@Dr Zakir pendakwah hebat yang telah mengislamkan beribu-ribu orang
@Bukan setakat hafaz Al Quran juga Kitab Taurat, Injil, Hindu dan Buddha.
@Ustaz Effendi juga salah seorang pertugas untuk Dr Zakir Naik Malaysia Tour 2012
Dapat juga whatsapp daripada Hj Zainal
@Dr Zakir ini pernah tengok CD dia
@Setiap kali forum ramai yang masuk Islam
Pasti ramai yang penasaran kehebatan Pendakwah hebat Dr Zakir. Ini masa untuk kita mengisi jiwa kosong kita dengan ilmu akhirat lupakan sebentar dunia … lupakan sebentar politik dunia yang merosakan ukhwah umat Islam.
Apa lagi …. sempat lagi kita uruskan masa untuk hadir di lokasi terdekat untuk merasai aura kehebatan kurniaan Allah kepada Dr Zakir semuga Allah SWT bagi hidayah kepada jiwa kita yang banyak ruang kosong.
Semuga Allah SWT pilih kita untuk hadir di Majlis Ilmu Dr Zakir.
Nabi s.a.w. bersabda, “Ilmu itu merupakan khazanah ( perbendaharaan ) . Anak kuncinya ialah bertanya . Kerana itu bertanyalah kamu , kerana dengan bertanya itu akan diberikan ganjaran empat golongan . ( Iaitu ) orang yang bertanya , orang yang mengajar , orang yang mendengar dan orang yang mencintainya.” ( Riwayat Abu Na’im daripada Sayidina Ali ).
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.”
Nota : Harap semua dapat ReTweet, Share dan buat entri kat blog sebanyak yg boleh… manalah tahu asbab dari perkongsian kita tu akan ada yg hadir majlis ilmu ini dan ada yg dapat hidayah … maka berpanjanganlah ganjaran yg kita dapat …insyaAllah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan