Jumaat, 27 April 2012
Ustaz Abdullah Husin Berceramah Maulid Rasul di Felda Ulu Belitong
Malam ini 26 April 2012 Khamis diadakan sambutan Maulid Rasul Peringkat Cawangan Felda Ulu Belitong bermula 9.00 malam di rumah saudara Ridzuan.
Walaupun halaman rumah beliau penuh dengan anak pokok semaian sawit yang akan ditanam di kebunnya, ianya tidak menghalang beliau berani mengadakan sambutan ini di rumah beliau. Kebenaran polis pun dah ada apa nak takut. Tahniah kepada beliau seisi keluarga.
Ustaz penceramah berpidato selama 1 jam menerangkan keistimewaan Rasulullah SAW dan mengapa Rasulullah tidak berjuang atas dasar bangsa arab dan dikaitkan dengan Umno yang berjuang atas dasar perkauman assabiyah yang sempit. Itulah beza besar PAS dengan Umno.
Nak ulas isu felda yang rencam yang sememagnya peneroka tanah rancangan ini sebenarnya dah masak, baik isu akidah dan perjuangan didedahkan agar walau apapun isu isu yang melanda, bila kefahaman jelas mengenai agama maka isu lain dah tak laku.
Kita tahu undi felda tegar kearah mereka dan amat sukar untuk ditembusi tetapi kita masih ada harapan dengan pertolongan Allah, usaha dan doa tak mustahil PAS boleh kalau tak menang peti undi di felda pun tak apa asalkan dapat mengurangkan majoriti peti undi di felda pun dah kira lumayan.
Insyallah 4000 pengundi cina di Dun Kahang boleh menampung undi di felda. Sempat Ustaz mendendangkan 2 buah nasyid. boleh tahan suara ustaz.
Jamuan nasi lemak ayam goreng sungguh menyelerakan, ada juga pisang goreng dan ubi rebus cicah sambal tumis...ngences.
Maulid Rasul PAS Cawangan Felda Ulu Dengar Berjaya
Pada hari Selasa 24 April 2012 yang lalu telah berlangsung Majlis Sambutan Maulid Rasul SAW di Cawangan Ulu Dengar (Dekat Air Terjun Gunung Berlumut).
Ceramah diadakan di rumah Wak Amat selepas Isyak. Menampilkan Ustaz Md Shah bin Lamat yang juga Bendahari Dewan Ulama PAS Johor merangkap bekas pensyarah UTM Skudai.
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan daripada pengerusi majlis yang juga penyelia Pusat Aduan Rakyat Zon Kahang, Ucapan ketua PAS Cawangan yang juga tuan rumah, bacaan selawat dan marhaban, dan ceramah sirah perjuangan Nabi Muhammad SAW oleh penceramah.
Isu felda memang memeningkan kepala peneroka jadi ustaz balun isu pentingnya bersama menyokong PAS atas dasar aqidah dan tolak UmnoBn yang tak suka Islam ditegakkan dan kaki rasuah.
Islam untuk semua jadi apa pasal Umno marah bila kaum cina minat nak baca Alquran. Kita nak berdakwah kepada non muslim bukan bermusuh macam umno.
Jamuan nasi ambeng yang sedap Wak Tahir memang menyelerakan, kali ini abang polis pun dapat tapau sorang satu. Kerjasama pihak keselamatan kira baik.
Panduan Ringkas ke BERSIH 3.0
PANDUAN UNTUK PESERTA BERSIH
Maklumat yang diberikan ini hanya sekadar panduan kepada para peserta. Ia hanya mempunyai maklumat umum, dan tidak sepatutnya menafikan pandangan pakar perubatan yang merawat anda, atau pakar perubatan yang lain.
Segala risiko kesihatan yang mungkin berlaku semasa perhimpunan adalah atas tanggungjawab anda sendiri.
APA YANG PERLU DIPAKAI
Pakaian yang selesa untuk bergerak, termasuk alas kaki / kasut yang sesuai
Pakaian bersih (fresh clothes) di dalam beg – untuk ditukar sekiranya terkena bahan kimia
Baju hujan boleh juga dibawa dan digunakan untuk melindungi diri dari cecair kimia (sekiranya ada), termasuk pelindung kepala dan cermin mata keselamatan (shatter resistant eye protection)
APA YANG PERLU DIBAWA
Sila bawa air mineral / minuman secukupnya untuk diminum. Kami mencadangkan 2-3 botol air mineral / minuman 500 cc.
Sapu tangan bersaiz besar atau tuala kecil. Basahkan dan tutup mulut/ hidung dengannya sekiranya gas dilepaskan.
Makanan seperti bar coklat, energy snacks
Sekiranya anda mempunyai masalah kesihatan yang serius seperti masalah jantung dan paru-paru, kami menasihatkan anda untuk mengelakkan diri dari menghadiri perhimpunan ini.
Bagaimanapun, sekiranya anda mempunyai masalah kesihatan yang terkawal, dan tetap ingin menyertai perhimpunan ini, sila pastikan anda bawa ubat-ubatan preskripsi anda untuk bekalan sekurang-kurangnya 1 hari, termasuk alat inhaler untuk pesakit asma.
Topeng muka (surgical mask) boleh dibawa
Bawalah wang saku yang mencukupi untuk makanan, pengangkutan, telefon dan sebagainya sekadar perlu.
PERKARA YANG PERLU / DILARANG UNTUK DILAKUKAN
Rehat, makan dan minum secukupnya sebelum protes. Walaupun kita berniat untuk berhimpun secara aman, kita tidak dapat mengagak tindakbalas dari mereka yang cuba menghalang perhimpunan.
Sertailah perhimpunan secara berkumpulan dengan rakan / keluarga yang mengenali anda, dan mengetahui masalah kesihatan anda sekiranya ada. Jangan bergerak bersendirian.
Jangan pakai pelembap kulit berasaskan minyak kerana ia boleh mengakibatkan bahan kimia terperangkap lama.
Jangan pakai kanta pelekap (contact lenses) yang juga boleh memerangkap bahan kimia di mata.
PERLINDUNGAN DARIPADA GAS PEMEDIH MATA / BAHAN KIMIA
Tanda-tanda terkena bahan kimia :
- Pedih di mata, hidung, mulut dan kulit
- Pandangan kabur, dan air mata keluar berlebihan
- Cecair hidung keluar secara berlebihan
- Batuk dan sesak nafas
- Pening
Ketidakselesaan pada mata akibat gas pemedih mata akan hilang selepas 5-30 minit, manakala kesan ‘pepper spray’ memerlukan 20 minit – 2 jam
Bagaimana menghadapinya:
BERTENANG. Jangan panik. Ingat, ia hanya kesan sementara.
Hembus hidung, kumur mulut & elakkan daripada menelan.
“DO NOT RUB IT IN”
Sekiranya gas pemedih mata dilepaskan, cuba elak daripada mengikut arah angin.
Sila dapatkan bantuan sukarelawan ‘MEDICAL TEAM’ yang berada di sekitar kawasan perhimpunan dengan segera sekiranya anda memerlukan bantuan perubatan.
Sekiranya anda seorang pengamal perubatan, bantuan anda kepada yang memerlukan amat dihargai.
Peta Ke BERSIH 3.0
Meeting points:
- Central Market : start: 13:30
- Masjid Negara : start: 13:30
- Jalan Sultan : start: 13:30
- Masjid India : start: 13:30
- Brickfields, start: 12:30
- KLCC - Himpunan Hijau, start: 12:00
- NGO-leaders will lead the groups from the meeting points to Dataran.
4000 Tentera Merah ditugaskan jaga BERSIH 3.0
Bersih 3.0: Unit Amal kerah 4,000 petugas
Hazayani Zakaria, | 26 Apr 2012 |
Menurut Ketua Pengarahnya, Johari Osman, Unit Amal dari Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu akan mula memasuki ibu kota seawal petang ini manakala dari negeri-negeri lain akan mula berkampung esok pagi.
"Keseluruhan Unit Amal yang akan diturunkan iaitu yang lengkap beruniform tidak kurang daripada 4,000 orang dan semuanya sudah melaporkan diri," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.
Beliau berkata, Unit Amal dari Sabah dan Sarawak tidak digerakkan ke Dataran Merdeka sebaliknya mereka akan bertugas di himpunan Bersih 3.0 yang turut diadakan serentak di sana.
"4,000 itu dari semenanjung sahaja kerana anggota kita di Sabah dan Sarawak akan menjaga perhimpunan di sana pada masa yang sama," katanya.
Johari juga berkata, Unit Amal atau sinonim dengan gelaran "Tentera Merah" akan turut bekerjasama dengan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Angkatan Muda Malaysia (AMK) dan beberapa pergerakan lain bagi melancarkan perjalanan Duduk Bantah.
"Unit Amal telah mengadakan mesyuarat dengan pergerakan-pergerakan lain bagi menyelaraskan pergerakan. Tapi tugas tetap Unit Amal adalah menjaga pimpinan utama Pakatan Rakyat selain menjaga pergerakan peserta himpunan," katanya lagi.
Sementara itu, Ketua Setiausaha Jabatan Amal Malaysia, Azuan Ismail menyeru masyarakat yang prihatin agar menghulurkan sumbangan ke Tabung Amal yang diwujudkan bertujuan menampung perbelanjaan anggotanya.
"Saya menyeru semua para dermawan agar sama-sama dapat menyumbang ke Tabung Amal untuk membantu petugas-petugas Jabatan Amal yang akan terlibat.
"Ada di antaranya yang bekerja kampung seperti menoreh getah, berkebun, tukang kayu dan sebagainya," katanya dalam satu kenyataan.
Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian ke akaun Bank Islam Jabatan Amal Malaysia 140140-101-33669.
Rabu, 25 April 2012
Garis Panduan Bersih 3.0 – 28 April 2012
Sumber Bersih.org
PENTING!
*Panduan bagi peserta Perhimpunan Bersih 3.0 *
TOLONG SEBARKAN dan BUAT PERSEDIAAN PERLU dgn KAWAN-KAWAN.
Perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April 2012, 2 petang di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
BERSIH 3.0 DUDUK BANTAH
Tuntutan Bersih 2.0 :
1. BERSIH kan Senarai Undi (Daftar Pemilih)
2. Reformasikan Undi Pos
3. Gunakan Dakwat Kekal
4. Akses Media Yang Bebas & Adil
5. Tempoh Berkempen Minima 21 Hari
6. Kukuhkan Institusi Awam
7. Hentikan Rasuah
8. Hentikan Politik Kotor
Jawatankuasa Pemandu Bersih 3.0 :
Dipengerusikan Oleh Dato Ambiga Sreenavasaan (Mantan Presiden Majlis Peguam Malaysia). Anggotanya Adalah Daripada Kalangan Pimpinan Dan Aktivis NGO’s.
Kami menjangkakan pelbagai kaum akan muncul, pelbagai ideologi dan kepercayaan akan berhimpun untuk menyatakan pandangan mereka khususnya dalam mendesak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia untuk mereformasikan pilihanraya.
Oleh itu bagi melancarkan perhimpunan ini, pihak kami mengeluarkan satu garis panduan yang diharapkan dapat membantu anda dan kami diperingkat penganjur dalam memastikan perhimpunan ini dapat berjalan dengan lancar dan aman.
CONTACT
Setiausaha Bersih 3.0 H/P: 016 9670921; Email: media@bersih.org
*Perkara yang perlu anda bawa/sediakan *
1. Kad pengenalan, lesen memandu, satu kad ATM sahaja.
2. Duit-maksimum RM100 sahaja.
3. Memakai pakaian yang sopan-T-shirt /baju berwarna Kuning. Sebaiknya ada logo Bersih 3.0
4. Setiap peserta diwajibkan memakai kasut.
5. Aksesori kempen-Button, kopiah, arm band, bendera kecil, banner dan placard yang ada Logo atau Slogan Bersih 3.0 / Bersihkan Pilihanraya/Tunaikan 8 Tuntutan SAHAJA boleh digunakan.
6. Bendera Malaysia atau negeri masing-masing.
7. Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula.
8. Sedikit garam-ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata.
9. Kain tuala kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata.
10. Digalakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis *N100 Respirator, N95 Respirator *dan* Surgical facemask* untuk mengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau.
11. Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri.
12. Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata.
13. Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis atau perkara-perkara yang mencurigakan.
14. Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha Bersih 3.0.
*Perkara yang tidak dibenarkan*
1. Jangan bawa kad matrik pelajar bagi student atau pass kakitangan bagi pekerja Kerajaan dan Swasta.
2. Jangan bawa terlalu banyak wang atau kad kredit untuk elakkan penyeluk saku, tercicir atau hilang semasa perhimpunan atau ditahan.
3. Jangan memakai selipar, kasut tumit tinggi atau sandal yang menghalang pergerakkan.
4. Jangan memakai kain atau skirt, digalakkan memakai seluar.
5. Jangan memakai barang kemas atau aksesori yang tiada kaitan dengan tuntutan Bersih 3.0 / Bersihkan Pilihanraya.
6. Jangan bawa sebarang banner, placard, bendera yang melambangkan logo parti dan organisasi.
7. Sebarang slogan yang tiada kaitan dengan tuntutan Bersih 3.0 tidak dibenarkan.
8. Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen.
9. Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti, mancis, molotov *****tail dan mercun.
10. Tidak dibenarkan merokok semasa perhimpunan kerana akan menganggu orang lain.
11. Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi, pistol dan yang merbahaya.
12. Bagi yang membawa anak-anak, anda tidak dibenarkan membawa permainan yang berupa seperti senjata seperti pistol, senapang atau pisau mainan.
13. Jangan bawa anak-anak yang berumur 10 tahun ke bawah bagi mengelakkan sebarang masalah.
*Perkara yang perlu anda lakukan sebelum perhimpunan*
1. Servis kenderaan dan periksa peralatan yang perlu dibawa.
2. Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum perhimpunan.
3. Pastikan anda telah menunaikan ‘hajat’ sebelum memasuki perhimpunan.
4. Bagi yang Islam, Lakukanlah solat taubat dan hajat, semoga Allah berkati perhimpunan ini dan yang bukan Islam boleh berdoa mengikut ritual masing-masing.
5. Pastikan anda telah mengunci rumah atau meninggalkan pesanan-pesanan penting kepada keluarga atau jiran anda yang tidak pergi perhimpunan.
6. Maklumkan mereka tujuan anda keluar.
7. Maklumkan mereka nombor telefon sahabat lain yang bersama anda jika handphone anda tidak dapat dihubungi nanti.
8. Jangan lupa *charge*bateri handphone dan kamera.
9. Pastikan anda tahu arah tuju anda iaitu tempat berkumpul yang ditetapkan – Dataran Merdeka.
10. Pastikan anda datang awal untuk elakkan kesesakan jalan raya atau terpaksa berbaris panjang untuk beli tiket tren LRT atau Komuter.
11. Datang secara berkumpulan, jangan bersendirian.
12. Sekiranya perjalanan anda dihalang dari memasuki pusat bandar anda boleh meletakkan kenderaan dan berjalan kaki ke Dataran Merdeka (Jangan terus ke Istana Negara bersendirian).
13. Jangan memakai baju Bersih 3.0 sebelum perhimpunan bermula.
*Semasa perhimpunan dan perarakan*
1. Berkumpul di tempat pertemuan yang ditetapkan di Dataran Merdeka dan tunggu arahan dari *Field Commander* yang dilantik
2. Ikutilah arahan dari Unit Amal atau *Field Commander* sepanjang program. Jangan pedulikan arahan lain tanpa merujuk kepada *Field Commander*
3. Jangan berganjak dari tempat perhimpunan melainkan dengan arahan *Field Commander*.
4. Laporkan pada Unit Amal bertugas jika terlihat sesuatu yang mencurigakan.
5. Jangan tolak menolak sepanjang perhimpunan dan perarakan.
6. Elakkan mencerca, memaki hamun atau menunjukkan isyarat lucah semasa perhimpunan berlaku.
7. Raikan perhimpunan ini dengan aman dan harmoni.
8. Pastikan anda memberikan keutamaan laluan kepada kenderaan yang lalu lalang dan tidak melintas sesuka hati dijalanraya.
9. Pastikan anda memberikan keutamaan, membantu dan melindungi warga emas, orang kurang upaya atau kanak-kanak yang hadir bersama.
10. Maklumkan sahabat anda jika anda ingin keluar dari perhimpunan disebabkan hal kecemasan atau kerana ingin ke tandas bagi mengelakan masalah lain.
11. Pastikan anda tidak bersembang semasa pimpinan berucap kerana kemungkinan bunyi *sound system* akan tenggelam dengan suara ratusan ribu peserta.
12. Ikutilah laungan pimpinan jika perlu.
13. Pegang bendera Malaysia atau negeri anda sepanjang perarakan.
14. Jangan buang sampah merata-rata sepanjang perhimpunan. Masukan dalam beg plastik yang anda bawa.
15. Rakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email / talipon: Setiausaha Bersih 3.0.
16. Kalau boleh rakamkan sekali wajah-wajah polis yang bertugas atau tragedi-tragedi penting seperti keganasan atau provokasi Polis jika ada.
*Selepas perhimpunan*
1. Pastikan anda bersurai secara perlahan-lahan dan dengan aman selepas diberikan arahan bersurai.
2. Pastikan sahabat atau saudara dan anak-anak anda ada bersama selepas perhimpunan. Jika tiada, sila laporkan kepada Setiausaha Bersih 3.0.
3. Jika ada sahabat atau saudara anda ditahan, jangan terus balik.
Dapatkan maklumat dari Setiausaha Bersih 3.0.
4. Jangan tinggalkan apa-apa sampah ditempat perhimpunan. Pastikan semuanya dibuang ke tong sampah atau dibawa balik dan dibuang dirumah.
5. Berikan ucapan terima kasih kepada pasukan Keselamatan bertugas jika perhimpunan berjalan lancar.
6. Jangan lupa sebarkan gambar dan berita perhimpunan kepada semua sahabat-sahabat terutamanya yang tidak hadir. Segala info dan maklumat bolehlah diemailkan kepada kami di email Setiausaha Bersih 3.0.
*Apa anda perlu buat jika kumpulan Anti-tuntutan Bersih 3.0 buat Provokasi*
1. Jangan pedulikan mereka, diam dan teruskan mengikut arahan *Field Commander* Unit Amal.
2. Jangan menyahut provokasi mereka, jangan baling apa-apa, jangan tunjukkan isyarat apa-apa pada mereka. Anggap mereka tidak wujud pada hari berkenaan.
3. Jangan hampiri mereka.
4. Jika mereka bertindak agreasif secara tiba-tiba, tahan, jangan pukul tetapi serahkan mereka pada pihak Polis.
5. Jangan lupa buat laporan Polis terhadap mereka jika anda dicederakan atau diganggu.
6. Buat rakaman wajah-wajah mereka jika perlu.
*Apa anda perlu buat jika polis buat provokasi dan serbuan*
1. Jangan lari atau keluar dari perhimpunan melainkan dengan arahan pimpinan, anda akan mudah ditangkap jika keluar dahulu.
2. Jangan bersendirian, pastikan anda bergandingan tangan dan berdiri rapat-rapat bila polis acah nak buat serbuan atau tembakan water canon.
3. Duduk jika pimpinan arahkan.
4. Basahkan tuala anda dengan sedikit air, dan tekup dimuka bila gas pemedih mata dilepaskan. Basuh muka anda dengan air dan makan sedikit garam jika terkena air *water canon* berwarna kuning.
5. Jangan melawan atau cuba bertikam lidah dengan polis bila mereka provoke…hanya diamkan diri.
6. Ambil gambar mereka jika sempat.
7. Buat laporan Polis jika anda dikasari.
*Apa yang anda perlu buat jika ditahan*
APABILA DISOAL OLEH POLIS
1. PengenaIan Anda
2. Anda cuma perlu berikan nama, kad pengenalan dan alamat sahaja.
3. Seandainya ditanya soalan-soaian lain: Anda boleh bertanya, “Adakah saya ditahan? ”
BILAKAH ANDA DITAHAN
4. Anda ditahan apabila anggota polis itu
• menjawab “ya” pada soalan di atas
• beliau tidak membenarkan anda meninggalkan tempat tersebut atau ingin membawa anda ke balai polis apabila anda digari
5. Jika anda tidak ditahan anda boleh berlepas dari tempat tersebut atau enggan mematuhi arahan beliau untuk ke balai polis atau tempat lain jika diarahkan.
BILAKAH ANDA TIDAK BOLEH DITAHAN
6. Polis tidak boleh menahan anda semata-mata kerana anda berkemungkinan menjadi seorang saksi dan polis ingin mengambil kenyataan saksi daripada anda (Kenyataan saksi/112).
*Apa yang anda buat selepas dibebaskan*
1. Pastikan semua barang-barang anda dikembalikan oleh Polis.
2. Buat pemeriksaan kesihatan jika ada kecederaan.
3. Buat laporan Polis jika anda dikasari semasa perhimpunan atau semasa ditahan.
4. Ceritakan dan rakamkan pada peguam dan media jika anda dianiaya polis.
5. Jangan lupa catatkan semua yang anda ingat bila balik ke rumah untuk memudahkan anda mengingatinya bila dibawa ke Mahkamah kelak.
6. Pastikan anda ingat dan ambil nombor perhubungan orang yang jamin anda dan juga peguam yang terlibat.
7. Serahkan pada peguam segala maklumat dan gambar yang anda ada tentang himpunan bagi memudahkan pembelaan.
8. Jangan lupa solat sunnat syukur selepas dibebaskan dan kembalilah bertemu dengan sahabat-sahabat seperjuangan.
9. Jangan menyepi dari perjuangan selepas melalui pengalaman ditangkap kerana itu secara semulajadi akan menyebabkan motivasi anda akan menjadi lemah dan anda akan rasa keseorangan.
10. Teruskan perjuangan bersama sahabat-sahabat lain.
11. Sesungguhnya anda akan rasa lebih hebat dan berani lagi selepas ditangkap kerana tidak semua orang berpeluang merasai apa yang anda lalui ketika ditahan.
*Perhatian!*
1. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesalahan atau pelanggaran undang-undang yang tidak ada kena mengena dengan perhimpunan ini.
2. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang provokasi atau tindakan ganas yang dilakukan oleh mana-mana pihak secara berkumpulan atau individu.
3. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan yang disebabkan oleh kecuaian atau tindakan diluarkan arahan penganjur.
4. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang penangkapan yang dibuat kerana pergaduhan atau aktiviti agreasif yang tiada kaitan dengan arahan himpunan ini
Secara keseluruhannya, kita berharap Perhimpunan ini dapat berjalan lancar tanpa adanya sebarang masalah atau tangkapan.
Kita berharap agar dengan sedikit usaha dan kehadiran kita ini akan dapat memberikan kesedaran kepada pihak SPR dan kerajaan persekutuan mempergunakan kuasa yang ada untuk memperbaiki kelemahan sistem perundangan dan proces implementasi negara kita.
Ingat, Perhimpunan Bersih berjaya pada 10 November 2007 dan 9 Julai 2011 kerana kesungguhan rakyat. Maka, kini adalah masa untuk kita berjuang bersama untuk mereformasikan pilihanraya, mengkukuhkan berbadanan institusi dan hentikan korupsi.
Ingatlah, peristiwa ini adalah peluang untuk anda sekali seumur hidup dan ianya akan kekal menjadi sejarah yang akan menjadi sebutan kepada anak cucu kita. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian dari sejarah ini.
Sumber: http://bm.bersih.org/?p=2723
Selasa, 24 April 2012
Kempen Dana PRU13 Dun Kahang
Pada 22 April 2012 berlangsung program taklimat dan motivasi mengumpul tabung dana pilihanaraya ke 13 di rumah Sdr Kornain, Bandar T6.
Ustaz Mohd Nizam Al-Hafidz dari Simpang Renggam telah sudi meluangkan masa (walaupun sedang bercuti kerana isteri melahirkan anak perempuan) untuk memberi penerangan betapa pentingnya kita suburkan sedekah lebih-lebih lagi bagi membiayai perjuangan memenangkan Islam.
Mahu Islam menang dan memerintah tetapi pengorbanan kita terlalu sedikit dan bertaraf ciput, langsung tak setara dengan matlamat yang tinggi itu.
Alhamdulillah yang kita sasarkan RM8 ribu pada hari tersebut sahaja, hadirin telah berjaya mengumpul RM3100, Insyaallah akan bertambah sumbangan ini dengan keikhlasan semoga para penderma yang membantu ini mendapat pahala ganjaran seperti menyumbang kepada perjuangan jihad fi sabilillah.
Ziarah Medic Di Felda Kahang Barat
Pada 22 April 2012 Program Ziarah Medic anjuran Pusat Aduan Rakyat Zon Kahang telah dilaksanakan bagi memberi khidmat pemeriksaan kesihatan percuma kepada peneroka felda yang sakit kuat.
Kami datangkan doktor muslimat dibantu oleh suami beliau melawat terus ke rumah pesakit yang telah dipandu arah oleh Sdr Mail yang merupakan anak peneroka tempatan.
Senarai pesakit yang menuggu agak ramai untuk dilawati dan tidak sempat untuk kami melawat semua pesakit yang sebahagiannya menderita penyakit seperti lumpuh, mata kabur, kanser payudara, buah pinggang, parkinson dan lumpuh anggota akibat kemalangan.
Akibat dari penyakit yang menimpa maka tidaklah dapat mereka keluar bekerja mencari rezeki dan terpaksa terperap di rumah sahaja. Tahniah kepada pasangan yang tabah menjaga dan menguruskan suami atau isteri masing-masing yang sakit terlantar dengan sabar.
Terdetik rasa simpati dan sempat kami hulurkan sedikit oleh-oleh atau buah tangan yang tak seberapa seperti sekampit beras, gula, susu pekat manis, tepung dan telur sepapan.
Tidak lupa juga kita mohon doa semoga cepat sembuh dari penyakit dan dilembutkan hati untuk bersama menyokong kita dalam melaksanakan kerja kebajikan dan dakwah.
Semoga program sebegini dapat dilaksanakan berterusan dan mendapat sokongan dari orang ramai yang simpati dengan perjuangan kami bagi membela kebajikan rakyat.
PSB
Maulid Rasul Madrasah Al Masriyah Meriah
Majlis Sambutan Maulid Rasul SAW di Madrasah Al-Masriyah Simpang Renggam telah diadakan pada 21 April 2012 di Dewan Tuan Guru Haji Tahir Daeng Mengati. Penceramah undangan ialah YB Ust Dato Salleh Bin Man Adun Pwermatang Pasir Pulau Pinang.
Skandal Shafie Apdal & Zahida, Penafian Shafie Longgar
Shafie nafi
beri Zahida ‘wang begitu banyak’
SHAH ALAM - Datuk Seri Shafie Afdal hari ini secara terbuka menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan bekas pemandunya, Noor Azman Azemi yang mengaitkan beliau dengan pembayaran wang dalam jumlah yang besar kepada seorang artis Zahida Rafik sejak beberapa tahun lalu.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu berkata, segala maklumat yang disebutkan dalam laporan polis yang dibuat oleh Noor Azman, yang dibuat bulan lalu, adalah tidak benar sama sekali.
“Saya mengikuti dengan rapat beberapa laporan dalam media dan blog-blog tempatan yang telah mengaitkan nama saya dengan satu laporan polis oleh seorang yang bernama Noor Azman bin Azemi yang bertarikh 13 Mac 2012, yang mendakwa bekerja sebagai pemandu di bawah saya, dan mengaitkan saya dengan pembayaran wang yang sebegitu banyak kepada seorang artis bernama Zahida Binti Mohamed Rafik,” kata beliau yang juga Naib Presiden Umno.
Shafie berkata, tindakan segelintir pihak yang menyebarkan laporan polis tersebut sebagai berniat jahat yang bermotifkan kepentingan politik pihak tertentu.
Dalam kenyataannya, Shafie turut menegaskan, beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang berterusan memfitnah dan mengaitkan namanya dengan isu tersebut.
Zahida sebelum ini membuat laporan polis terhadap Noor Azman yang dikatakan telah melarikan sejumlah RM200,000 wang syarikatnya setelah meminta pemandunya itu memasukkan wang tersebut dalam akaun syarikat perniagaan milik keluarganya.
Minggu lalu, Noor Azman pula membuat laporan polis mendakwa bahawa seorang menteri Kabinet menyerahkan wang sejumlah RM1.5 juta kepada Zahida.
Spekulasi itu terus meruncing apabila beberapa pemimpin parti politik pembangkang membuat sidang akhbar menyebarkan dakwaan tersebut dengan mengaitkan nama Shafie sebagai menteri terbabit yang memberikan wang beberapa kali kepada Zahida dalam jumlah yang besar.
Noor Azman, 38, yang bekerja sebagai pemandu peribadi Zahida sejak tiga tahun lalu mendedahkan skandal itu dalam laporan polis terhadap artis itu, yang menuduhnya melarikan wang RM200,00. Tuduhan Zahida terhadap Noor Azman itu dilaporkan sebuah akhbar pada 3 Mac lalu.
Berikut kenyataan penuh Datuk Seri Shafie:
“Saya mengikuti dengan rapat beberapa laporan di dalam media dan blog-blog tempatan yang telah mengaitkan nama saya dengan satu laporan polis oleh seorang yang bernama Noor Azman bin Azemi (No. K/P: 740214146237) No report AMPANG/007017/12 yang bertarikh 13 Mac 2012 yang mendakwa bekerja sebagai pemandu di bawah saya, dan mengaitkan saya dengan pembayaran wang yang sebegitu banyak kepada seorang artis bernama Zahida Binti Mohamed Rafik,” katanya.
“Dengan ini, saya ingin menyatakan bahawa semua yang tertera di dalam laporan polis berkenaan adalah TIDAK BENAR sama sekali dan kenyataan-kenyataan iringan oleh individu yang menyebarluaskan salinan laporan polis berkenaan adalah BERNIAT JAHAT dan BERUNSUR POLITIK semata-mata.
“Sehubungan dengan itu, saya bersedia mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa saja yang terus-terusan memfitnah saya dan mengaitkan saya dengan perkara ini.
Ulasan GB
1) Penafian Datuk Shafie Apdal sudah dijangka, tetapi mengapa mengambil masa begitu lama untuk memberikan respons?
2) Pendedahan laporan polis dibuat oleh Noor Azman bin Azemi dan tidak ada di dalam kenyataan Datuk Shafie Apdal itu yang menyatakan Datuk Shafie akan mengambil tindakan ke atasnya.
3) Penyebaran luas sebuah laporan polis oleh mana-mana pihak tidak bersalahan dengan mana-mana undang-undang. Datuk Shafie boleh bila-bila masa membuat laporanbalas sekiranya benar laporan polis oleh Noor Azman itu satu fitnah. Tetapi ia tidak dilakukan oleh Shafie, sebaliknya hanya mengugut "bersedia mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa saja yang terus-terusan memfitnah saya dan mengaitkan saya dengan perkara ini".
4) Mengenai "wang yang banyak". Selain di dalam laporan polis Noor Azman, ia terkandung juga di dalam laporan polis Zahida Rafik sendiri yang tersiar di dalam sebuah akhbar tempatan sebelum ini.
Pelakon Zahida Mohamed Rafik, 37, kerugian RM200,000 dilarikan pemandu peribadinya selepas diarah memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun banknya.
Zahida yang popular menerusi filem komedi Anak Mami The Movie menyerahkan wang tunai berkenaan kepada lelaki berusia 37 tahun itu pada kira-kira jam 11 pagi Rabu lalu dan sejak itu suspek gagal dihubungi serta dipercayai sudah melarikan diri. -hmetro (3 Mac 2012)
5) Ada lagi persoalan yang belum berjawab: Benarkah Datuk Shafie Apdal sudah bernikah dengan artis berkenaan? Penafian cuma berlaku oleh Zahida Rafik, tetapi di dalam kenyataan Shafie di atas, tidak ada penafian tersebut. Blogger UMNO di SINI ada mengesahkan Datuk sudah bernikah dengan Zahida. Apakah Datuk tidak mengambil tindakan ke atas blogger berkenaan?
6) Datuk Shafie menganggap laporan polis yang dibuat ke atasnya adalah BERNIAT JAHAT dan BERUNSUR POLITIK semata-mata. Bagaimana pula kes Datuk Shafie yang sebelum ini memfitnah PAS sebagai parti ajaran sesat satu ketika dahulu? Mahukan Datuk Shafie menarik balik fitnah tersebut atau bersedia menghadapi kemungkinan untuk dikenakan tindakan undang-undang kerana memfitnah parti tersebut?
Apa yang menarik, di dalam kenyataan Shafie Apdal tersebut, lansung tidak dinafikan pemberian wang kepada Zahida, yang dinafikan hanya jumlah wang yang banyak itu.
Esok, media massa arus perdana berkemungkinan akan sibuk melaporkan penafian Shafie Apdal ini. Tidak mengapa, semakin dilaporkan maka akan semakin banyak rakyat akan mengetahuinya dan semakin banyak ia akan dibincangkan orang mengenainya. Semacam kes lembu NFC dahulu. Sehingga akhirnya terselak segala-galanya.
Marilah kita sama-sama berdoa agar kebenaran dan keadilan itu didedahkan.
اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه
Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah
Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).
رَّبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَل لِّي مِن لَّدُنكَ سُلْطَاناً نَّصِيراً وَقُلْ جَاء الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقاً
Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nasiiran wa qul ja alhaqqu wa zawaqal bathilu innal bathila kana zahuqa
Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.

Dakwaan bayar Zahida: Shafie Apdal mahu saman
Menteri pembangunan luar bandar, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengancam untuk mengambil tindakan kepada pihak yang terus mengaitkan dirinya dengan dakwaan bahawa beliau membayar wang sehingga RM1.5 juta kepada pelakon wanita terkenal Zahida Rafik.
"Saya bersedia mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa sahaja yang terus memfitnah saya dan mengaitkan saya dengan perkara ini," katanya.
Beliau turut menafikan dakwaan berkenaan yang timbul ekoran penyebaran satu laporan polis bertarikh 13 Mac oleh MP Ampang, Zuraida Kamarudin.
"Dengan ini saya ingin menyatakan bahawa semua yang tertera di dalam laporan polis berkenaan adalah tidak benar sama sekali.
"Kenyataan iringan oleh individu yang menyebarluas salinan laporan polis berkenaan adalah berniat jahat dan berunsur politik semata-mata," kata menteri berkenaan dalam satu kenyataan di laman Twitter hari ini.
Zuraida mendakwa laporan polis itu didakwa dibuat oleh seorang lelaki bernama Noor Azman Azemi, 38, pada 13 Mac di balai polis Ampang selepas artis itu dikatakan mendakwa bahawa lelaki tersebut melarikan diri dengan wang sebanyak RM200,000.
Saudara lelaki itu dikatakan memberikan salinan itu kepada anggota parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang kemudiannya mendedahkan kandungannya kepada pemberita di lobi Parlimen dan mempersoalkan sumber dana menteri itu.
Pelakon berkenaan, Zahida yang tampil menafikan dakwaan itu Jumaat lalu berkata peguamnya juga sedang meneliti kes berkenaan. -mk
Zuraida Sedia Disaman Di Dalam Skandal Pelakon dan Menteri
SHAH ALAM, 23 APR : MP Ampang Zuraida Kamaruddin sedia untuk disaman berhubung kenyataannya yang mengaitkan seorang pelakon wanita dengan menteri kabinet yang dibuat minggu lepas.
“Kita bersedia dengan segala tindakan yang akan diambil. Kalau dia nak saman maka kita bersedia,” kata Zuraida ketika dihubungi TVSelangor di sini hari ini.
Zuraida yang juga Ketua Wanita PKR berkata demikian bagi mengulas reaksi pelakon, Zahida Rafik, yang menafikan dakwaan yang beliau terlibat di dalam hubungan dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar, Datuk Seri Shafie Apdal.
Zahida di dalam kenyataan yang dimuatnaik ke dalam laman web sosial twitter, menafikan dakwaan itu dan menyerahkannya kepada peguamnya untuk tindakan selanjutnya.
Menurut Zuraida, pendedahan perkara itu dibuat atas dasar ingin membantu pemandu peribadi Zahida yang dipercayai menjadi mangsa di dalam kes tersebut.
Katanya, pihaknya juga mahu menteri yang dikaitkan dengan kes itu untuk memberi penjelasan.
“Kita buat pendedahan ini atas dasar membantu pemandu pribadinya mendapat pembelaan sewajarnya. Ia adalah berdasarkan segala dokumen dan bukti yang dimilik.”
Zuraida berkata, beliau telah menjangka bahawa Zahida akan menafikan perkara itu.
Di dalam sidang media pada Apr 18 Zuraida mendedahkan satu laporan polis yang kononnya dibuat oleh bekas pemandu peribadi Zahida, Mohd Azuan Abdullah.
Di dalam laporan itu, Mohd Azuan mendakwa Zahida mengkhianatinya dengan membuat laporan palsu kononnya dia telah melarikan wang sejumlah RM200,000.
Mohd Azuan mendakwa Shafie telah mengarahnya supaya menjadi pemandu peribadi kepada Zahida dan menjadi perantara antara pelakon itu dan Shafie.
Beliau menyatakan telah berkhidmat selama tiga tahun dan meletak jawatan pada 29 Februari lalu kerana tidak tahan dengan tekanan tinggi akibat jawatan itu.
Zahida menafikan dakwaan Mohd Azuan apabila menulis di dalam laman Twitter-nya, pada 19 dan 20 April lalu.
Beliau menulis:
“Wow!!! Besnya if tis story is tru!! Kesian my x driver tu, sanggup buat cite palsu semata2 utk buat duit!! May allah bless him!
(Wow, besnya kalau cerita ini benar. Saya berasa kesian pada bekas pemandu saya itu kerana sanggup buat cerita palsu semata-mata untuk buat duit. Moga Allah Merahmatinya!)
Zahida berkata beliau tidak berdiam diri dan sudah melantik peguam untuk menyelesaikan isu ini. -selangorku
Ulasan GB
1) Penafian Datuk Shafie Apdal sudah dijangka, tetapi mengapa mengambil masa begitu lama untuk memberikan respons?
2) Pendedahan laporan polis dibuat oleh Noor Azman bin Azemi dan tidak ada di dalam kenyataan Datuk Shafie Apdal itu yang menyatakan Datuk Shafie akan mengambil tindakan ke atasnya.
3) Penyebaran luas sebuah laporan polis oleh mana-mana pihak tidak bersalahan dengan mana-mana undang-undang. Datuk Shafie boleh bila-bila masa membuat laporanbalas sekiranya benar laporan polis oleh Noor Azman itu satu fitnah. Tetapi ia tidak dilakukan oleh Shafie, sebaliknya hanya mengugut "bersedia mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa saja yang terus-terusan memfitnah saya dan mengaitkan saya dengan perkara ini".
4) Mengenai "wang yang banyak". Selain di dalam laporan polis Noor Azman, ia terkandung juga di dalam laporan polis Zahida Rafik sendiri yang tersiar di dalam sebuah akhbar tempatan sebelum ini.
Pelakon Zahida Mohamed Rafik, 37, kerugian RM200,000 dilarikan pemandu peribadinya selepas diarah memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun banknya.
Zahida yang popular menerusi filem komedi Anak Mami The Movie menyerahkan wang tunai berkenaan kepada lelaki berusia 37 tahun itu pada kira-kira jam 11 pagi Rabu lalu dan sejak itu suspek gagal dihubungi serta dipercayai sudah melarikan diri. -hmetro (3 Mac 2012)
5) Ada lagi persoalan yang belum berjawab: Benarkah Datuk Shafie Apdal sudah bernikah dengan artis berkenaan? Penafian cuma berlaku oleh Zahida Rafik, tetapi di dalam kenyataan Shafie di atas, tidak ada penafian tersebut. Blogger UMNO di SINI ada mengesahkan Datuk sudah bernikah dengan Zahida. Apakah Datuk tidak mengambil tindakan ke atas blogger berkenaan?
6) Datuk Shafie menganggap laporan polis yang dibuat ke atasnya adalah BERNIAT JAHAT dan BERUNSUR POLITIK semata-mata. Bagaimana pula kes Datuk Shafie yang sebelum ini memfitnah PAS sebagai parti ajaran sesat satu ketika dahulu? Mahukan Datuk Shafie menarik balik fitnah tersebut atau bersedia menghadapi kemungkinan untuk dikenakan tindakan undang-undang kerana memfitnah parti tersebut?
Apa yang menarik, di dalam kenyataan Shafie Apdal tersebut, lansung tidak dinafikan pemberian wang kepada Zahida, yang dinafikan hanya jumlah wang yang banyak itu.
Esok, media massa arus perdana berkemungkinan akan sibuk melaporkan penafian Shafie Apdal ini. Tidak mengapa, semakin dilaporkan maka akan semakin banyak rakyat akan mengetahuinya dan semakin banyak ia akan dibincangkan orang mengenainya. Semacam kes lembu NFC dahulu. Sehingga akhirnya terselak segala-galanya.
Marilah kita sama-sama berdoa agar kebenaran dan keadilan itu didedahkan.
اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه
Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah
Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).
رَّبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَل لِّي مِن لَّدُنكَ سُلْطَاناً نَّصِيراً وَقُلْ جَاء الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقاً
Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nasiiran wa qul ja alhaqqu wa zawaqal bathilu innal bathila kana zahuqa
Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.
Umno Sembahyang Hajat Untuk Dewan Gym
Oleh: bekokcobbong
"Sembahyang hajat untuk galakkan orang-orang bertelanjang? Berat nannang puok-puok ning...orang tranung kate cappur bimbor sekali doh antara yang ma'ruf dan yang mungkar. Tu pun kata kat orang Parti Ajaran Sesat lagi tu..adolaa..pelik-pelik..
Cer bace berita di bawoh;
21 April 2012 (Sinar Harian)

Terengganu bina
dewan
baru untuk pembangunan sukan gimnastik
21 April 2012 (Sinar Harian)
MARANG -
Terengganu buat julung
kalinya akan mempunyai sebuah dewan gimnastik apabila dewan yang
berharga hampir RM1 juta di Kampung Pak Su Man, Bukit Payong siap dibina
April tahun depan.
Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Terengganu Zainal Abidin Hussin berkata dewan tersebut akan memberi menfaat kepada atlet gimnastik yang kebanyakan berada di sekitar Bukit Payong untuk berlatih.
"Kita harap pembangunan sukan gimnastik di Terengganu akan lebih berkembang dan maju setanding dengan negeri yang lain pada masa akan datang," katanya kepada pemberita selepas mengadakan Solat Hajat sempena pembinaan dewan gimnastik itu.
Zainal Abidin berkata kerajaan negeri dan persekutuan bekerjasama untuk membina dewan tersebut.
Beliau berkata sekarang ini kerajaan negeri sedang memberi tumpuan kepada sukan yang kurang popular seperti gimnastik supaya sukan itu lebih berjaya di negeri ini pada masa akan datang.
Zainal Abidin berkata kawasan seluas kira-kira dua hektar digunakan untuk pembinaan dewan gimnastik itu yang diharap akan melahirkan ramai atlet gimnastik yang berjaya dalam sukan itu pada masa depan.
Beliau berkata ketika ini, latihan gimnastik dijalankan di dewan Jawatankuasa Keselamatan Kampung (JKK) Bukit Payong berikutan dewan gimnastik Sekolah Padang Mengkuang didapati tidak selamat.
Katanya sebahagian besar atlet gimnastik negeri Terengganu sekarang ini ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Bukit Payong dan sekitarnya di samping Sekolah Sukan Bukit Jalil.
Terengganu menggunakan kepakaran jurulatih dari China iaitu Yang Gang, 50, serta dibantu jurulatih tempatan Halimin Madun untuk memberi tunjuk ajar kepada atlet gimnastik negeri ini.- Bernama

Saya Tak Mahu Komen Pasal Kapal Selam : Najib
Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak enggan mengulas apabila ditanya mengenai
kes di mahkamah Perancis berhubung dakwaan bayaran kepada pegawai
tinggi Malaysia berhubung pembelian kapal selam Scorpene.
"Saya tak mahu
komen... Saya tak perlu komen, terima kasih," katanya ketika ditanya
hari ini dalam sidang media di Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang
hari ini.
Najib ditanya sama ada beliau akan memberi keterangan di
mahkamah Perancis memandangkan namanya dikemukakan sebagai saksi oleh
Suaram ke mahkamah itu.
Suaram mengemukakan namanya memandangkan beliau merupakan menteri pertahanan yang terlibat dalam perolehan kapal selam tersebut. Sidang media ringkas itu, tidak sampai selama sepuluh minit, juga segera ditamatkan.
MK

Pesakit Seronok Sebar HiV?
BERIKUT
adalah artikel yang perlu diambil perhatian sekiranya anda belum
membacanya... Sila baca artikel berikut mengenai orang yang HIV positif
seronok menyebarkan virus HIV.
Ianya pernah ke udara di dalam Televisyen Thai di mana pesakit
HIV ditangkap & didakwa, tapi apa gunanya, beliau telah merosakkan
ramai orang awam yang tak berdosa. Jadi sila berhati-hati... Beberapa
tempat berbahaya dan kebarangkalian menemui jarum penyuntik yang telah
digunakan penagih
1. Di kawasan pantai. Apabila anda berjalan di pantai sila
pakai selipar atau kasut, ada penagih dadah yang melakukan aktiviti di
tepi pantai dan menimbus jarum penyuntik di dalam pasir. Penyuntik ini
kemudiannya terdedah akibat ombak.
2. Di kawasan permainan kanak-kanak. Satu lagi kawasan pilihan
penagih.Terdapat kes di Australia di mana kanak kanak yg tak berdosa
telah tercucuk jarum penyuntik apabila beliau turun daripada papan
lunsur & kemudiannya didapati HIV positif.
3. Di panggung wayang. Sila pastikan kerusi yg anda duduki.
Kes yang terjadi apabila seorang perempuan duduk di kerusi beliau dan
terasa sesuatu benda mencucuk. Beliau berdiri dan mendapati ada
penyuntik dan nota berbunyi 'Welcome to the real world, you are now HIV
positive' . Doktor telah memeriksa jarum tersebut & mengesahkan
ianya terdapatvirus HIV. Ianya berlaku di Hawaii jadi berhati-hati...
...
4. Di Georgia & Florida , ada kes menunjukkan pesakit HIV
meletakkan penyuntik di dalam tempat mengembalikan syiling, mesin air
minuman... jadi pastikan bila anda membeli air atau kandi, perhatikan
betul-betul tempat mengembalikan wang syiling... .mungkin terdapat jarum
penyuntik di
dalamnya.
5. Di restoran Burger King, pesakit HIV yang juga pekerjanya
meletakkan
sedikit darah di dalam burger & mencampurkan dengan mayonis dan
salad. Ianya seperti sos. Jadi cuba jangan pesan burger dengan mayonis
& sos Order di tempat lain. Ini adalah nyawa anda.
Sila SEBARKAN maklumat ini sebanyak mungkin kepada orang lain,
especially orang yang anda cintai, anak anda dan sesiapa saja...
Wallahu'alam..
By: Al-Quran Peganganku
Jumaat, 20 April 2012
PAS arah semua ahli dan penyokong ke Bersih 3.0
KUALA LUMPUR: PAS mengarahkan semua
unit dibawahnya agar menggerakkan semua ahli dan penyokong parti Islam
itu agar menyertai Bersih 3.0 28 April ini.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, semua dewan, badan perhubungan negeri, kawasan dan cawangan diarahkan agar menggerakkan ahli masing-masing.
Arahan itu selaras dengan keputusan PAS untuk menyokong sepenuhnya perhimpunan 'Duduk dan Bantah' Bersih 3.0 yang akan diadakan di Dataran Merdeka.
Perhimpunan ini diadakan ekoran kegagalan kerajaan melalui Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempersiapkan pilihan raya akan datang agar diadakan dengan bersih dan adil.
Jawatankusa Terpilih (PSC) Parlimen yang dibentuk juga didakwa gagal untuk menghasilkan yang terbaik untuk mempastikan pilihan raya akan datang bersih dan adil.
Semua usul yang dikemukakan PSC kepada Dewan Rakyat telah diluluskan tanpa dibahaskan.
Laporan minoriti yang cuba dikemukakan anggota Pakatan Rakyat dalam PSC juga ditolak.
Anggota Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar pula dalam kenyataannya mendedahkan pegawai kanan kerajaan dan SPR terlibat dalam satu 'task force' bagi mendaftar warga asing sebagai pengundi dengan cara memberikan kad pengenalan biru kepada mereka.
Ia disifatkan pelbagai pihak sebagai sangat bahaya kerana ia umpama menjual negara untuk kemenangan BN. -Hrkh

Sabar Atas Ujian Wahai Bob Kuman : TG Haji Hadi
President PAS Lawat Bob, Bantulah...
PETALING JAYA, 18 April 12: “Dapat juga saya jumpa Tok Guru,” kata Bob Kuman tatkala menerima kunjungan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di rumahnya di Seksyen 11, Kota Damansara, malam tadi.
Tuan Guru Abdul Hadi dan rombongan termasuk Nazir Masjid Kota Damansara menziarahi Bob selepas menyampaikan kuliah Maghrib di masjid berkenaan.
“Rupa Tok Guru macam arwah ayah saya,” kata Bob sayu sewaktu Tuan Guru memasuki biliknya di apartmen Salvia.
Bob atau nama sebenarnya, Husni Mohd Rawi memberithau arwah ayahnya telah mewakafkan sebuah rumah untuk dijadikan markas PAS di kampungnya di Negeri Sembilan. Beliau menunjukkan gambar arwah ayahnya kepada Tuan Guru yang disimpan di dalam laptopnya. (Gambar atas)
“Saya tak minta,” kata Bob sewaktu Ustaz Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menghulurkan sumbangan daripada ahli jemaah dan pihak masjid (kanan).
Walaupun kunjungan itu hanya seketika sahaja, namun Bob Kuman yang teruja dengan kehadiran Presiden PAS meminta supaya mendoakan agar kesihatannya bertambah baik.
Ustaz Abdul Hadi menasihatkan Bob Kuman supaya banyak bersabar dengan musibah yang dihadapi itu.
Menurutnya, setiap musibah yang merupakan ujian daripada Allah itu akan menghapuskan dosa dan diberikan pahala di atas kesabaran menghadapinya.
Harakahdaily dalam laporan sebelum ini memetik tulisan dalam blog Mazidul Akmal Sidek, personaliti TV3 mengenai Bob Kuman. Menurut blog itu, Bob kini amat memerlukan mesin dilengkapi tangki oksigen namun setakat ini tidak mampu untuk menyewa keperluan itu.
“Bang, sekarang ini saya hanya ada RM36 dalam akaun simpanan,” bisiknya kepada penulis blog itu. Bob kini sedang berada dalam keadaan lemah, tidak mampu bergerak, apatah lagi untuk keluar dari rumah.
Kepada pembaca yang ingin membantu Bob, sila hubungi Razali di talian 016-2315812. Manakala akaun Bob (HUSNI MOHD RAWI, Maybank 112371007047) (Hrkh)
Langgan:
Catatan (Atom)