Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Sabtu, 7 April 2012

Blackout : Paksa Mahasiswa Pergi Ceramah

Blackout
Studio album by Scorpions
Released March 29, 1982
UTHM siasat insiden tutup lampu kolej kediaman
Pentadbiran Univerisiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) akan menyiasat kejadian bekalan elektrik di dua kolej kediaman telah diputuskan pada malam berlangsungnya ceramah anjuran universiti itu pada 18 Mac lalu sempena Hari Belia Antarabangsa Unesco.

"Kita akan menyiasat siapa yang menutupnya," kata Penolong Naib Canselor UTHM Prof Amir Hashim Mohd Kassim ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Beliau berkata, pihaknya akan menyiasat pihak yang bertanggungjawab "menutup lampu" di Kolej Kediaman Tun Fatimah dan Tun Dr Ismail.

Semalam, jurucakap pro-Mahasiswa (Pro-M) mendakwa bekalan elektrik sengaja diputuskan untuk memaksa penghuni kedua-dua kolej kediaman itu menghadiri ceramah tersebut.

Mengulas lanjut, Prof Amir Hashim berkata: "Dalam perkara ini, saya tidak menafikan malam itu lampu ditutup. Saya tidak tahu yang tutup. Adakah pegawai saya atau pelajar (yang berbuat demikian). Kita akan siasat siapa yang menutupnya," katanya.

Mengenai tindakan universiti merujuk tiga mahasiswanya kepada jawatankuasa tatatertib universiti hari ini kerana membantah ceramah politik yang disampaikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan di majlis yang sama, Prof Amir Hashim berkata prosiding telah ditangguh ke tarikh baru.

Ketiga-tiga mahasiswa itu ialah Muhammad Saiful Farhan Mohamad Razi, Mohd Hidayatullah Masjud dan Ahmad Adam Samsudin.
Muhammad Saiful Farhan dan Mohd Hidayatullah adalah pelajar fakulti kejuruteraan mekanikal dan pembuatan. Manakala Ahmad Adam pula pelajar fakulti pengurusan teknologi, perniagaan dan keusahawanan.
Mereka didakwa membuat rakaman representasi video membantah ceramah tersebut, tanpa mendapat kebenaran daripada Naib Canselor Prof Datuk Dr Noh Dalimin. Video itu turut dimuat-naik dalam Youtube.

Prof Amir Hashim yang juga pengerusi jawatankuasa tatatertib itu berkata prosiding hari ini ditangguhkan kerana salah seorang anggota panel tidak dapat hadir.
"(Prosiding hari ini) kita tunda sebab korum tak cukup. Tarikh kita akan bincangkan semula. Salah seorang panel tak dapat hadir," katanya.

Katanya, panel tersebut dianggotai dua wakil fakulti mekanikal dan pembuatan serta seorang dari fakulti pengurusan teknologi, perniagaan dan keusahawanan.

Mengulas mengenai kehadiran timbalan menteri itu menyampaikan ceramah yang didakwa berbaur politik di program itu, Amir Hashim mengesahkan pihak universiti ada menjemput ketua penerangan Umno itu.

Bagaimanapun, tegas Prof Amir Hashim kandungan ucapan Ahmad yang didakwa berbaur politik itu adalah "luar kawalan" pihak universiti memandangkan beliau (Ahmad) merupakan ahli politik.

Prof Amir Hashim menjelaskan, pihaknya telahpun memaklumkan kepada Ahmad dan pegawainya supaya bercakap mengenai "kecemerlangan akademik" supaya pelajar mahu maju ke hadapan.

"Kita tidak tahu... (Bila) ahli politik bercakap kita tak boleh kawal. Jadi pada pandangan pelajar, ia (sudah) menimbulkan persepsi lain," katanya sambil menambah pihaknya tidak ada niat untuk memaksa pelajar datang ke program berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan