
Menteri kewangan itu berkata, pembida antarabangsa yang mengambil
bahagian dalam tender tersebut akur dengan keputusan kerajaan yang
"membuat penilaian menyeluruh dari aspek teknikal dan komersil".
"Sehingga kini, tiada pembida yang membangkitkan rasa tidak puas hati
mereka terhadap pihak kementerian mengenai penganugerahan tender
tersebut," katanya yang berpendapat bahawa proses berkenaan dilakukan
secara telus dan terbuka.
Dalam jawapan bertulisnya kepada MP Petaling Jaya Utara Tony Pua
bertarikh 25 September di Dewan Rakyat itu, Najib mempertahankan bahawa
GKLP JV merupakan gabungan syarikat tempatan yang berkeupayaan dari segi
kewangan untuk menjalankan projek tersebut.
Najib dalam jawapannya bagaimanapun berkata, firma berkenaan lulus
penilaian teknikal dan menawarkan harga kedua terendah berbanding lapan
pembida lain.
Jawapannya itu dipercayai merujuk kepada kenyataan dari PKR sebelum ini
yang mendakwa firma pembinaan George Kent berkenaan "gagal dalam
penilaian, sama ada teknikal atau kewangan".
Pengarah strategi parti PKR Rafizi Ramli pada bulan lalu mengemukakan
satu surat daripada
pengarah urusan Kumpulan Prasarana Datuk Shahril Mokhtar yang didakwa
menyatakan demikian.
DOKUMEN ADA PADA RAFIZI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan