Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Jumaat, 27 April 2012

Maulid Rasul PAS Cawangan Felda Ulu Dengar Berjaya



Pada hari Selasa 24 April 2012 yang lalu telah berlangsung Majlis Sambutan Maulid Rasul SAW di Cawangan Ulu Dengar (Dekat Air Terjun Gunung Berlumut).

Ceramah diadakan di rumah Wak Amat selepas Isyak. Menampilkan Ustaz Md Shah bin Lamat yang juga Bendahari Dewan Ulama PAS Johor merangkap bekas pensyarah UTM Skudai.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan daripada pengerusi majlis yang juga penyelia Pusat Aduan Rakyat Zon Kahang,  Ucapan ketua PAS Cawangan yang juga tuan rumah, bacaan selawat dan marhaban, dan ceramah sirah perjuangan Nabi Muhammad SAW oleh penceramah.

Isu felda memang memeningkan kepala peneroka jadi ustaz balun isu pentingnya bersama menyokong PAS atas dasar aqidah dan tolak UmnoBn yang tak suka Islam ditegakkan dan kaki rasuah.

Islam untuk semua jadi apa pasal Umno marah bila kaum cina minat nak baca Alquran. Kita nak berdakwah kepada non muslim bukan bermusuh macam umno.

Jamuan nasi ambeng yang sedap Wak Tahir memang menyelerakan, kali ini abang polis pun dapat tapau sorang satu. Kerjasama pihak keselamatan kira baik.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan