Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Jumaat, 30 September 2011

PAS Jemput Umno, Mufti Muzakarah Hudud


PAS mencadangkan satu muzakarah terbuka secara ilmiah mengenai isu hudud diadakan bagi memberi kesedaran kepada seluruh rakyat serta bagi mengatasi kekeliruan yang timbul dalam masyarakat.

Parti itu juga mencadangkan muzakarah tersebut dihadiri para mufti bagi mewakili Yang Dipertuan Agong dan Raja-Raja, Umno mewakili parti pemerintah dan PAS sebagai parti yang mendesak agar undang- undang hudud dilaksanakan.

"Muzakarah ini diharap dapat diadakan secara terbuka bagi memberi ruang luas kepada seluruh masyarakat mendengar pandangan semua pihak, bukannya tindakan sebelah pihak," kata ketua penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

"Islam sebagai sebuah agama yang ditegakkan di atas nas dan hujah, PAS melihat muzakarah adalah medan menambahkan ilmu dan maklumat secara sihat yang perlu diterima dan disokong oleh semua pihak," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, isu hudud merupakan satu isu yang seringkali dihebahkan terutama menjelang pilihanraya. "Isu hudud bukan isu politik, tapi ia seringkali dipolitikkan untuk menimbulkan polemik dalam masyarakat, sehingga golongan yang bukan ahli dan golongan bukan Islam turut campurtangan dalam membahaskannya.

"Sedangkan isu hudud merupakan isu yang menyentuh umat Islam secara langsung, dan ianya adalah tuntutan syarak bagi pemerintah untuk melaksanakannya," tambahnya. - Mkini

Tiada ulasan:

Catat Komen