bangsa yang ada.

Kaum Cina dikatakan telah berpaling tadah dan meminjamkan tongkang-tongkang mereka untuk membantu tentera Portugis mendarat di Melaka. Kaum 'Keling' (ini bukan istilah rasis kerana inilah istilah yang dirujuk untuk kaum ini pada zaman Melaka - hanya kini ia bertukar menjadi derogatory (menghina) juga dikatakan mengadu domba dan menangguk di air keruh, membuat pakatan dengan Portugis ketika perang sedang berkecamuk.

Suku Jawa yang diketuai oleh Utimurtiraja juga memihak kepada Portugis pada saat akhir. Inilah gambaran perpecahan dan pengkhianatan yang mewarnai suasana perjuangan mempertahankan kota Melaka.

Namun satu kenyataan sejarah yang tidak pernah diketengahkan ialah Melaka bukan dipertahankan oleh pahlawan-pahlawan Melayu semata-mata. Ketika Melaka berada di ambang serangan Portugis dunia Islam telah membuat persiapan-persiapan untuk menghadapi aggresi Portugis di Teluk Parsi, Teluk Benggala dan Selat Melaka.

pejuang Islam

Saat Afonso D'albuqueque mengishtiharkan perang ke atas kerajaan Melaka, sudah terkumpul 20,000 para pejuang muslim dari pelbagai daerah. Mereka adalah satu ketumbukan International yang terdiri dari mujahidin dari Mesir, Farsi, Gujerati, Jawa, Aceh bahkan dari Cina.

Sebab itu lukisan yang mengabadikan serangan Afonso ke atas Melaka digambarkan oleh seorang pelukis Eropah sebagai satu peperangan yang mana askar-askar Portugis berhadapan dengan pejuang-pejuang Islam yang memakai serban, bukan tanjak dan dastar melayu.

Dua tahun sebelumnya iaitu pada tahun 1509, Afonso menghadapi pertempuran yang lebih sengit lagi iaitu di Goa. Pertempuran di Goa menyaksikan Portugis dan umat Islam kalah dan menang silih berganti sehinggalah akhirnya Goa dikuasai oleh Portugis sepenuhnya.

Sebagaimana di Melaka, Goa juga dipertahankan oleh ketumbukan pejuang dari dunia Islam terutama dari timur tengah, daerah teluk Farsi dan umat Islam Gujerati. Kapal-kapal Mesir (dao) bergabung dengan kapal-kapal Farsi menghadapi Galleon dan Fusta Portugis dengan 'firepower' yang jauh lebih 'superior'.

Bahkan Portugis berhadapan dengan gabungan umat Islam ini pada hampir setiap medan pertempuran termasuklah di Aden, Socotra, Coromandel, Calicut dan Goa.

Sebab itu Afonso amat jelas apabila dia meletakkan objektif untuk menguasai Melaka dia faham yang dia hadapi bukan Kesultanan Melayu Melaka tetapi dia berhadapan dengan dunia Islam.

Langkah awal untuk menghadapi kekuatan umat Islam yang digembelingkan, Afonso lebih dulu membina pakatan dengan kerajaan Hindu Pajajaran di Jawa Barat dan Kerajaan Siam Ayuthaya yang merupakan nemesis (musuh) kepada Melaka.

Umat Islam di Pulau Jawa tidak membiarkan Melaka berseorangan untuk menghadapi kuasa imperialis Portugis. Walaupun Melaka sudah jatuh ke tangan Portugis dua cubaan telah dilancarkan dari Jawa untuk melemahkan kedudukan Portugis di Melaka.

Yang pertama ialah serangan Syarif Hidayatullah ke atas Sunda Kelapa (kerajaan Hindu Pajajaran) yang bergabung dengan Portugis. Serangannya ini berjaya mengusir Portugis dari Pulau Jawa dan menjadi titik permulaan kepada kelahiran kota Jakarta.

Kedua serangan dari Demak pada tahun 1521 telah berjaya melemahkan kedudukan Portugis di Selat Melaka, meskipun armada dari Demak mengalami kekalahan. Melaka terus mendapat pembelaan dari umat Islam serantau.

Serangan bertubi-tubi dari Kerajaan Aceh Darus Salam hampir-hampir berjaya. Kemuncaknya ialah apabila garrison (garisan pertahanan) Portugis berundur dan terdesak di Bukit Senjuang. Pejuang-pejuang Aceh mendaki bukit dengan rencong dan pedang terhunus dan melancarkan serangan bertubi-tubi.

Orang Pahang

Pada saat Pertahanan Portugis hampir musnah, pada ketika itu orang-orang melayu dari Pahang telah datang membantu Portugis dan menyerang pejuang Aceh dari belakang...

Adek-adek dan anak-anak ku. Melihat kepada episod ini siapakah yang telah mengkhianati umat? Kenapakah Pahang datang membantu Portugis dan mengkhianati saudara-saudara seagamanya yang datang untuk berjihad membebaskan Melaka.

Sebabnya kerana dendam kesumat yang bersarang dalam dada. Dendam ini tidak terpadam kerana tunjangnya ialah sifat Assobiyah yang telah mengakar di jiwa.

Kalau kita meletakkan sebarang harapan kepada Assobiyah melayu maka sejarah Melaka akan berulang. Serulah kepada Assobiyah Melayu meskipun berselindung di sebalik wasilah, kita akan berhadapan dengan perpecahan umat.

Perpecahan ini mungkin terpendam tetapi apabila kepentingan puak tercabar, maka perpaduan islam akan dikorbankan sebagaimana umat Islam di Melaka mengkhianati satu sama lain demi 'survival' puak pada saat-saat genting Melaka diserang oleh Portugis.

Serulah kepada Assobiyah Melayu maka sejarah pengkhianatan orang melayu Pahang ke atas umat Islam Aceh akan berulang. Di saat Melaka hampir dibebaskan ketika itulah kepentingan puak mengatasi kepentingan Islam. Biar Melaka terus terjajah agar ego ketuanan melayu Pahang dapat dipertahankan....

Jom Pantau Pekan Rabu Kluang

Pekan Rabu lokasinya di depan Kluang Mall bersebelahan Pasaraya Songmat.
Pilihanraya dah hampir, janji nak siap sebelum penggal ni, harap projek jangan sampai terbengkalai.

Peniaga Melayu Bumiputera di Kluang masih menunggu-nunggu bila agaknya Pekan Rabu d Kluang nak siap, kecewa kerana lambat, lama dah tunggu, jenuh.

Dalam masa yang sama beberapa pasaraya besar telah tersergam di Bandar Kluang dengan kadar segera macam mee maggi seperti Kluang Mall, Songmat, Econsave, Carefour (dalam pembinaan) UdaOcean (dalam pembinaan)...

Hebat, memang semarak iklim berniaga di sini tapi jangan asyik mengutamakan syarikat peruncitan gergasi kapitalis saja dalam masa yang sama melupakan peniaga kecil melayu yang semakin terpinggir dibumi sendiri...


Pekan Rabu Kluang Masih GAGAL!

Kononnya mula dibina 2010 tapi sampai sekarang masih gagal disiapkan.

Pekan Rabu. 15 Tahun Gagal Diusahakan.


Semuanya sudah lulus. Cuma tunggu pembinaan. Mercu tanda pusat perniagaan Melayu Kluang dijangka siap 18 bulan lagi. Walaubagaimanapun, nama yang lebih sesuai sedang dicari. Mungkin ada di kalangan pembaca yang mempunyai kelebihan bakat dan kreativiti untuk mencadangkan nama yang lebih komersil berbanding dengan nama sekarang iaitu Pekan Rabu.

Setakat ini, difahamkan tingkat bawah akan dijadikan pusat dialisis terbesar di daerah Kluang. Manakala tingkat 2 merupakan ruang niaga untuk usahawan Melayu Kluang. Tingkat 3 pula akan menempatkan sebuah dewan serbaguna.

Nampaknya bilangan ruang perniagaan akan habis ditempah jika pihak UMNO tidak mengawal kehendak pasaran. Kalau pembaca menjadi pihak pengurusan, adakah pembaca akan utamakan orang UMNO yang baru hendak berniaga atau peniaga yang telah terbukti berjaya dalam perniagaan?

Jangan jadi macam zaman sebelum YB. Bila interview, yang dapat ialah orang yang bagi temuduga. Orang yang ditemuduga tidak dapat.

Banyak cerita tentang pekan rabu ini. Namun saya akan simpan sehingga selesai pembinaan. Diharapkan pembaca dapat berkongsi kisah pekan rabu ini yang sepatutnya telah berusia 15 tahun. Terima kasih.

Lagi Artis Rock Kapak Kembali kepada Islam



Alhamdulillah..semoga brader Ali Terarossa@XPDC@Mpire mendapat hidayah..
Barangsiapa kasih kepada Ulamak Akhirat maka Allah akan membukakan pintu
kebaikan baginya.

Selasa, 28 Februari 2012

Program Bersama Peguam PAS Berjaya

Dirasmikan oleh TPJ Haji Huda
Dewan agak sesak dengan hadirin, kelihatan Ust Abdullah Husin Ketua Dewan Ulama Johor dan Dr Ramli Md Kari

Parit Raja : Pada 26 Feb 2012, Seramai 16 orang peguam PAS turun ke Johor menerangkan terperinci hal-hal berkaitan undang-undang dan hak asasi bagi mengahadapi PRU yang bakal tiba tidak lama lagi.

Program meliputi perjalanan pilihanraya di Malaysia, Hak asasi manusia, dan simulasi pilihanraya. Program yang sangat bagus dan baik, tahniah kepada semua yang terlibat khususnya para peguam yang sanggup turun membantu jentera PAS dan juga dari kalangan hadirin iaitu YDP Pas Kawasan, Pengarah PRaya Kawasan, Pengarah MTD, calon dan setiausaha.

PS : Sembrong menghantar 4 orang wakil naik kereta kebal ana.

Pelukis Menghina Nabi Muhammad SAW Mati Hangus


Di dunia lagi Allah sudah tunjukkan balasan buruk yang bakal diterima oleh mereka yang menghina Nabi Muhammad Kekasih Allah.

http://images.bt.dk/node-images/198/608x403-c/198138-kurt-westergaard.jpg
Foto Kartunis Denmark sebelum hangus

Kurt Westergaard, lelaki yang melukis kartun Nabi Muhammad S.A.W dengan niat untuk menghina Islam suatu ketika dulu. Allah S.W.T telah bakar lelaki ini dalam api. Banyak cubaan untuk membunuh lelaki ini tetapi ramai yang mati ditembak oleh polis yang mengawal lelaki ini. Dengan kuasa Allah S.W.T, walaupun dijaga rapi oleh pihak polis. Api yang datang dari mana entah, membakar lelaki ini. AllahuAkbar!

TOLONG SHARE GAMBAR INI SEKIRANYA ANDA SAYANG NABI MUHAMMAD S.A.W.


Sumber: http://www.zimbio.com/Kurt+Westergaard/articles/7yQwV6okclH/Danish+blasphemer+burns+death

Kisah Menarik Cik Loo Jo Yee

Kisah Menarik Loo Jo Yee,Siapa Dia??BACA!!



Loo Jo Yee (kanan). Ada kisah menarik mengenai beliau. Baru-baru ini beliau telah keluar di TV Al-Hijrah.

Sedikit perkongsian tentang beliau.

Beliau tiada nama Islam kerana sekarang seseorang muallaf sudah tak perlukan tukar nama dengan nama Islam, dan hanya perlu ber 'binti' kan kepada Abdullah serta tak perlu tukar bangsa, maka namanya kekal Loo Jo Yee binti Abdullah.

Beliau telah masuk Islam ketika masih berusia 17 tahun, disebabkan di Malaysia mempunyai undang-undang untuk memeluk agama Islam bermula 18 tahun sahaja. Jadi, beliau terpaksa menangguhkan dulu permohonan.

Keluarga Jo Yee merupakan pengikut agama kristian yang kuat. Dan beliau bakal menjadi seorang paderi di sebuah gereja. Disebabkan itu, keluarga beliau sangat bantah hingga menganggap masuk Islam adalah sangat menghinakan bagi keluarganya.

Loo Jo Yee mendapat hidayah melalui dua peristiwa yang menarik.

Yang pertama adalah, beliau mempunyai ramai rakan-rakan yang beragama Islam. Oleh itu, mereka telah berdebat tentang agama masing-masing. Ketika itu, beliau bermatlamat untuk membawa rakan-rakan Islam untuk masuk agama Kristian.

Namun untuk berdebat dengan rakan-rakan, beliau telah mengkaji al-quran, membaca kisah Nabi Muhammad s.a.w dan mengkaji kemunculan Islam untuk mencari kelemahan Islam.

Semakin beliau mengkaji, semakin lama beliau mula tertarik dengan ajaran Islam. Beliau sendiri mengaku bahawa di dalam Bible banyak perkara yang telah diolah hingga menyimpang dari perkara sebenar.

Oleh itu, Jo Yee mengkaji Islam dengan lebih mendalam untuk mencari perkara yang sebenar. Dengan itu, beliau telah mendapat ketenangan jiwa ketika membaca al-quran. Itu adalah hidayah pertama Loo Jo Yee.

Peristiwa kedua yang membawa hidayah kedua beliau adalah ketika beliau menghidap mendapat penyakit thyroid di bahagian leher. Doktor mengesahkan 90% besar kemungkinan adalah penyakit tersebut. Beliau merasakan ini adalah penamat bagi kehidupan beliau walaupun masih muda.

Rakan-rakan Islam Jo Yee telah banyak 'encourage' beliau untuk cuba berdoa kepada Allah taala. Beliau cuba dengan menadah tangan, menangis dan hanya berserah kepada Allah.

Keesokan harinya, ketika beliau menjalani medical check-up, doktor mengesahkan penyakit itu bukan kanser. Disebabkan itu, beliau yakin dengan kuasa Allah taala dan pada waktu itu juga la beliau mengucap 2 kalimah syahadah. Subhanallah.. Allahuakhbar!

Loo Jo Yee berasa hiba kerana beliau berasa telah dipilih Allah untuk mendapat hidayah ketika berumur 17 tahun sedangkan remaja yang seusia beliau sibuk bersuka-ria hingga tersasar di jalan Allah.

Banyak dugaan yang beliau terima selepas bergelar muallaf, hingga dipulaukan rakan-rakan sendiri dan keluarga tercinta. Beliau sangat bersyukur kerana mendapat keluarga angkat di Ipoh yang mengambil berat terhadap beliau. Jo Yee berharap selepas ini dia berpeluang untuk berdakwah kepada remaja-rakan yang seusia dengan cara tersendiri.

Kempen DHA tergendala akibat RIBUT









Ceramah Hasan Ali di pukul ribut

Laporan Kisah Ceramah Hasan Ali di Seri Manjung..


Lebih jam 6.00 tadi hujan dah mula turun,, walaupun dalam cuaca yang agak terang,, terdetik dihati kecil ku, alangkah baik nya jika malam ni hujan lagi,,,,, lebih kurang 6 30 hujan berenti, sempat aku pergi ke pasar malam...


Macam biasa magrib aku pi berjemaah kat surau taman belakan rumah aku,, balik dari solat magrib, dongak ke langit nak gelap,,, nak hujan lagi ka.,





lebih kurang 15 minit nak masuk waktu isyak, aku keluar siap bawa kamera,, gatai pergi round kawasan stadium Manjung, nakpaknya ceramah dah mula,, rasa-rasanya dengar ke suara macam Yeop Saidin,, seorang lagi ustaz pencacai UMNO..., dalam aku dok pusing,, nak cari tempat sesuai nak snap ambik gambar, baru sempat snap satu gambar hujan dah turun,, kelam kelibut nak keluar,, sampai satu kereta dia dok pasang lampu,, hala kat aku,, siap sound kat aku,, haa ambik gambar,, nanti boleh siar dalam blog,, aku tak kenai siapa mereka,, aku hanya sekadar senyum,,, mereka bagi tau Hasan Ali tak sampai lagi...

Aku sempat keluar dari stadium dalam hujan dah mula turun,, dan dapat berteduh di stesyen minyak petronas depan stadium... Alhamdulillah, aku tak lah basah,, hanya lembap-lembap saja baju tu,, tak lah kesejukan,, dan yang rasa selamatnya,, bila aku dah sampai dapat berteduh, hujan mula bertambah lebat, sehingga azan kedengaran dari masjid daerah,, namun ceramah di staduim macam biasa juga....

Agaknya Allah nak tunjuk kepada hamba-hambanya,, hujan yang lebat ditambah pulat kilat dan guruh yang cukup kuat,,, dan akhirnya pentas tempat berucap dihapan stadium gelap,, tak tahu kenapa,, sehingga jam 10 20 mlm, hujan baru mula perlahan,, gerimis yang masih kasar-kasar,, aku stat motor redah balik juga,, sehingga sekarang suasana masih lagi hunjan diselang seli cahaya kilat...

Tak tahulah aku,, Hasan Ali sempat atau tidak berceramah,,, mereka merancang,, Allah juga merancang,, pada mulanya ceramah nak dibuat dalam dewan MPM,,, namun entah kenapa,, tak cukup bajet agaknya,, atau pun mereka-mereka dah tahu apa yang berlaku di Perlis ketika Hassan Ali berceramah,, jadi ambik ambik iktibar tak mau berulang,, maka buat di stadium,,,
Alhamdulillah,, Maha suci Allah umat Islam di Manjung terselamat akidah dari dicemari oleh pakar motivasi yang mengaku pakar ilmu usul...

Kesian kat pakcik makcik yang aku lihat berjalan kaki nak pegi dengar Hasan Ali,,, nak balik sekarang ni jam dan 11 05 malam,, masih lagi hujan.....

Ambik ko UMNO Lumut, moga-moga kalian lepas ni ada rasa kesedaran apa yang kamu nak lakukan,, jangan nak permainkan agama Allah,, kalau dahulu hangpa dok kata PAS perguna agama Islam untuk kepentingan politik sempit,, tetapi sekarang siapa yang menggunakan agama Islam untuk politik,,, habaq mai..

http://manjongmari.blogspot.com/2012/02/laporan-kisah-ceramah-hasan-ali-di-seri.html

Bukti Kerasulan Nabi Muhammad dalam Injil ditemui




Gempar! Injil berusia 1500 thn SAHKAN Muhammad Rasulullah !!

ALLAHUAKBAR..

Satu naskhah kitab Injil berbahasa Arami berumur lebih 1500 telah ditemui di Turki...mengandungi pernyataan Nabi Isa a.s bahwa Muhammad adalah sebagai RASUL yg akan datang selepasnya....!!

Kejadian ini benar2 telah menggemparkan pusat kristian dunia di Vatican, Rome.

NASKHAH injil tersebut sebenarnya sudah ditemui sejak 12 tahun lalu...namun atas desakan dan permintaan kuat pihak gereja ia telah dirahsiakan...kerana bimbang ada persamaan terhadap pernyataan al-Quran bahawa Nabi Isa a.s sendiri sudah pun memberitahu tentang kedatangan Ahmad( Muhammad) saw...

sumber di petik dari sini

Sabtu, 25 Februari 2012

Rabiul Awwal Bulan Kelahiran Nabi Muhammad Sudah berlalu

Rabiul Awwal 1433 sudah melabuhkan tirainya, tidak sedar hari ini sudah masuk 2 Rabiul Akhir 1433, bulan mulia kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Ada tak kita rasa sedih, atau biasa jer, atau tak rasa apa-apa macam hari-hari biasa yang lain?

Bagi orang yang menyatakan rasa cinta dan sayang kepada kepada kekasihnya, pasti sentiasa ingat, sebut-sebut dan hafal biodata dan ciri-ciri kekasihnya, begitu jugalah sepatutnya kita sayang dan kasih kepada Rasulullah SAW Nabi akhir zaman yang kelahirannya marahmati sekelian alam...

Ataukah kita pura-pura kata cinta dan kasih pada nabi tetapi dalam masa yang sama menetang ajaran dan sunnah Nabi... Kita sambut Maulid Rasul dengan belanja makan-makan sahaja yang mencecah rubu-ribu ringgit, jemput penceramah popular, pasang kanopi banyak-banyak, adakan pertandingan sepanduk, berarak keliling kampung dan bandar tapi sekadar sambut sahaja tanpa ada rasa sesuatu dalam hati sanubari kita.

Di Johor rata-rata sambutan Maulirurrasul macam dianggap wajib bagi sebahagian masyarakat, macam tak sah kalau tak buat maulud, tak tau dapat fatwa dari mana. Tak salah sambut secara sederhana dan tak membazir...

Kadangkala pelik juga di negeri kelahiran ana ni sebab sambutan maulud diadakan walaupun dah masuk bulan Rabiul Akhir, Jamadil Awal, Jamadi akhir dan Rejab pun ada masjid, surau dan badan tertentu masih buat maulud...rasanya negari dan negara lain tak buat...

Kita tak kira berapa banyak kita berselawat kepada Nabi SAW, pastinya cuma sedikit itupun sebab ikut pak imam baca semasa marhaban sahaja.

Marilah kita menghayati perjuangan Rasulullah dan benyakkan selawat kepadanya semoga akan mendapat syafaat di akhiran kelak.

Yang tersirat disebalik selawat.


Tanpa dijadualkan, Subuh tadi saya dipelawa mendadak oleh Tuan Imam untuk memberi tazkirah seusai solat. Saya terima sebagai satu amanah daripada orang tua yang sangat saya hormati. Cuma lebih kurang 15 ke 20 minit. Dan ahli jemaah pagi itu lebih kurang 2 saf sahaja.

Berbicara secara santai untuk mengingatkan diri sendiri disamping mengingatkan orang lain dalam majlis yang kurang “glamour” begitu terasa lebih tenang dan harmoni. Saya rindukan suasana yang sebegitu sebenarnya. Tidak ada karenah birokrasi, ganjaran serta protokol itu dan ini, aliran kasih sayang dan ukhwah terasa lebih murni dan sejati.

Namun, setelah tamat, saya rasa masih banyak yang ingin saya kongsikan bersama saudara dan sahabat serta kenalan. Lalu di pagi yang penuh barakah – Hari Jumaat, Maulidur Rasul ini saya ingin kongsikan sebuah tulisan, bersamaan kedatangan Maulidur Rasul ini. Terimalah… YANG TERSIRAT DI SEBALIK SELAWAT.

Bila kita kenal sesuatu yang indah, baik dan benar, kita akan jatuh cinta. Bila sudah cinta, kita banyak mengingat apa yang kita cintai itu. Dan bila kita banyak mengingat, pasti banyak pula kita menyebutnya… Kata orang tua dahulu, bila hati teringat, mulut akan menyebut!

Jadi, tanda cinta kita kepada sesuatu, banyaklah kita menyebut-nyebutnya. Dan begitulah kitaran cinta kepada Rasulullah saw. Tanda kenal, cinta. Tanda cinta, ingat. Dan tanda ingat, banyak menyebut… Semakin banyak ingatan, semakin banyka pula sebutan. Dan di situlah signifikannya selawat!

Ya, semoga Allah berikan hati yang sentiasa ingat kepada Rasulullah saw lalu kita mampu berselawat ke atas baginda – sebagai tanda kasih, tanda cinta kepadanya. Tidak cukup jika berselawat pada Hari Keputeraannya atau membacanya hanya ketika dalam tahiyyat awal atau akhir, sebaliknya jadikan ia basahan lidah setiap masa – gembira atau berduka, ketika ramai atau bersendirian, siang mahupun malam.

Sebenarnya, bukan sahaja manusia dituntut berselawat kepada Nabi Muhammad SAW, malah Allah dan para malaikat juga turut berselawat ke atas baginda. Pujian daripada Allah dan para malaikat ini justeru ketinggian akhlak dan keperibadian baginda.
Firman Allah swt:
“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya mengucapkan selawat ke atas Nabi. Wahai orang yang beriman, ucapkanlah selawat ke atasnya (Nabi) dan berikanlah salam dengan sesempurna-sempurna salam.”
(Al-Ahzab 56)

Bayangkan, tanpa Rasululah alam ini tidak akan diberkati. Kedatangannya adalah untuk memberi rahmat untuk alam ini. Alam itu gelap gelita, Rasulullah adalah penerang kepada penghuni-penghuni dunia. Kata bijak pandai, dunia tidak akan aman, selagi manusia yang menghuni di atasnya tidak berakhlak. Dan inilah misi utama kedatangan Rasulullah SAW yakni memberi rahmat kepada alam dengan berusaha memperbaiki akhlak manusia.

Firman Allah:
“Dan tidak diutuskan (nabi Muhammad SAW) melainkan untuk memberi rahmat buat sekelian alam.”

Rahmat kedatangan Rasulullah ini adalah dalam bentuk akhlak yang paling murni untuk dipelajari dan diteladani oleh semua manusia. Ini ditegaskan sendiri oleh sabda baginda:
“Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak manusia.”

Tanpa Rasulullah tidak akan ada kasih-sayang sejati dikalangan manusia. Ibu-bapa tidak akan dihormati, anak-anak tidak akan disayangi, kaum wanita tidak akan dilindungi, yang miskin tidak akan dibela, yang kaya tidak akan pemurah, yang berkuasa tidak akan adil, yang diperintah tidak akan taat. Cara hidup Jahiliyah yang serba kejam, hina dan kucar-kacir akan terus bermaharajalela. Namun kedatangan baginda telah memberhentikan semua itu.

Baginda berjuang bermula dengan seorang diri. Diseru kaum keluarga terdekat dan sahabat terapat. Daripada Siti Khadijah, kemudian Sayidina Ali serta Sayidina Abu Bakar… Sedikit demi sedikit. Dan 23 tahun kemudian, ada lebih 124,000 para sahabatnya yang bertebaran di Makkah, Madinah dan seluruh jaziratul Arab. Baginda rela kehilangan apa sahaja demi menyelamatkan umatnya daripada kejahilan dan kesyirikan. Daripada cacian, dihalau hinggalah ancaman bunuh – semuanya telah baginda lalui demi perjuangan yang suci.

Jika pada hari ini kita memuja pemimpin yang berjasa… maka siapakah pemimpin yang lebih besar jasanya daripada Rasulullah SAW? Bagindalah yang telah membebaskan kita daripada kesempitan hidup dunia untuk menikmati kelapangan hidup di akhirat. Baginda jualah yang membebaskan kita daripada penghambaan sesama manusia untuk menjadi hamba keoada Allah. Baginda yang mengeluarkan kita daripada ksempitan dunia untuk menuju kelapangan akhirat.

Soalnya, bagaimana kita memperingati jasa-jasanya itu?

Ya, kita mesti berselawat ke atas baginda. Kelebihan solawat telah banyak kita dengar. Namun apakah yang Allah swt benar-benar inginkan daripada selawat kita? Allah swt inginkan supaya hubungan kita dengan Rasulullah swt adalah berterusan. Oleh sebab itu kalimah, “Asyhaduallah ila ha illallah.”diikuti kemudiannya dengan kalimah “wa ashaduanna Muhammadar Rasulullah”. Apabila kita menyebut kalimah ini, rasakan diri kita adalah hamba Allah, lalu seterusnya perlu kita tanyakan bagaimanakah caranya hendak menjadi hamba Allah yang sebenar?

Lalu menyusul pengertian kalimah keduanya: “Wa asyhadu anna muhammadar Rasulullah.” Iaitu dengan mencontohi Rasulullah saw. Bagindalah individu yang pada setiap masa merasakan dirinya hamba. Ketika menjadi seorang ayah, seorang jeneral, seorang Nabi, malah sebagai pemimpin, baginda tetap merasakan diri sebagai hamba kepada Tuhannya.

Bagaimana rasa diri hamba? Ya, umpama seorang hamba, tentu dirinya tidak layak melakukan sesuatu sesuka hati. Apa yang dilakukan mesti mengikut arahan majikan atau tuannya. Jadi dengan amalan selawat ini, kita berharap menjadi hamba Allah setiap masa,di setiap tempat dan setiap ketika. Maka dengan itu bererti hubungan kita dengan Rasulullah juga adalah hubungan yang berterusan. Sebab kita hendak jadikan Rasulullah ini sebagai teladan bagaimana menjadi hamba Allah sebenar pada setiap masa dan ketika.

Allah swt bukan sahaja menurunkan Islam dalam bentuk ilmu dan ilmiah. Dia juga turunkan Islam dalam bentuk amaliah atau praktiknya, yakni melalui Rasulullah. Jadi Al-Quran itulah dalam bentuk ilmu, Rasulullah itu pula mempraktikkan isi Al-Quran. Jadi inilah yang Siti Aisyah katakan, jika kamu ingin melihat Al-Quran hidup, maka tengoklah peribadi baginda dalam kehidupan seharian. Dan bagi kita umat Islam akhir zaman ini… tidak ada jalan lain untuk ‘melihat’ keperibadian Rasulullah selain melihat sejarah hidup Rasulullah SAW.

Peri pentingnya sirah Rasulullah, ditegaskan sendiri oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya:
Didiklah anak-anak kamu tiga perkara: Kecintaan kepada nabi kamu, kecintaan kepada keluarga baginda dan membaca Al Quran.”

Justeru, generasi Salafussoleh begitu bersemangat mengajarkan anak-anak mereka tentang sirah Nabi Muhammad SAW sehingga diseiringkan dengan pengajaran Al quran. Sebab sirah merupakan penterjemah makna-makna Al Quran secara praktikal. Imam Zainul Abidin bin Husin bin Ali RA berkata:
“Kami mengetahui soal perang-perang Rasulullah SAW sebagaimana kami mengetahui surah-surah yang ada dalam Al Quran.”

Mudahkan mencintai atau mencontohi Rasulullah?

Kita tidak pernah berjumpa Rasulullah. Kita hanya mendengar kisah kehebatan iman dan akhlak baginda sejak di bangku sekolah. Jadi, bagaimana hendak menyemai cinta kepada Nabi Muhammad SAW?

• Menerima seruan dan dakwah Nabi Muhammad SAW.
Apa yang telah disampaikan oleh rasulullah kita terima dan kita terus laksanakan. Semakin cepat kita menunaikan seruannya maka semakin bertambah kecintaan kita terhadapnya. Sayidina Ali misalnya, telah menerima seruan dakwah Rasulullah tanpa harus berbincang terlebih dahulu dengan sesiapapun, hatta ayah-ibunya sendiri.

Tidak ada gunanya mengaku cinta kalau tidak dibuktikan dengan perbuatan. Kata cinta, tetapi sunnah baginda kita cerca atau pinggirkan. Malangnya, inilah sikap kebanyakan umat Islam kini. Mengaku cinta, tetapi bergaul bebas, mendedahkan aurat, makan riba, minum arak, menipu, rasuah. Baginda sangat bencikan riba, tetapi ada dikalangan umat Islam yang masih mengamalkan riba.

• Mencintai apa yang dicintai Nabi.
Apa sahaja yang dicintai oleh nabi Muhammad SAW dari segi cara hidupnya – cara solat, puasa, mentadbir, menguruskan perniagaan, mengatur rumahtangga, makan, minum, pakaian sehingga cara baginda masuk tandas – akan kita teladani.

• Membenci siapa yang membenci nabi.
Siapa sahaja yang memperleceh-lecehkan kedudukan nabi Muhammad adalah musuh kita. Kita tidak akan berkawan apalagi bersahabat dengan mereka yang terang-terangan menghina nabi Muhammad SAW. Tidak kira mereka itu kaya, berkuasa atau ternama sekalipun. Siapa yang membenci Rasulullah itulah musuh kita.

Sebab itu umat Islam tidak akan berdiam diri sekiranya Nabi Muhammad diperlecehkan melalui lukisan, tulisan atau kata-kata.

Menjaga hadis-hadis Nabi.
Maksud menjaga hadis di sini ialah dengan menghafaz dan mengamalkannya. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Samurah bin Jundub RA bahawa dia berkata:
“Di zaman Nabi, aku adalah seorang anak kecil, namun aku turut pula menghafaz hadis dari baginda, sedangkan orang-orang di sekelilingku semuanya lebih tua dariku.”

Ibarat seorang yang sedang bercinta. Kebiasaannya seseorang itu akan mengikut atau menyebut-nyebut nama orang yang dicintainya. Dia mesti mempunyai rasa suka atau cinta kepada orang itu.Kemudian rasa cinta itu dilahirkan dalam tindakan. Jadi cinta pada Rasulullah itu bukanlah semata-mata dengan kata, tetapi dengan tindakan. Oleh itu, dalam kehidupan ini, setiap tindakan mestilah menunjukkan kecintaan kepada Rasululah. Misalnya, acara mencukur rambut bayi dan kenduri aqiqah.

Majlis Aqiqah dan mencukur rambut diraikan ibu dan ayah sebagai tanda kesyukuran kepada Allah swt. Ia adalah sunnah Rasulullah yang mulia. Ketika anak Rasulullah iaitu Fatimah az-Zahra melahirkan Hassan, Nabi pun berkata:
“Wahai Fatimah, cukurlah rambutnya. Kemudian bersedekahlah dengan mengeluarkan perak seberat timbangan rambutnya.”

Seorang ulama Syeikh Dahlawi Rahimullah mengulas tentang hadis di atas dengan katanya:
“Sesungguhnya anak itu jika telah berpindah dari janin menjadi bayi merupakan sebuah nikmat yang wajib disyukuri, Bentuk kesyukuran yang terbaik adalah dengan menggantikannya. Mengingatkan bahawa rambut bayi merupakan bahagian dari perkembangan janin, dan menghilangkannya merupakan petanda kemerdekaannya menuju perkembangan sebagai anak, maka seharusnya bila rambut itu ditimbang (nilai) dengan perak.”

Setelah ditimbang, berat rambut Hassan adalah sedirham. Sedirham itulah disedekahkan. Kita mungkin antara bayi-bayi kecil satu ketika dulu didendang dengan selawat dan marhaban. Jika anak itu lelaki, diberikan permulaan nama “Muhammad” – Muhammad Rasul, Muhammad Taufik, Muhammad… supaya mendapat keberkatan Allah swt. Lebih-lebih lagi ayah dan ibu mengimpikan anaknya nanti membesar dan mencontohi akhlak Nabi Muhammad saw.

Sabda Rasulullah SAW:
Namakanlah anak-anakmu dengan nama-nama para Nabi. Sedangkan nama yang paling disukai oleh Allah adalah Abdullah dan Abdul Rahman dan nama yang paling benar adalah Harith dan Hamman, sedangkan nama yang paling buruk adalah Harb dan Murrah.”

Apabila anak lelaki sudah membesar, diadakan pula majlis berkhatan yang juga diiringi dengan selawat dan puji-pujian membesarkan Allah. Sesetengah masyarakat setempat mengadakan acara tambahan bagi meraikan atau menyemarakkan semangat kanak-kanak. Antaranya acara mandi beramai-ramai di sungai, berarak sambil didukung atas bahu bapa sendiri dan sebagainya. Semuanya dengan tujuan untuk menggembirakan hati anak-anak yang akan berkhatan.

Berkhitan sebenarnya satu perintah. Nabi saw pernah bersabda:
“Termasuk fitrah (kesucian) adalah berkumur, menghirup air ke dalam hidung (ketika berwuduk), mencukur misai, bersiwak, memotong kuku, mencabut bulu ketiak, mencukur rambut kemaluan dan berkhitan.”

Apabila usia meningkat remaja, teringin pula berumahtangga. Majlis pernikahan diatur. Termeterailah ikatan janji untuk berkasih dan bercinta selama-lamanya dengan iringan syahadah dan selawat. Ketika itu, kedua-dua pengantin berharap dapat hidup sebagai suami isteri yang bahagia dan harmoni. Rasulullah SAW bersabda:
“Yang lebih utama lagi ialah lidah yang berzikir, hati yang bersyukur dan isteri yang solehah yang akan membantu seorang mukmin untuk memelihara keimanannya.”

Jika rumahtangga mencontohi rumahtangga Rasulullah, kehidupan akan dipenuhi kebahagiaan dan keberkatan. Sabda Rasulullah SAW:
“Mahukah aku beritahukan sesuatu yang dapat dijadikan sebagai harta simpanan seseorang? Iaitu isteri yang solehah. Jika seorang suami memandangnya, dia membuatnya gembira jika ia memerintahkannya, dia mematuhi, dan jika dia pergi, maka dia akan selalu menjaganya.”
Sebaliknya jika kehidupan rumahtangga tidak dipandu iman, kehidupan bagaikan neraka dunia sebelum ke neraka sebenarnya.

Sehinggalah apabila kita mati, kita diajar bagaimana bertalkin di dalam bersolawat untuk Rasulullah. Terbuktilah setiap kehidupan kita dari sejak lahir sehingga kini mesti berhubung dengan Rasulullah saw. Oleh kerana itu jadikanlah berselawat itu teman dalam kehidupan kita.

Kelebihan bersolawat

Pengalaman kita, doa akan cepat dimakbulkan apabila kita memulai dengan berselawat. Kita akan dapat ketenangan hati. Menyebut nama orang soleh (dalam konteks ini Rasulullah SAW) akan mendatangkan rahmat. Dan yang paling penting ialah dengan bersolawat kita dapat keberkatan dan syafaat. Berselawat adalah sumber kepada syafaat. Syafaat Nabi di akhirat nanti terdapat 5 jenis:

• syafaat untuk membebaskan umat manusia daripada dahsyatnya suasana di Padang Mahsyar
• syafaat untuk memasukkan suatu kaum ke dalam syurga tanpa sebarang hisab atau perhitungan
• syafaat kepada kaum setelah dihisab dan diputuskan untuk menerima hukuman setimpal, supaya hukuman itu kemudian ditarikbalik.
• Syafaat mengeluarkan mereka yang berdosa dari azab neraka
• Syafaat untuk menaiki ke tingkat yang lebih tinggi di syurga.

Selawat juga mengundang keberkatan hidup di dunia. Apabila kita menyebut nama orang-orang soleh, ia mendatangkan rahmat. Rahmat itulahkeberkatan… Bila ada keberkatan, insya-Allah akan ada kelebihan yang berterusan dan berkekalan.

Keberkatan yang sangat diharapkan ialah keberkatan dari segi rezeki. Kedua, dari segi umur kita, ketiga daripada usaha kita dan keempat, dari segi ilmu. Ini bermakna walaupun ada masanya kita hanya mendapat ‘sedikit’ tetapi dengan keberkatan, insya-Allah, yang sedikit itu adan mencukupi. Misalnya, umur walaupun pendek tapi banyak bakti dan jasanya. Inilah yang terjadi kepada Imam Nawawi, Imam Syafie dan Umar Ibn Aziz.

Jumlah kitab karangan Imam Nawawi misalnya, tidak sepadan dengan umurnya. Usianya hanya sekadar 40 an tetapi beliau sangat produktif. Begitu juga Umar Ibn Aziz, yang hanya sempat menjadi khalifah selama 2 tahun tetapi tempoh pendek itu dipenuhi dengan kecemerlangan yang tidak dapat ditandingi oleh khalifah-khalifah Bani Umayyah yang lain. Inilah pentingnya mendapat ‘umur’ yang berkat.

Manakala ilmu yang berkat pula ialah ilmu yang mampu menyuluh kelemahan diri, menyuluh kebesaran Allah dan menambah amalan soleh kita. Rezki yang berkat pula akan menjadi sumber kekuatan untuk melaksanakan ketaatan, baik ketaatan kepada Allah mahupun khidmat sesama manusia.

Inilah peri pentingnya kita berselawat sebelum berdoa.Tanpa berselawat sekaligus putus hubungan dengan Allah. Bila hubungan kita putus dengan Allah, berbagai-bagai kesusahan akan berlaku. Yang paling kita takuti, hilang keberkatan dalam hidup. Ini akan menyebabkan rezeki kita walaupun banyak tetapi masih tidak cukup-cukup malah melalaikan kita pula.

Umur kita mungkin panjang tapi sayangnya sarat pula dengan dosa. Usaha kita mungkin banyak, tapi tidak dapat meraih kejayaan. Ilmu pun mungkin banyak, tapi menyebabkan kita lalai dan derhaka kepadaNya. Makin tinggi ilmu, semakin ego. Jadi, marilah kita banyak berselawat, justeru ia adalah sumber keberkatan dalam kehidupan!

Keajaiban Selawat

Assalammualaikum & hye readers !
Aku just copy jer bnda kat bwah ni . Sebagai peringatan untuk diri sendiri dan korang-korang yang baca entry ni . Sama-sama la kita renungkan keajaiban selawat ni dan selamat beramal :)
Apakah pentingnya selawat ? Kenapa semua orang berselawat ? Besar sangatkah selawat itu ? Mari kita sama-sama selidik kebesaran selawat ini . Tak seronoklah berselawat bila kita tak tahu kelebihan-kelebihan selawat .


Oleh itu , antara kelebihan selawat ialah ;

1. Sabda Rasullah SAW: Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda – (Hadis Riwayat Muslim.)
2. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.
3. Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insyaAllah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.
4. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
5. Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
6. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
7. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.
8. Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.
9. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki dan sebagainya dalam dirinya.
10. Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, insya-Allah akan beroleh kebahagiaan sama ada di dunia mahu pun di akhirat.
11. Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.
12. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
13. Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaan-Nya.
14. Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.
15. Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.
16. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.
17. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.
18. Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.
19. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.
20. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.
21. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.
22. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, insya-Allah akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.
23. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.
24. Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmat-Nya.
25. Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya-Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.
26. Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.
27. Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.
28. Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.
29. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – Hadis Riwayat Abu Naim.
30. Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat – Hadis Riwayat Thabrani
Demikianlah betapa banyaknya ganjaran bagi orang-orang yang berselawat. Oleh itu, marilah kita perbanyakkan selawat dan salam ke atas baginda Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w. Mudah-mudahan kita tergolong dalam orang-orang yang beruntung di dunia dan di akhirat, insya-Allah.
Wallahu a’lam

Jom Berzikir Dengan 99 Nama Allah


Quantcast

Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi s.a.w bersabda:”Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu. Siapa yang menghafalnya akan masuk syurga.” dari Sahih Bukhari.


Berikut ini adalah 99 nama Allah SWT beserta artinya :

1. Ar-Rahman (Ar Rahman) Artinya Yang Maha Pemurah
2. Ar-Rahim (Ar Rahim) Artinya Yang Maha Mengasihi
3. Al-Malik (Al Malik) Artinya Yang Maha Menguasai / Maharaja Teragung
4. Al-Quddus (Al Quddus) Artinya Yang Maha Suci
5. Al-Salam (Al Salam) Artinya Yang Maha Selamat Sejahtera

6. Al-Mu'min (Al Mukmin) Artinya Yang Maha Melimpahkan Keamanan
7. Al-Muhaimin (Al Muhaimin) Artinya Yang Maha Pengawal serta Pengawas
8. Al-Aziz (Al Aziz) Artinya Yang Maha Berkuasa
9. Al-Jabbar (Al Jabbar) Artinya Yang Maha Kuat Yang Menundukkan Segalanya
10. Al-Mutakabbir (Al Mutakabbir) Artinya Yang Melengkapi Segala kebesaranNya
11. Al-Khaliq (Al Khaliq) Artinya Yang Maha Pencipta
12. Al-Bari (Al Bari) Artinya Yang Maha Menjadikan
13. Al-Musawwir (Al Musawwir) Artinya Yang Maha Pembentuk
14. Al-Ghaffar (Al Ghaffar) Artinya Yang Maha Pengampun
15. Al-Qahhar (Al Qahhar) Artinya Yang Maha Perkasa
16. Al-Wahhab (Al Wahhab) Artinya Yang Maha Penganugerah
17. Al-Razzaq (Al Razzaq) Artinya Yang Maha Pemberi Rezeki
18. Al-Fattah (Al Fattah) Artinya Yang Maha Pembuka
19. Al-'Alim (Al Alim) Artinya Yang Maha Mengetahui
20. Al-Qabidh (Al Qabidh) Artinya Yang Maha Pengekang
21. Al-Basit (Al Basit) Artinya Yang Maha Melimpah Nikmat
22. Al-Khafidh (Al Khafidh) Artinya Yang Maha Perendah / Pengurang
23. Ar-Rafi' (Ar Rafik) Artinya Yang Maha Peninggi
24. Al-Mu'izz (Al Mu'izz) Artinya Yang Maha Menghormati / Memuliakan
25. Al-Muzill (Al Muzill) Artinya Yang Maha Menghina
26. As-Sami' (As Sami) Artinya Yang Maha Mendengar
27. Al-Basir (Al Basir) Artinya Yang Maha Melihat
28. Al-Hakam (Al Hakam) Artinya Yang Maha Mengadili
29. Al-'Adl (Al Adil) Artinya Yang Maha Adil
30. Al-Latif (Al Latif) Artinya Yang Maha Lembut serta Halus
31. Al-Khabir (Al Khabir) Artinya Yang Maha Mengetahui
32. Al-Halim (Al Halim) Artinya Yang Maha Penyabar
33. Al-'Azim (Al Azim) Artinya Yang Maha Agung
34. Al-Ghafur (Al Ghafur) Artinya Yang Maha Pengampun
35. Asy-Syakur (Asy Syakur) Artinya Yang Maha Bersyukur
36. Al-'Aliy (Al Ali) Artinya Yang Maha Tinggi serta Mulia
37. Al-Kabir (Al Kabir) Artinya Yang Maha Besar
38. Al-Hafiz (Al Hafiz) Artinya Yang Maha Memelihara
39. Al-Muqit (Al Muqit) Artinya Yang Maha Menjaga
40. Al-Hasib (Al Hasib) Artinya Yang Maha Penghitung
41. Al-Jalil (Al Jalil) Artinya Yang Maha Besar serta Mulia
42. Al-Karim (Al Karim) Artinya Yang Maha Pemurah
43. Ar-Raqib (Ar Raqib) Artinya Yang Maha Waspada
44. Al-Mujib (Al Mujib) Artinya Yang Maha Pengkabul
45. Al-Wasi' (Al Wasik) Artinya Yang Maha Luas
46. Al-Hakim (Al Hakim) Artinya Yang Maha Bijaksana
47. Al-Wadud (Al Wadud) Artinya Yang Maha Penyayang
48. Al-Majid (Al Majid) Artinya Yang Maha Mulia
49. Al-Ba'ith (Al Baith) Artinya Yang Maha Membangkitkan Semula
50. Asy-Syahid (Asy Syahid) Artinya Yang Maha Menyaksikan
51. Al-Haqq (Al Haqq) Artinya Yang Maha Benar
52. Al-Wakil (Al Wakil) Artinya Yang Maha Pentadbir
53. Al-Qawiy (Al Qawiy) Artinya Yang Maha Kuat
54. Al-Matin (Al Matin) Artinya Yang Maha Teguh
55. Al-Waliy (Al Waliy) Artinya Yang Maha Melindungi
56. Al-Hamid (Al Hamid) Artinya Yang Maha Terpuji
57. Al-Muhsi (Al Muhsi) Artinya Yang Maha Penghitung
58. Al-Mubdi (Al Mubdi) Artinya Yang Maha Pencipta dari Asal
59. Al-Mu'id (Al Muid) Artinya Yang Maha Mengembali dan Memulihkan
60. Al-Muhyi (Al Muhyi) Artinya Yang Maha Menghidupkan
61. Al-Mumit (Al Mumit) Artinya Yang Mematikan
62. Al-Hayy (Al Hayy) Artinya Yang Senantiasa Hidup
63. Al-Qayyum (Al Qayyum) Artinya Yang Hidup serta Berdiri Sendiri
64. Al-Wajid (Al Wajid) Artinya Yang Maha Penemu
65. Al-Majid (Al Majid) Artinya Yang Maha Mulia
66. Al-Wahid (Al Wahid) Artinya Yang Maha Esa
67. Al-Ahad (Al Ahad) Artinya Yang Tunggal
68. As-Samad (As Samad) Artinya Yang Menjadi Tumpuan
69. Al-Qadir (Al Qadir) Artinya Yang Maha Berupaya
70. Al-Muqtadir (Al Muqtadir) Artinya Yang Maha Berkuasa
71. Al-Muqaddim (Al Muqaddim) Artinya Yang Maha Menyegera
72. Al-Mu'akhkhir (Al Muakhir) Artinya Yang Maha Penangguh
73. Al-Awwal (Al Awwal) Artinya Yang Pertama
74. Al-Akhir (Al Akhir) Artinya Yang Akhir
75. Az-Zahir (Az Zahir) Artinya Yang Zahir
76. Al-Batin (Al Batin) Artinya Yang Batin
77. Al-Wali (Al Wali) Artinya Yang Wali / Yang Memerintah
78. Al-Muta'ali (Al Muta Ali) Artinya Yang Maha Tinggi serta Mulia
79. Al-Barr (Al Barr) Artinya Yang banyak membuat kebajikan
80. At-Tawwab (At Tawwab) Artinya Yang Menerima Taubat
81. Al-Muntaqim (Al Muntaqim) Artinya Yang Menghukum Yang Bersalah
82. Al-'Afuw (Al Afuw) Artinya Yang Maha Pengampun
83. Ar-Ra'uf (Ar Rauf) Artinya Yang Maha Pengasih serta Penyayang
84. Malik-ul-Mulk (Malikul Mulk) Artinya Pemilik Kedaulatan Yang Kekal
85. Dzul-Jalal-Wal-Ikram (Dzul Jalal Wal Ikram) Artinya Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan
86. Al-Muqsit (Al Muqsit) Artinya Yang Maha Saksama
87. Al-Jami' (Al Jami) Artinya Yang Maha Pengumpul
88. Al-Ghaniy (Al Ghaniy) Artinya Yang Maha Kaya Dan Lengkap
89. Al-Mughni (Al Mughni) Artinya Yang Maha Mengkayakan dan Memakmurkan
90. Al-Mani' (Al Mani) Artinya Yang Maha Pencegah
91. Al-Darr (Al Darr) Artinya Yang Mendatangkan Mudharat
92. Al-Nafi' (Al Nafi) Artinya Yang Memberi Manfaat
93. Al-Nur (Al Nur) Artinya Cahaya
94. Al-Hadi (Al Hadi) Artinya Yang Memimpin dan Memberi Pertunjuk
95. Al-Badi' (Al Badi) Artinya Yang Maha Pencipta Yang Tiada BandinganNya
96. Al-Baqi (Al Baqi) Artinya Yang Maha Kekal
97. Al-Warith (Al Warith) Artinya Yang Maha Mewarisi
98. Ar-Rasyid (Ar Rasyid) Artinya Yang Memimpin Kepada Kebenaran
99. As-Sabur (As Sabur) Artinya Yang Maha Penyabar / Sabar

Fadhilat Asmaul Husna

1. “Ya Allah!” apabila dizikirkan 500 x setiap malam, lebih-lebih lagi selepas solat tahajjud atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencapai segala yang dihajati.

2. “Ya Rahman!” apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x, maka hati kita akan menjadi terang, tenang & sifat-sifat pelupa & gugup akan hilang dengan izin Allah.

3. “Ya Rahim!” apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap hari, InsyaAllah kita akan mempunyai daya penarik yang besar sekali hingga manusia merasa cinta & kasih serta sayang terhadap kita.

4. “Ya Malik!” apabila dizikirkan sebanyak 121 x setiap pagi atau setelah tergelincirnya matahari, segala perkerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat & kekayaan yang diredhai Allah.

5. “Ya Quddus!” apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap pagi setelah tergelincir matahari, maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit hati seperti sombong, iri hari, dengki dll.

6. “Ya Salam!” apabila dizikirkan sebanyak 136 x, InsyaAllah jasmani & rohani kita akan terhindar dari segala penyakit sehingga badan menjadi segar sihat & sejahtera.

7. “Ya Mukmin!” apabila dizikirkan sebanyak 236 x, InsyaAllah diri kita, keluarga & segala kekayaan yang dimiliki akan terpelihara & aman dari segala macam gangguan yang merosakkan.

8. “Ya Muhaimin!” apabila dizikirkan sebanyak 145 x sesudah solat fardhu Isyak, Insyaallah fikiran & hati kita akan menjadi terang & bersih.

9. “Ya ‘Aziz!” apabila dizikirkan sebanyak 40 x sesudah solat subuh, InsyaAllah, kita akan menjadi orang yang mulia, disegani orang kerana penuh kewibawaan.

10.”Ya Jabbar!” apabila dizikirkan sebanyak 226 x pagi & petang, semua musuh akan menjadi tunduk & patuh dengan izin Allah.

11. “Ya Mutakabbir!” apabila dizikirkan sebanyak 662 x, maka dengan kebijaksanaan bertindak, kita akan dapat menundukkan semua musuh, bahkan mereka akan menjadi pembantu yg setia.

12.”Ya Khaliq!” dibaca mengikut kemampuan atau sebanyak 731x, InsyaAllah yang ingin otak cerdas, cepat menerima sesuatu pelajaran , amalan ini akan memberikan otak kita cerdas dan cepat tangkap (faham).

13.”Ya Baarii’!” sekiranya kita berada didalam kesukaran atau sedang sakit, dibaca sebanyak 100 x selama 7 hari berturut-turut, InsyaAllah kita akan terlepas dari kesukaran & sembuh dari penyakit tersebut.

14.”Ya Musawwir!” sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak, maka cubalah ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu. Di waktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air & dibacakan “Ya Musawwir” sebanyak 21 x, kemudian diminum air tersebut untuk berbuka puasa. Bagi sang suami, hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi hanya dengan berpuasa selama 3 hari. Kemudian pada waktu hendak berjimak, bacalah zikir ini sebanyak 10 x, InsyaAllah akan dikurniakan anak yang soleh.

15.”Ya Ghaffaar!” sambil beri’tikaf (diam dalam masjid dalam keadaan suci) bacalah zikir ini sebanyak 100 x sambil menunggu masuknya waktu solat Jumaat, InsyaAllah akan diampunkan dosa-dosa kita.

16.”Ya Qahhaar!” dizikir menurut kemampuan atau sebanyak 306 x, maka hati kita akan dijaga dari ketamakkan & kemewahan dunia & InsyaAllah orang-orang yang selalu memusuhi kita akan sedar & tunduk akhirnya.

17. “Ya Wahhaab!” dizikir sebanyak 100 x sesudah solat fardhu, barang siapa yang selalu didalam kesempitan, Insya Allah segala kesulitan atau kesempitan dalam soal apa pun akan hilang.

18. “Ya Razzaq!” dizikir mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya solat subuh, Insya Allah akan dipermudahkan rezeki yang halal & membawa berkat. Rezeki akan datang tanpa diduga!! tetapi perlulah dilakukan dengan ikhtiar yang zahir.

19. “Ya Fattah!” dizikir sebanyak 71 x sesudah selesai solat subuh, InsyAllah hati kita akan dibuka oleh Allah, sehingga mudah menerima nasihat agama.

20. “Ya ‘Aalim!” dizikir sebanyak 100 x setiap kali selesai solat Maktubah, Insya Allah akan mendapat kemakrifatan yang sempurna.

21. “Ya Qaabidhu!” dizikirkan 100 x setiap hari, maka dirinya akan semakin dekat dengan Allah & terlepas dari segala bentuk ancaman.

22. “Ya Baasithu!” Bagi mereka yg berniaga atau mempunyai usaha2 lain, kuatkanlah usaha & berniaga itu dengan memperbanyakkan membaca zikir ini setiap hari, InsyaAllah rezeki akan menjadi murah.

23. “Ya Khaa’fidh!” dizikirkan sebanyak 500 x setiap hari, dalam keadaan suci, khusyuk & tawaduk, InsyaAllah segala maksud akan ditunaikan Allah. Juga apabila mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya.

24. “Ya Raafi!” dizikirkan setiap hari, baik siang atau malam sebanyak 70 x, InsyaAllah keselamatan harta benda di rumah, di kedai atau di tempat-tempat lain akan selamat & terhindar dari kecurian.

25. “Ya Mu’izz!” dizikirkan sebanyak 140 x setiap hari, Insya Allah akan memperolehi kewibawaan yang besar terutama ketua-ketua jabatan atau perniagaan.

26. “Ya Muzill!” Perbanyakkanlah zikir ini setiap hari, sekiranya ada orang berhutang kepada kita & sukar untuk memintanya, InsyaAllah si penghutang akan sedar & membayar hutangnya kembali.

27. “Ya Samii’!” Sekiranya inginkan doa kita makbul & pendengaran telinga kita tajam, biasakanlah zikir ini setiap hari menurut kemampuan, lebih-lebih lagi sesudah solah Dhuha, InsyaAllah doa akan mustajab.

28. “Ya Bashiir!” Dizikirkan sebanyak 100 x sebelum solat Jumaat, InsyaAllah akan menjadikan kita terang hati, cerdas otak & selalu diberikan taufik & hidayah dari Allah.

29. “Ya Hakam!” dizikirkan sebanyak 68 x pada tengah malam dalam keadaan suci, InsyaAllah dapat membuka hati seseorang itu mudah menerima ilmu-ilmu agama & membantu kecepatan mempelajari ilmu-ilmu agama.

30. “Ya Adllu!” dizikirkan sebanyak 104 x setiap hari sesudah selesai solat 5 waktu, InsyaAllah diri kita selalu dapat berlaku adil.

31. “Ya Lathiif!” Dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah bagi para peniaga, ikhtiar ini akan menjadikan barangan jualannya menjadi laris & maju.

32. “Ya Khabiir!” Dengan memperbanyakkan zikir ini setiap hari, terkandung faedah yang teramat banyak sekali sesuai dengan maksud zikir ini antara lain faedahnya ialah dapat bertemu dengan teman atau anak yang telah terpisah sekian lama.

33. “Ya Haliim!” Dizikirkan sebanyak 88 x selepas solat lima waktu, bagi mereka yang mempunyai kedudukan di dalam pemerintahan, syarikat atau apa saja, InsyaAllah dipastikan kedudukannya tidak akan dicabar atau diungkit-ungkit atau tergugat.

34. “Ya ‘Aziim!” dizikirkan sebanyak 12 x setiap hari untuk orang yang sekian lama menderitai sakit, InsyaAllah akan sembuh. Juga apabila dibaca 12 x kemudian ditiupkan pada tangan lalu diusap-usap pada seluruh badan, maka dengan izin Allah akan terhindar dari gangguan jin, jin syaitan & sebagainya.

35. “Ya Ghafuur!” bagi orang yang bertaubat, hendaklah memperbanyakkan zikir ini dengan mengakui dosa-dosa & beriktikad untuk tidak mengulanginya, InsyaAllah akan diterima taubatnya oleh Allah.

36. “Ya Syakuur!” dizikirkan sebanyak 40 x sehabis solat hajat, sebagai pengucapan terima kasih kepada Allah, InsyaAllah semua hajat kita akan dimakbulkan Allah. Lakukanlah setiap kali kita mempunyai hajat yang penting & terdesak.

37. “Ya ‘Aliy!” Untuk mencerdaskan otak anak kita yang bebal, tulislah zikir ini sebanyak 110 x (** di dalam bahasa Arab bukan Bahasa Malaysia!!) lalu direndam pada air yang dingin & diberikan si anak meminumnya, InsyaAllah lama kelamaan otak si anak itu akan berubah cemerlang & tidak dungu lagi. InsyaAllah mujarab.

38. “Ya Kabiir!” Bagi seseorang yang kedudukannya telah dirampas atau dilucut gara-gara sesuatu fitnah, maka bacalah zikir ini sebanyak 1,000 x selama 7 hari berturut-turut dalam keadaan suci sebagai pengaduan kepada Allah. Lakukanlah sesudah solat malam (tahajud atau hajat).

39. “Ya Hafiiz!” dizikir sebanyak 99 x, InsyaAllah diri kita akan terlindung dari gangguan binatang buas terutamanya apabila kita berada di dalam hutan.

40. “Ya Muqiit!” Sekiranya kita berada di dalam kelaparan seperti ketika sesat di dalam hutan atau di mana sahaja sehingga sukar untuk mendapatkan bekalan makanan, maka perbanyakkan zikir ini. InsyaAllah badan kita akan menjadi kuat & segar kerana rasa lapar akan hilang.

41. “Ya Hasiib!” Untuk memperteguhkan kedudukan yang telah kita jawat, amalkan zikir ini sebanyak 777 x sebelum matahari terbit & selepas solat Maghrib, InsyaAllah akan meneguhkan kedudukan kita tanpa sebarang gangguan.

42. “Ya Jaliil!” Barangsiapa mengamalkan zikir ini pada sepertiga malam yang terakhir, InsyaAllah kita akan mendapati perubahaan yang mengkagumkan – perniagaan akan bertambah maju. Andai seorang pegawai, maka tanpa disedari kedudukan kita akan lebih tinggi dan terhormat & begitulah seterusnya dengan izin Allah.

43. “Ya Kariim!” Untuk mencapai darjat yang tinggi & mulia di dunia mahupun di akhirat kelak, maka amalkan zikir ini sebanyak 280 x ketika hendak masuk tidur. Nescaya Allah akan mengangkat darjat mereka yang mengamalkan zikir ini.

44. “Ya Raqiib!” Bagi meminta pertolongan kepada Allah terhadap penjagaan barang yang dikhuatirkan, maka zikirkan sebanyak 50 x setiap hari dengan niat agar barang-barang yang dikhuatirkan yang berada di tempat yang jauh & sukar dijaga terhindar dari sebarang kecurian mahupun gangguan lainnya. Bertawakkal & yakinlah kepada Allah. InsyaAllah….

45. “Ya Mujiib!” Sesungguhnya Allah adalah Zat yang menerima doa hambaNya & agar doa kita mustajab & selalu diterima Allah, hendaklah mengamalkan zikir ini sebanyak 55 x sesudah solat subuh. Insyaallah Tuhan akan mengabulkan doa kita.

46. “Ya Waasi!” Apabila di dalam kesulitan maka amalkan zikir ini sebanyak 128 x setiap pagi & petang, InsyaAllah segala kesulitan akan hilang berkat pertolongan Allah. Andai zikir ini sentiasa diamalkan, InsyaAllah Tuhan akan menjaga kita dari hasad dengki sesama makhluk.

47. “Ya Hakiim!” Bagi pelajar atau sesiapa sahaja yang memperbanyakkan zikir ini setiap hari, InsyaAllah akalnya akan menjadi cerdas & lancar didalam menghafal & mengikuti pelajaran. Amalkanlah sekurang-kurangnya 300x setiap hari.

48. “Ya Waduud!” Amalkan zikir ini sebanyak 11,000 x pada setiap malam. InsyaAllah kita akan menjadi insan yang sentiasa bernasib baik, disayangi & rumahtangga kita akan sentiasa berada didalam keadaan harmoni.

49. “Ya Majiid!” Untuk ketenteraman keluarga di mana setiap anggota keluarga sentiasa menyayangi & menghormati & khasnya kita sebagai ketua keluarga, maka amalkan zikir ini sebanyak 99 x, sesudah itu hembuskan kedua belah tapak tangan & usap ke seluruh muka. InsyaAllah semua anggota keluarga kita akan menyayangi & menghormati kita sebagai ketua keluarga.

50. “Ya Baa’its!” Zikirkan sebanyak 100 x dengan meletakkan kedua tangan ke dada, InsyaAllah akan memberi kelapangan dada dengan ilmu & hikmah.

51. “Ya Syahiid!” Apabila ada di kalangan anggota keluarga kita yang suka membangkang dan sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319 x secara berterusan setiap malam sehingga si pembangkang akan sedar & berubah perangainya.

52. “Ya Haq”! Perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah ianya sangat berfaedah sekali untuk menebalkan iman & taat di dalam menjalankan perintah Allah.

53. “Ya Wakiil” Sekiranya terjadi hujan yang disertai ribut yang kuat, atau terjadi gempa, maka ketika itu perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah bencana tersebut akan menjadi reda & kembali seperti sediakala.

54. “Ya Qawiy!” Amalkan zikir ini sebanyak mungkin agar kita tidak gentar apabila berdepan dengan sebarang keadaan mahupun berdepan dengan si zalim.

55. “Ya Matiin!” Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin kerana ianya mempunyai fadhilat yang besar sekali, antaranya untuk mengembalikan kekuatan sehingga musuh merasa gentar untuk mengganggu.

56. “Ya Waliy!” Barangsiapa yang menjawat sebarang jawatan atau kedudukan, maka amatlah elok sekali mengamalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana dengan izinNya,kedudukan kita akan kukuh & terhindar dari sebarang gangguan oleh orang-orang yang bersifat dengki.

57. “Ya Hamiid!” Perbanyakkan zikir ini sebagai pengakuan bahawa hanya Allah sahaja yang paling berhak menerima segala pujian.

58. “Ya Muhshiy!” Sekiranya kita inginkan diri kita digolongkan didalam pertolongan yang selalu dekat dengan Allah (muraqabah), maka amalkan zikir ini sebanyak mungkin sesudah solat 5 waktu.

59. “Ya Mubdiu!” Agar segala apa yang kita rancangkan akan berhasil, maka zikirkan sebanyak 470 x setiap hari. InsyaAllah….

60. “Ya Mu’id!” Andai ada anggota keluarga yang menghilangkan diri dan sebagainya, amalkan zikir ini sebanyak 124 x setiap hari sesudah solat. InsyaAllah dipertunjukkan akan hasilnya.

61. “Ya Muhyiy!” amalkan zikir ini sebanyak 58 x setiap hari, InsyaAllah kita akan diberikan kemuliaan darjat dunia & akhirat kelak.

62. “Ya Mumiit!” Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah akan dipermudahkan didalam perniagaan, berpolitik dan sebagainya.

63. “Ya Hayyu!” Untuk mencapai kekuatan mental/batiniah didalam menjalani kehidupan, perbanyakkanlah zikir ini.

64. “Ya Qayyuum!” Telah berkata Imam Ghazali bahawa barangsiapa yang ingin memperolehi harta yang banyak lagi berkat, ingin dikasihi oleh setiap manusia, ingin berwibawa, ditakuti musuh & ingin menjadi insan yang terhormat, maka berzikirlah dgn “Ya Hayyu Ya Qayyuum…” sebanyak 1,000 x setiap malam atau siang hari. Hendaklah melakukannya secara berterusan, Insya Allah akan tercapai segala hajat.

65. “Ya Waajid!” Andai berkeinginan keperibadian yang kukuh, tidak mudah terpengaruh & teguh pendirian, maka perbanyakkan zikir ini.

66. “Ya Maajid!” Demi kecerdasan otak dan agar dipermudahkan hati untuk menerima pelajaran, maka hendaklah pelajar tersebut memperbanyakkan zikir ini setiap hari.

67. “Ya Waahid!” Bagi pasangan yang belum mempunyai cahayamata & tersangat ingin untuk menimangnya, amalkanlah zikir ini sebanyak 190 x setiap kali selesai menunaikan solat 5 waktu selama satu bulan & selama itu juga hendaklah berpuasa sunat Isnin & Khamis, Insya Allah…

68. “Ya Somad! Ketika dalam kelaparan akibat sesat atau kesempitan hidup, maka pohonlah kepada Allah dengan zikir ini sebanyak mungkin. InsyaAllah, diri akan berasa segar & sentiasa.

69. “Ya Qaadir!” Apabila kita berhajatkan sesuatu namun ianya selalu gagal, maka amalkan zikir ini sebanyak 305 x setiap hari, Insya Allah segala hajat akan berhasil.

70. “Ya Muqtadir!” Agar tercapai tujuan yang dikehendaki, selain dari berikhtiar secara lahariah, maka berzikirlah dengan zikir ini seberapa mampu sehingga ikhtiar kita itu berhasil kerana zikir ini akan mempercepatkan keberhasilan hajat kita.

71. “Ya Muqaddim!” Menurut Imam Ahmad bin Ali Al-Buuniy, beliau berkata “Barangsiapa yang berzikir dengan zikir ini sebanyak 184 x setiap hari, InsyaAllah, nescaya segala usahanya akan berhasil”.

72. “Ya Muahkhir”! Bagi meninggikan lagi ketaatan kita kepada Allah, perbanyakkanlah zikir ini.

73. “Ya Awwal!!” Barangsiapa yang mengamalkan zikir ini sebanyak 37 x setiap hari, InsyaAllah segala apa yang dihajati akan diperkenankan Allah.

74. “Ya Aakhir!” Amalkan berzikir sebanyak 200 x sesudah solat 5 waktu selama satu bulan, InsyaAllah Tuhan akan membuka pintu rezeki yang halal.

75. “Ya Dhaahir!” Amalkanlah zikir ini sebanyak 1,106 x selesai solat waktu di tempat yang sunyi (khalwat), nescaya Allah akan membuka hijab padanya dari segala rahsia yang pelik & sukar serta diberi kefahaman ilmu.

76. “Ya Baathinu!” Seperti no. 75 jugak, tetapi amalkan sebanyak 30 x sesudah solat fardhu.

77. “Ya Waaliy!” Memperbanyakkan zikir ini setiap pagi & petang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi orang yang ma’rifat, iaitu hatinya dibuka oleh Allah. Difahamkan para wali Allah selalu memperbanyakkan zikir ini

78. “Ya Muta’aAliy!” Sekiranya kita akan berjumpa dengan mereka yang berkedudukan tinggi atau mereka yang sukar untuk ditemui, maka bacalah zikir ini sebanyak mungkin sewaktu mengadap. InsyaAllah dengan mudah kita akan berjumpa dengannya & segala hajat yang penting-penting akan berhasil.

79. “Ya Bar!” Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin setiap hari, InsyaAllah segala apa yang kita hajati akan terlaksana dengan mudah.

80. “Ya Tawwaab!” Bagi orang yang selalu membuat dosa & ingin bertaubat maka hendaklah memperbanyakkan zikir ini supaya dengan mudah diberikan petunjuk kembali ke jalan yang lurus.

81. “Ya Muntaqim!” Jika kita berhadapan dengan orang yang zalim, supaya dia tidak melakukan kezalimannya terhadap kita, maka hendaklah kita memperbanyakkan zikir ini setiap kali sesudah solat fardhu. Insyaallah, kita akan mendapat pertolongan Allah.

82. “Ya ‘Afuww!” Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, nescaya dia akan diampuni segala dosanya oleh Allah.

83. “Ya Rauuf!” Bagi sesiapa yang inginkan dirinya disenangi oleh teman atau sesiapa sahaja yang memandangnya, amalkan zikir ini seberapa mampu samada pada waktu siang mahupun malam.

84. “Ya Maalikul Mulki!” Seseorang pengarah atau ketua yang ingin kedudukan yang kekal & tetap tanpa diganggu gugat, hendaklah selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 212 x sesudah solat fardhu & 212 pada setiap malam selama sebulan. InsyaAllah akan mendapat pertolongan Allah.

85. “Ya Zul Jalaali wal Ikraam!” Amalkanlah zikir ini sebanyak 65 x setiap hari selama sebulan, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai dengan pertolongan Allah.

86. “Ya Muqsith!” Berzikirlah dengan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah Tuhan akan menganugerahkan sifat adil kepada mereka yang mengamalkannya.

87. “Ya Jaami’!” Sekiranya ada dikalangan keluarga kita atau isteri kita yang lari dari rumah, maka amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin pada setiap hari dengan niat semoga Allah menyedarkan orang tersebut. Dengan izin Allah orang yang lari itu akan pulang dalam jangka waktu yang singkat.

88. “Ya Ghaniy!” Amalkanlah zikir ini pada setiap hari sebanyak mungkin, InsyaAllah apa yang kita usahakan akan cepat berhasil & kekayaan yang kita perolehi itu akan mendapat berkat.

89. “Ya Mughniy!” Mintalah kekayaan yang bermanfaat untuk kehidupan dunia & akhirat kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai.

90. “Ya Maani’!” Andai kita selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 161 x pada waktu menjelang solat subuh setiap hari, InsyaAllah kita akan terhindar dari orang-orang yang zalim & suka membuat angkara.

91. “Ya Dhaarr!” Asma ini sangat berguna didalam ikhtiar kita untuk menyembuhkan sesuatu penyakit yang mana sudah lama dihidapi & telah puas dihidapi & telah puas diubati. Amalkanlah zikir ini sebanyak 1001 x pada setiap hari, InsyaAllah dengan ikhtiar ini penyakit itu akan cepat sembuh.

92. “Ya Naafi’ “! Menurut Imam Ahmad Al-Buuniy, barangsiapa mengamalkan zikir ini setiap hari, maka bagi orang yang sakit, sakitnya akan sembuh, & bagi orang yang susah akan dihilangkan kesusahannya dengan izin Allah.

93. “Ya Nuur!” Menurut Sheikh Ahmad bin Muhammad As Shawi, barangsiapa yang menghendaki kemuliaan yang agung & memperolehi apa yang dimaksudkan baik kebaikan dunia mahupun kebaikan di akhirat kelak, maka hendaklah selalu berzikir dengan zikir ini setiap pagi & petang.

94. “Ya Haadiy!” Bagi sesiapa yang dalam perjalanan ke suatu tempat tertentu, kemudian ia tersesat, hendaklah ia memohon petunjuk Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, Insya Allah akan diberikan pertolongan Allah akan cepat lepas dari kesesatan tersebut.

95. “Ya Baadii!” Andai kita mempunyai rancangan yang sangat penting & bagi memastikan rancangan kita itu berjaya & berjalan lancar, maka berzikirlah dengan zikir ini sebanyak 500 x selepas solat fardhu. InsyaAllah Tuhan akan memberikan pertolongan hingga rancangan kita berjaya & berjalan lancar.

96. “Ya Baaqy!” Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin tanpa mengira batas waktu, InsyaAllah dengan ikhtiar ini semua perkerjaan yang telah menjadi punca rezeki tidak akan mudah terlepas, perniagaan tidak akan rugi atau bankrap dengan berkat zikir ini.

97. “Ya Waarits!” Sekiranya kita berzikir sebanyak 500 x selepas solat fardhu atau sebagainya, supaya segala urusan kita itu berjalan lancar, maka hendaklah pada setiap malam berzikir dengan zikir ini sebanyak 707 x. InsyaAllah berkat zikir ini Allah akan memberi petunjuk sehingga usaha kita akan berhasil dengan baik & memberangsangkan.

98. “Ya Rasyiid!” Walaupun kita tergolong didalam golongan yang cerdas otak, namun biasakanlah zikir ini sebanyak mungkin, nescaya otak kita akan menjadi bertambah cerdas.

99. “Ya Shabuur!” Agar kita diberi kesabaran oleh Allah dalam segala hal, maka perbanyakkanlah zikir ini menurut kemampuan. Dengan sifat sabar & penuh pengharapan kepada Allah, maka segala usaha & upaya akan mencapai kejayaan.

Moga mendapat manfaat…

(Petikan dari tajuk buku Khasiat Asmaul-Husna & Himpunan Ayat-Ayat Al-Quran, susunan : Abu Nur Husnina, keluaran Pustaka Ilmi).

Wallahu A’lam..